Bahagian 4 (Akhir)
Setelah
ayahku mendapat anugerah khas, dan setelah johan persembahan drama moden terbaik bagi Festival Teater Malaysia kali ini mendapat habuan mereka, kami dijemput ke ruang makan untuk makan-makan. Makan lagi! Macam festival makan pulak bagi kami. Kami cari meja yang bukan milik VIP. Kami cuma nak makan aje. Bukan nak borak-borak sangat. Kalau makan meja VIP sudah pasti kena control ayu dan control macho ketika menjamah juadah. Kalau sebelum persembahan tadi kami makan nasi, kali ni cuma makanan ringan aje seperti gula-gula kapas, roti tisu, dan segala benda yang ringan-ringanlah.
|
Di meja hidangan VIP. |
|
Datuk Ahmad Tamimi Siregar dengan isteri, Datin Zulhaila Siregar, serta Puan Umi. |
|
Tn Haji Supiat Mukri dan seorang lagi teman. |
|
Perbincangan semakin rancak, terutama mengenai kaedah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di seluruh semenanjung. |
Setelah makan lebih kurang, kami ambil kesempatan ambil gambar dengan para selebriti yang ada kat situ. Antaranya ialah Arja Lee, Hairi Safwan, Nas Adila, Raja Azri dan Susan Ho. Aku tak berani nak kacau sangat meja VIP. Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan isterinya Datin Zulhaila Siregar ada kat meja VIP. Semeja dengan ayahku. Jadi, aku sekadar ambil gambar dari suatu jarak yang wajar ajelah.
|
Tetiba Arja Lee ajak aku bergambar dengan dia. Aku tak boleh menolak permintaan peminat. He he... |
|
Adik dan isteriku pulak bergambar dengan Arja Lee. |
|
Arja Lee ajak Datuk Norliza Rofli bergambar dengannya. |
|
Isteriku dengan Susan Ho. |
|
Susan Ho memang sangat peramah dan mesra dengan kami. |
|
Ayahku bersama pasangan Datuk/Datin Siregar. |
|
Anak murid dengan cikgu. |
|
Susan Ho jugak nak bergambar dengan bekas gurunya dulu. |
|
Cikgu dengan anak murid. |
|
Setelah berpuluh tahun tak jumpa. |
|
Bergambar dengan Raja Azri dan Nas Adila. |
|
Bergambar dengan Hairi Safwan dengan isterinya. |
|
Hairi Safwan pun bermula dengan dunia teater jugak. |
Kami habis makan, dan ambil gambar, terus berlalu dari situ. Kami pergi ke tingkat atas untuk bergambar di backdrop yang telah disediakan. Adikku pulak pergi jumpa kenalannya yang merupakan salah seorang dari anggota kumpulan teater Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak. Tetamu-tetamu lain nampaknya telah mula meninggalkan ruang makan secara beransur-ansur. Tinggallah ayahku bersendirian di meja makan. Brader Mizan pulak masih setia menanti saat kami berangkat pulang. Mizan menghantar kami sampai ke basement carpark. Sampai kami naik kereta. Terima kasih kepada Mizan. Terima kasih kepada Saifulkhairi. Terima kasih kepada Datuk Norliza Rofli. Terima kasih kepada JKKN. Terima kasih kepada semua. Alhamdulillah.
Tamat.
|
Ayahku bersama Rosnan Nordin. |
|
|
"Lepas tu saya pun tembak perompak tu. Bang! Bang! Berdecit perompak tu lari," cerita Rosnan kepada ayahku. |
|
Isteriku bersama bekas mentor teaternya - Abang Kamarul AR. |
|
Ayahku bersama Abang Ladin Nuawi. |
|
Ayahku bersama Kamarul AR dan Sakrani Shamsuddin. |
|
Berbincang pasal projek menternak udang harimau di Stadium Bukit Jalil. |
|
"Saya mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri kerana telah memenangi anugerah berprestij ini". |
|
Ber-posing untuk media. |
|
Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik festival kali ini. He he he... |
|
Klik! Klik! Klik! Ramainya jurufoto. |
|
Meor Hashim Manap selaku ketua juri sedang memberi penerangan mengenai proses pemilihan pemenang kali ini. |
|
Semangat betul beliau bercerita. Tumpang dengar ilmu teater. |
No comments:
Post a Comment