m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, December 24, 2014

Festival Teater Malaysia 2014: Menanti bermulanya majlis

Bahagian 1

1 November 2014 - Pada tarikh ini ada beberapa perkara besar dan nasional yang berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
a)   Pertandingan akhir bolasepak Piala Malaysia - Pahang menentang JDT di Bukit Jalil
b)   Festival Filem Malaysia Ke-26 di Sg. Gadut, Negeri Sembilan
c)   Festival Teater Malaysia di DBKL, Kuala Lumpur.

Yang kami hadiri adalah Festival Teater Malaysia di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dulu acara yang seumpama ini dipanggil Pekan Teater. Masa bila dia tukar label pun aku tak tahu. Bayangkanlah berapa punya lama kami tak menjengah pun ke majlis besar dan ultimate bagi penggiat-penggiat teater tanah air ini. Ini pun kami hadir ada sebabnya tersendiri. Begini kisahnya...

Ayahku di ruang santai VIP DBKL.
Ayahku bersama seorang teman teater, mantan Pengarah Istana Budaya, Tuan Haji Supiat Mukri.
Ayahku bersama Tn Hj Supiat Mukri dan Pengarah Kanan JKKN, En Rosli Osman.
Kita minum dulu!
Tn Hj Supiat Mukri sedang bercerita pasal sejarah teater dunia sejak zaman Jurassic Dinosaur.
Pelakon, pengarah, penggiat teater, dan ketua juri Festival Teater 2014 - Meor Hashim Manap turut duduk bersembang dengan kami.
Tengah cari idea tentang subjek baru untuk disembangkan.
Kira-kira lebih semingu sebelum tarikh ini, seorang teman yang bertugas dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Saifulkhairi Ahmad telah menghubungi kami, dan menjemput ayah kami, Hj Matari Rahman untuk hadir ke festival teater ini. Masa ni maklumat mengenai majlis itu pun kami tak berapa jelas. Ingatkan ada show teater anjuran JKKN. Kata Saiful lagi, ayah kami akan mendapat suatu anugerah. Tak taulah anugerah apa. Kami juga disuruh mengumpul gambar-gambar lama ayah ketika bertugas, untuk dimasukkan ke dalam slide presentation yang akan ditayangkan nanti. Kami pun buat ajelah sepertimana yang disuruh Saiful.

Terselit juga tajuk kekalahan team bolasepak Malaysia kepada Thailand baru-baru ini dalam merebut piala AFF Suzuki.
"Dah leading 3-0, tapi tak boleh bertahan. Itu yang buat saya frust tu!" kata Tn Hj Supiat Mukri.
Meor Hashim Manap bersama seorang lagi teman teater. Biasa kulihat wajah ini. Tapi di mana ya?
Ayahku bersama salah seorang bekas anak muridnya, yang juga merupakan boss Pertubuhan Teater Hidayah - Kamarul AR.
Kamarul AR sedang berbincang pasal projek barunya dengan Ketua Pengarah JKKN - Datuk Norliza Rofli.
"Projek teater you tu, kami akan bagi geran. Tapi projek ternakan udang harimau you tu pulak, kena mintak geran kat orang lainlah," kata Datuk Norliza Rofli.
Makanan disajikan.
Tunggu orang ketuk gong dulu, baru boleh makan.
Duduk semeja di meja makan dengan pelakon Susan Ho.
Susan Ho sedang beramah mesra dengan adikku.
Cerita pengalaman teaternya di USM.
Jugak bercerita pasal bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat final di Bukit Jalil.
Susan Ho kata ayahku adalah guru teater pertamanya ketika beliau di USM.
Pada malam majlis ini, kami sampai agak awal. Bertolak selepas maghrib. Jalan raya pulak agak lapang. Memang cantik. Terbaek! Memandu tanpa stress. Kalau tiap-tiap hari pergi kerja melalui lorongan yang seumpama ini memang sangat me-relax-kan. Kami dilayan, dipandu, dibantu sepenuh masa oleh seorang petugas JKKN. Mizan namanya. Mizan memang memberikan sepenuh perhatian terhadap pergerakan kami dari detik kami sampai di tempat letak kereta DBKL, sampailah kami naik ke kereta semula untuk pulang setelah majlis selesai. Terima kasih banyak kepada saudara Mizan.

Datuk Jalaludin Hassan pernah menjadi ahli dalam grup teater Hidayah yang diasaskan oleh Abang Kamarul AR.
Dah makan nasi. Sekarang nak makan dessert pulak.
Meja VIP bercerita pasal subjek lebih serius seperti bagaimana nak bantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia.
Sebelum bermula majlis, kami dijemput ke suatu ruang santai berhampiran lobi utama Auditorium DBKL. Kat situ kami sembang-sembang dulu dengan kengkawan lama. Maksud aku kengkawan lama ayahku lah. Tapi untuk ke sana, kami perlu memimpin ayahku melangkah perlahan-lahan turun naik tangga dengan berhati-hati. Jauh jugak perjalanan tu (bagi ayah aku kerana kudratnya dah kurang). Dari ruang santai, kami diajak pula ke ruang menjamu selera. Wah! Makan time. Belum tengok show dah ada makan-makan. Macam VVIP. Seronoknya kami. Turut hadir dalam majlis ni ialah adikku dan isteriku. Kami semuanya sangat teruja. Maklumlah dapat menumpang status VVIP ayahku.

Kami duduk semeja dengan seorang pelakon lama, Susan Ho yang pernah membintangi drama sitcom TV3 - Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Watak Susan Ho kemudiannya telah digantikan dengan Angelina Tan yang mungkin korang lebih kenal sebab lebih kerap muncul di kaca tv. Susan Ho datang dengan salah sorang ahli keluarganya. Aku tak pasti sama ada anaknya ataupun anak sandaranya. Susan sangat peramah. Tanpa teragak-agak, beliau terus beramah mesra dengan kami. Seperti seorang kawan bersembang dengan teman-temannya. Kami makan sampai kenyang, sebelum kami dijemput masuk ke dalam auditorium untuk menyaksikan acara yang bakal dilangsungkan.

Bersambung...

Datuk Jalaludin Hassan sedang berkempen untuk membeli dan menggunakan Beras Cap Rambutan Budak Sekolah.
"Saya suka Beras Cap Rambutan. Sebab tu hari-hari saya makan rambutan," kata Datuk Jalaludin Hassan.
Datuk Norliza Rofli dan Tn Hj Supiat Mukri.
Susan Ho menyapa ayahku bila menyedari ayahku pernah menjadi gurunya suatu ketika dahulu.
Susan Ho membuka kisah lama.
Ayahku sedang cuba mengingat-ingat kembali tentang apa yang diperkatakan oleh Susan Ho.

No comments:

Post a Comment