m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 26, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Panahan siapa paling menyengat?

Bahagian 16

Perut masing-masing sudah berat kerana makan tengah hari terlalu banyak. Roti pita berinti sayur cincang dan daging goreng memang ternyata sangat enak. Kalau masih ada banyak lagi juadah itu, sudah pasti kami akan terus makan sampai muntah. 

Acara yang selanjutnya ialah pertandingan memanah. Aku turut serta dalam pertandingan ini. Walaupun kemahiran tiada, namun keinginan untuk menjadi juara tetap ada. Tuan tanah, Abang Hasni telah menawarkan hadiah yang agak lumayan kepada sesiapa yang mampu memanah tepat ke arah papan target mengikut pemarkahan tertentu.

Abang Zahid memulakan acara dengan penuh bersemangat.

Bidikan yang padu dan mantap tak menjanjikan mata panah tertancap pada sasaran dengan tepat.

Saleh dan Asyraf mencuba nasib.

Two archers in action.

Syafiq berusaha keras untuk mengalihkan fokus Asyraf.

Namun Asyraf tidak terkesan dengan gangguan itu semua.

Giliran Faridz pula untuk mencuba.

Gerak gaya yang sempurna. Faridz boleh memenangi kategori gaya terbaik.  Sayangnya kategori itu tidak dipertandingkan.

Syafiqah tidak mahu ketinggalan.

Kecil-kecil cili padi. Panahannya lebih baik dari sebahagain besar peserta dewasa.

Allahyarham Abang Ngah turut mencuba.

Setiap peserta diberikan tiga kali perluang.

Peluang perlu digunakan sebaik mungkin.

Terus mencuba.

Kami bergilir-gilir mencuba nasib. Mempamerkan bakat. Namun tak semudah yang disangka. Panahanku tersasar. Jauh dari bulls eye. Ya, memang aku berjaya memanah tepat ke arah beberapa ekor beruk mat-yeh yang sedang bergayut di atas pokok kelapa, tetapi itu bukanlah syarat kemenangan yang ditetapkan oleh penganjur. Kebanyakan peserta gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dan persembahan sebenar jauh merosot berbanding ketika dalam latihan sebelum  ini. Maka hadiah-hadiah utama gagal dimiliki oleh walau seorang pun dari peserta yang bertanding.

Abang Zahid mencuba kategori khas tuan tanah pula.

Abang Zahid menyahut cabaran dari tuan tanah.

Menggunakan busar panah yang kecil.

Bertukar kepada busar panah yang lebih besar.

Mengharapkan ia akan berpihak kepada pemanah.

Anak-anak tidak dilupakan. Ada permainan khusus untuk anak-anak kecil. Antaranya ialah acara menyusun jigsaw puzzle, mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Nampaknya anak-anak ini memberikan sepenuh fokus untuk menyiapkan jigsaw puzzle yang berskala sederhana dari segi kesukarannya. Sesekali ibu-ibu ada memberikan bantuan untuk melancarkan proses mencantumkan puzzle.

Ada lagi acara untuk orang dewasa dan kanak-kanak selepas ini. Apakah itu? Kita nantikan selepas ini.

Bersambung...

Anak-anak berkumpul di dalam bangunan.

Bermain jigsaw puzzle.

Memerlukan semangat berkumpulan.

Dan kerjasama berpasukan.

Serta minda yang cekap.

Mata yang tajam.

Pemimpin yang mampu melihat senario keseluruhannya.

Yang lebih tua membantu yang muda.

Siapa pantas, dialah yang menang.

Ibu dan ayah sekadar memerhati.

Anak-anak yang perlu bertungkus-lumus.



No comments:

Post a Comment