17 November 2014 - Kami dapat jemputan untuk menghadiri satu mesyuarat penduduk Kampung Baru di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang untuk membuat satu pembangunan yang melibatkan sebahagian tanah penduduk Kampung Baru. Tanah ayah aku nampak gayanya terlibat kali ni. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh individu berpengaruh di Kampung Baru - Dato' Seri Matshah Safuan. Tapi bukan pasal isi kandungan mesyuarat tu yang nak aku kisahkan. Kali ni aku nak kisahkan pasal satu makhluk kecil yang kami temui di Hotel Regency pada malam itu. Kami gelarkan ia si Kechik.
Si Kechik tengah bermain-main di rumah Kak Esah. |
Sesampainya di parking lot tingkat 6, Hotel Regency kat kawasan Chow Kit tu, kami terdengar suara anak kucing mengiau lantang tak henti-henti. Tapi kami tak berapa endahkan bunyi itu sebab kami perlu bergegas masuk ke bilik mesyuarat yang bakal berlangsung tak berapa lama lagi. Mesyuarat tamat kira-kira jam 11 malam (kalau tak salah aku lah). Dan kami terus menghala ke tempat parkir untuk pulang. Suara anak kucing mengiau tadi masih kuat kedengaran. Kami cuba mencari punca suara ngiauan itu. Manalah tau, kot-kot ada anak kucing tersangkut kat tempat tinggi, atau terjatuh dalam lubang.
Badannya sangat kecil. Tapi aku rasa umurnya dah agak lanjut. |
Cari punya cari, kami temui seekor anak kucing yang sangat kecil tanpa ibu berlegar-legar di planter box tepi parking. Kami belai ia untuk seketika. Kemudian kami berangkat pulang. Ketika kami baru nak melangkah pergi, anak kucing tadi beria-ia nak ikut kami. Kami cuba tinggalkan ia jauh-jauh, dan cepat-cepat nak masuk ke dalam kereta. Anak kucing itu masih lagi mengikut kami. Kami letak anak kucing tadi lebih jauh lagi. Kami masuk ke dalam kereta sepantas kilat. Start enjin. Tekan minyak dan pecut 150 km/jam. Anak kucing tadi masih mengekori kami. Kami dikejar dari simpang ke simpang. Dari selekoh ke selekoh. Dari highway ke highway. Bagai adegan kejar-mengejar dalam cerita Fast And Furious 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Akhirnya kami mengalah. Kami bawak ia pulang. Dan menamakan anak kucing tadi si Kechik kerana tubuhnya yang sangat-sangat kecil.
Si Kechik menumpang susu salah seekor ibu kucing kat rumah Kak Esah. |
Sebenarnya si Kechik bukan saja lapar. Tetapi ia jugak inginkan teman. Tak kiralah temannya itu seekor kucing ataupun manusia. Badan si Kechik banyak kurap dan kutu. Kutu pada badan Kechik sangatlah besar. Sekor kutu tu saiz dia dekat nak sama dengan saiz badan Kechik. Kami hantar Kechik ke hotel haiwan. Pusat jaga haiwan tu mandikan Kechik dengan syampu Head & Shoulder yang boleh hilangkan kelumumur, kurap dan kutu 99.99 %. Lepas mandi, bulu si Kechik jadi lembut dan wangi. Kira-kira keesokan harinya, aku perasan dah tak kedengaran suara si Kechik lagi. Rupa-rupanya si Kechik telah hilang dari rumah kami. Tak taulah apa yang terjadi pada si Kechik. Kami cuma mengharapkan yang terbaik buat si Kechik. Biarlah dia sihat dibela oleh orang-orang yang sayangkan haiwan kecil seperti si Kechik.
No comments:
Post a Comment