22 Disember 2014 - Tarikh yang dinanti-nanti telah pun tiba. Keputusan peperiksaan tingkatan 3 format baru telah keluar. Kami agak teruja. Tapi.... sebenarnya kami, dan terutamanya Syahmie telah pun tahu markah yang diperolehi sebelum Syahmie pulang bercuti panjang kira-kira sebulan lalu. Syahmie kata kesemua mata pelajaran yang diambilnya, kecuali satu mendapat markah melebihi 80%. Cuma subjek Sains saja yang kurang dari 80%. Itu pun 75%, kurang 5 markah aje. Kami semua berharap agar geraf pencapaian akan diselaras dan diatur agar gred para pelajar lebih setabil. Itu harapan kami, sebelum kami bertolak ke Gemencheh.
|
Guru-guru yang bertugas untuk memberikan sijil keputusan peperiksaan PT3. |
|
Penolong Pengetua, Tn Haji Kadir Dewa sedang berucap. |
|
Pengetua, Tn Haji Mohd Ghazi Shamsudin pula memberi ulasan pencapaian peperiksaan PT3. |
|
Para pelajar menanti keputusan dengan penuh debaran. Errr.... mungkin jugak tak berdebar, pasal mereka semua dah tau markah masing-masing. |
|
Terima ajelah apa-apa pun keputusannya. |
|
Masih menanti dengan penuh sabar. |
Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 8.30 pagi, dalam keadaan keletihan kerana pulang ke rumah agak lewat malam kelmarin. Jalan raya dan lebuhraya banyak kenderaan. Tapi pergerakan masih lancar. Sesekali aku memecut melebihi had laju. Mencapai hingga kira-kira 350 km sejam. Fuh! Mengalahkan F1.
Kami tiba di MRSM Gemencheh kira-kira jam 10.30 pagi. Nampak dari luar macam banyak jugak kereta yang parking kat tepi jalan. Tapi bila sampai di kawasan lobi pejabat, macam agak lengang pulak suasananya. Aku anggarkan pelajar-pelajar yang hadir untuk mengambil result PT3 tak sampai 30 orang. Semua orang macam tak excited aje! Aku terdengar Penolong Pengetua, Tn Hj Kadir Dewa berkata, kat MRSM lain pun macam tu jugak. Memang sambutan tak meriah. Tak semacam nak ambil keputusan PMR pada tahun-tahun sebelum ini.
|
"Errr... bila nak bagi kitorang ambil result ni?" |
|
Ibu bapa yang hadir sangatlah tidak ramai. Tak meriah langsung. Di MRSM lain pun macam ni jugak. |
Aku terlihat kelibat Ustaz Muslim sedang bertugas. Terus aku menghampiri Ustaz Muslim. Berbual-bual ringkas dengannya. Aku selalu mintak tolong Ustaz Muslim tengok-tengokkan Syahmie. Tapi aku memang jarang sangat dapat berjumpa dengannya. Tak lama kami menanti, Penolong Pengetua pun memulakan bicara di ruang legar sebelah pejabat. Sementara menanti Pengetua, Tn Hj Mohd Ghazi Shamsudin tiba, Penolong Pengetua mula memberikan bayangan tentang apa yang telah berlaku. Maksud aku bayangan pencapaian pelajar PT3 pada tahun ini.
|
Syahmie, ditemani mamanya mengambil sijil keputusan peperiksaan PT3. |
|
Ustaz Muslim sedang mencari nama Syahmie. |
|
Menanti dengan tenang. |
|
Pelajar sedang beratur. |
Bila Pengetua sampai, beliau terus ambil alih mikrofon dari Penolong Pengetua. Memulakan sepatah dua kata dengan muqaddimah yang macam tak berapa menceriakan. Tapi semua ibu bapa macam dah maklum apa yang bakal diumumkan nanti. Kemudian Pengetua membacakan ulasan pencapaian pelajar PT3 pada tahun ini. Aku pun dah tak berapa ingat apa yang Pengetua cakap sebenarnya. Tapi kalau tak silap aku, lebih kurang beginilah senarionya. Yang dapat 11A cuma ada sorang. Pelajar lelaki tu memang selalunya 4 pointer dia punya CGPA. Yang dapat 10A 1B ada lebih kurang dalam 30 orang kot. Yang paling teruk adalah mata pelajaran Sains. Cuma 11 orang aje yang dapat A. Subjek yang banyak dapat A adalah Kemahiran Hidup, Pendidikan Agama Islam, dan Bahasa Arab. Dan Pengetua jugak ada memberi tahu bahawa gred mata pelajaran adalah berdasarkan kepada cara penggredan yang biasa dilakukan setiap semester. Maksudnya, 80% ke atas baru dapat A.
|
Dah ambil keputusan. |
|
Mama bangga Syahmie dapat 10A 1B. Okay-lah tu. |
|
Syahmie pun turut bersyukur. |
|
Aku pun... |
Setelah beratur mendapatkan keputusan, Syahmie pun bukalah envelope yang diberikan. Dan dalam sijil tersenarai gred bagi subjek-subjek yang diambil. Syahmie dapat 10A 1B. Dan yang B itu adalah subjek Sains. Kami tak kecewa. Malah kami sangat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian Syahmie. Persepsi aku mengenai peperiksaan PT3 ini, aku rasa lain sekolah sudah tentu lain tahap kesukaran soalan yang diberikan kepada pelajar. Dan aku rasa kertas soalan MRSM memang sangat susah. Barangkali lebih susah dari sebahagian sekolah yang ada kat Malaysia ni. Tapi pihak guru sudah pasti lebih maklum akan kemampuan anak-anak didik masing-masing. Dan Gred PT3 ini bukanlah kayu pengukur yang mutlak untuk menilai mereka. Apa-apa pun, terima kasih banyak kepada semua guru-guru yang telah menyumbang bakti dan ilmu kepada anak-anak kami. Semoga Allah membalas budi kalian dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin.
|
Banner tergantung yang menunjukkan wajah-wajah calon-calon PT3 tahun 2014. |
|
Bersama Penolong Pengetua dan Guru Homeroom. |
|
Syahmie bersama Tn Haji Kadir Dewa dan Ustaz Muslim Ilyas. |
No comments:
Post a Comment