16 Disember 2014 - Tarikh ini merupakan
hari lahir isteriku. Di pejabat, isteriku menjamu kengkawan ofisnya makan nasi minyak. Bila balik rumah, kami pergi raikan pulak kat restoran. Setelah berbincang, kami putuskan untuk pergi ke Restoran Istana Bambu. Sebabnya, ia terletak tak berapa jauh dari rumah kami. Jadi kami bolehlah sumbat penumpang macam sardin kat dalam Exora untuk satu jarak yang tak begitu jauh. 10 orang semuanya masuk dalam sebuah Proton Exora. Memang sebijik macam sardin. Tayar kereta Exora tu sampai kempis pasal terpaksa menampung berat penumpang yang dah melebihi muatan. Tapi apa nak buat, yang boleh bawak kereta cuma aku sorang aje. Kalau nak pergi dua trip macam buang masa lah pulak. Yana, wlaupun dah ada lesen, masih belum betul-betul berani nak meredah jalan utama.
|
Menanti pesanan sampai. |
|
Sabriena bukan main happy lagi dapat makan kat sini. |
|
Sabriena memang suka kat tempat ni pasal ada ikan berenang kat kolam. Dan kekadang ada katak melompat bawah meja. |
|
Syahmie pun menanti makanan tiba. |
|
Ayahku membelek buku menu macam membaca novel. |
|
Sabriena suka buat kelakar sementara menanti makanan tiba. |
|
Menunjukkan kepada Sabriena pokok padi. |
|
Sabriena ajak mama tengok ikan pulak. |
|
Makanan masih belum sampai. |
Ini merupakan kali kedua kami makan kat sini. First time, adik aku belanja. Ada sekali tu aku order makanan, tapi tapau bawak balik dan makan kat rumah. Tapi aku lebih suka makan kat sini pasal environment-nya sangat berbeza. Ada sawah bendang. Ada buluh cantik jadi bahan binaan. Dan kalau bernasib baik, ada orang band main muzik kat sini dengan nyanyian mereka yang sangat lunak pada telinga.
|
Wanie dah mula berasa sangat lapar. Lantas dia termenung. |
|
Sabriena minum susu dululah. |
|
Orang lain nengok ajelah Sabriena minum susu. |
|
Bergambar dengan birthday girl. |
|
Time untuk menung. |
|
Sabriena merenung botol susunya. |
Kami order pelbagai jenis makanan. Ada sotong, ada udang, ada ayam, ada ikan dan ada lala. Kami makan pun agak terlewat sikit. Makanya perut masing-masing memang tengah lapar. Bila pesanan kami sampai aje, kami terus menerpa ke arah makanan tadi bagaikan singa lapar menerpa kuda belang. Nyomp nyomp nyomp. Begitulah bunyi kami makan.
|
Makanan dah sampai, dan masing-masing telahpun makan. |
|
Amier pun dah makan jugak. |
|
Dah kenyang. Sangat kenyang. |
Walaupun makanan agak banyak kat atas meja, tapi semua habis licin licap. Pinggan jadi licin macam cermin. Kuah semua habis dihirup. Makan berebut macam ni memang lain feel dia. Memang lebih menyelerakan. Dulu masa aku tapau makanan bawak balik ke rumah, rasa macam tak berapa sedap pulak. Tapi bila makan panas-panas kat restoran, tahap kesedapannya akan meningkat berlipat kali ganda. Aku punya personal favourite adalah seperti berikut:
a) sotong masak dengan telur masin
b) lala masak sup
c) ayam gajus
d) siakap masak sweet sour
e) kailan ikan masin
Tomyam dia agak manis. So, bukan taste akulah. Tapi aku bedal satu macam jugak. Maklumlah, kalau dah kuat makan tu, bagi apa pun aku akan makan. Asalkan halalan toyyiban. Setelah habis semua makanan, kami pun beredarlah. Kami tak order dessert kali ni. Lagi pun dah agak lewat. Dan kami pun macam dah ter-over kenyang pulak. Okay. Kami akan repeat makan kat sini lagi kalau ada occasion yang tertentu. Try-lah kalau ada kesempatan!
|
Semua makanan habis dimakan. Licin. |
|
Ayahku nampak sangat enjoy menghabiskan lauk-pauk yang terbaki. |
|
Bergambar sebelum berangkat pulang. |
|
Bye-bye Istana Bambu. Lain hari jumpa lagi! |
No comments:
Post a Comment