m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 25, 2014

Festival Teater Malaysia 2014: Anugerah khas buat ayahku

Bahagian 3

Pemenang demi pemenang diumumkan oleh selebriti jemputan. Dan sebelum johan persembahan drama moden terbaik diumumkan, suatu anugerah yang kami tunggu-tunggu telah diumumkan dahulu.  Itulah Anugerah Khas Festival Teater Malaysia 2014 yang diterima oleh ayahku dan Tn Haji Supiat Mukri. Bila nama ayahku dipanggil, aku lantas memimpin dan memapah ayahku menaiki tangga pentas untuk mengambil hadiah. Kemudian kupimpin pula tangan Tn Haji Supiat Mukri. Dan kedua-dua mereka berdiri di atas pentas, sedang aku turun kembali ke kerusi penonton.

Anugerah Khas untuk ayahku.
Persembahan slaid menunjukkan gambar-gambar ayahku semasa bertugas.
Memimpin ayahku naik ke atas pentas.
Aku turun pentas setelah menghantar ayahku ke atas pentas.
Ayahku menerima hadiah.
Sekeping sijil khas.
Masa ni aku tak nak enter frame lagi. Tunggu saat dan detik yang sesuai, barulah aku akan mencelah.
Dengan replika cek bernilai berjota-jota-jota ringgit Indonesia.
Ayahku happy. Semua orang pun turut happy.
Aku naik atas pentas sekali lagi untuk membawa ayahku ke belakang pentas pulak.
Penerima hadiah tempat ketiga - Kelab Teater Rimba UKM.
Penerima hadiah tempat kedua - Grup Teater Lab UMS, Sabah.
Grup Teater Lab UMS gembira menjadi naib johan.
Tn Haji Supiat Mukri mengumumkan johan persembahan drama moden tahun ini. Masa ni aku dah mula nak enter frame.
Johannya adalah Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak.
Setelah hadiah diterima oleh kedua-dua mereka, aku lantas memimpin ayahku ke belakang pentas kerana mereka perlu ke depan pentas sekali lagi untuk bersama-sama dengan johan persembahan drama nanti.

Tetiba hari raya pun menjelma. Lalu bunga api dinyalakan.
Bunga api meletup-letup macam kat KLCC.
Tetiba keluar pulak serpihan kertas warna-warni dari angkasa lepas.
Sang juara memperagakan piala kemenangan.
Dan tak lama selepas itu, Tn Haji Supiat Mukri dijemput untuk mengumumkan Johan pertandingan Drama Moden bagi Festival Teater Malaysia 2014 kali ini. Pemenangnya ialah kumpulan teater Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak dengan drama bertajuk Penggali Intan. Setelah para pemenang mengambil hadiah dan naik ke pentas untuk meraikan kejayaan mereka, pengarah serta pelakon lelaki terbaik dari kumpulan ini, Abdillah Untong dan Malek Hassan menghampiri ayahku seraya berkata "Saya pernah berguru dengan Pak Matari. Kami semua pernah berguru dengan Pak Matari". 

Wajah-wajah juara.
Kali ni kumpulan teater Malaysia Timur membolot kemenangan.
Masih di atas pentas meraikan kemenangan.
Sukanya mereka!
Pelakon dan krew.
Ucapan tahniah sesama sendiri.
Dan ketika grup johan sibuk berpesta di atas pentas meraikan kemenangan mereka, aku lantas tumpang sekaki, enter frame, seolah-olah aku juga merupakan sebahagian dari mereka yang telah bergelar juara. Setelah seketika menumpang glamer orang lain, akhirnya kami turun pentas dan beredar dari auditorium. Membiarkan sang juara terus berpesta di atas pentas. He he he...

Bersambung...

Ayahku bersama juara.
Aku pun ada kat atas pentas. Cuma terlindung di belakang para pemenang.
Gembira tak terhingga.
Usaha yang sangat berbaloi.
Aku bersembunyi di sebalik ayahku.
Masa untuk enter frame.
Johan - Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak. Sumber: Internet.
Naib johan - Grup Teater Lab UMS, Sabah. Sumber: Internet.
Persembahan penutup oleh penari-penari JKKN.

No comments:

Post a Comment