m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, December 16, 2014

Selamat hari lahir isteriku - 2014

16 Disember 2014 - Hari ini hari lahir isteriku. Walaupun usia semakin meningkat, isteriku selalu kelihatan muda ceria. Orang panggil aku "Pakcik". Tapi orang masih panggil isteriku "Kakak". Malah kadang-kadang "Adik".

Pada hari istimewa ini, aku ingin mengucapkan selamat hari lahir buat isteriku yang tersayang. Mengharap dan mendoakan segala yang baik mengiringi isteriku di dunia hingga ke akhirat. Biar di sepanjang kehidupan ini dipenuhi dengan ketaatan kepada perintah Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.). Dan aku selalu menginginkan agar kami sentiasa bersama di bawah limpahan rahmat dan redha Allah Taala. Semoga kami menjadi hamba-hambanya yang taat. Amin.


No comments:

Post a Comment