m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, December 12, 2014

Cerekarama: Merisik Atika

22 November 2014 - Cerekarama ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup, ataupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah secara kebetulan sahaja. Saksikanlah sebuah Cerekarama berjudul - "Merisik Atika".

Melayan tetamu di ruang tamu.
Keluarga pihak lelaki.
Menyarungkan cincin tanda di jari Atika.
(Di sebuah ruang tamu yang sederhana besarnya. Pak Anjang, Mak Anjang dan ahli keluarga yang lain sedang berkumpul sambil berborak-borak sesama sendiri. Tiba-tiba...)

Ayah Pemuda:  Assalamualaikum! Assalamualaikum!!
Pak Anjang:     Eh! Siapa pulak yang bagi salam tu?
Mak Anjang:    Siapa yang datang tengah hari buta ni? Cuba kau tengok sikit, Yaya.

(Yaya keluar. Mendapatkan tetamu yang memberi salam tadi).

Yaya:                Ya, pakcik. Nak cari siapa?
Ayah Pemuda:  Apa betul ini rumah Encik Azman?
Yaya:                Ya, betul. Jemputlah masuk. Mama! Papa! Ada orang datang nak cari Papa!!!

(Tetamu pun masuk setelah dijemput).

Pak Anjang:  Silalah masuk. Jemputlah duduk. Kami tengah bersembang anak beranak tadi.

(Tetamu pun duduk).

Anak-anak bermain gadjet.
Sangat teruja dengan gadjet.
Pak Anjang:     Apa hajat datang ke mari?
Ayah Pemuda:  Kami datang ni untuk bertanya. Apakah bunga di taman, telah disunting orang?
Pak Anjang:      Seingat saya, kami tak ada pulak tanam pokok bunga. Yang ada cuma pokok jenis daun aje.
Mak Anjang:    Betul tu. Pokok anggur yang kami tanam tu pun masih belum berbunga lagi. Memang tak ada bunga kat rumah kami ni.
Ayah Pemuda:  Bukan bunga itu yang kami maksudkan. Tapi bunga yang ada kat dalam rumah ni.
Pak Anjang:      Oooh! Yang kat dalam rumah ni bunga plastik aje. Dah berhabuk dah. Kalau nak, ambil ajelah. Kami pun dah takda masa nak membersihkannya.

(Tetiba Atika mencelah sambil sedikit mendengus).

Atika:            Papa, Mama, bukan bunga yang itu..... Bunga yang dimaksudkan tu ialah Atika. Bukan bunga betul-betul. Ini cuma kiasan aje.
Pak Anjang:  Ooooooohhhhhh! Nak sunting anak dara kami. Cakaplah awal-awal. Lain kali kalau nak cakap tu biar jelas. Senang sikit kita nak faham. (Sambil tergelak kecil).

Ayah Pemuda: Betul cakap Atika tu. Kami nak meminang anak Encik Azman untuk anak bujang kami. Encik Azman setuju?
Pak Anjang:     Kami berdua okay aje. Tapi pokok pangkalnya kena tanya yang empunya badan dulu. Atika, kamu setuju dipinang oleh mereka ni?

(Atika berlari-lari anak menuju ke dalam bilik. Lalu menghempas tubuhnya ke atas tilam katil. Sambil bibirnya menguntum senyuman).

Fai sedang berehat setelah majlis merisik selesai dengan jayanya.
Shahira, Kak Sabar dan Kak Ita.
Kak Uda dengan cucu.
Abang Karim sedang memikirkan nasib Team Malysia bila bertemu Thailand nanti.
Bongsu bertemu sulung.

Pak Anjang:    Kalau dah cenggitu gayanya, maksudnya setujulah tu gamaknya. Bila agaknya mereka ni nak ditunangkan?
Ayah Pemuda: Kalau boleh janganlah terlalu lama. Dan jangan pulak terlalu cepat.

(Dan para ibu bapa pun berbincanglah mengenai hari pertunangan mereka. Setelah selesai berbincang, tetamu menjamu makanan sebelum beredar pulang).

Syahmie setelah makan dan minum.
Ali berehat seketika.
Amin pun nak makan jugak.
Ika memperagakan cincin tanda.
Cincin di jari manis menunjukkan sudah ada yang 'booking'.
Inilah cincinnya.
Ika bersama mama dan adik.
Demikianlah babak Atika dirisik orang. Selanjutnya adalah urusan keluarga. Kami anak beranak sampai di rumah Kak Esah agak lewat. Cuma sempat berselisih bahu saja dengan para tetamu pihak lelaki. Tak sempat berborak dan berkenalan dengan lebih jauh lagi.

Kami terus ke meja hidangan. Mengambil makanan dan menjamu selera. Ada pelbagai makanan yang disajikan. Aku cuma makan sedikit saja. Aku lebih tertarik dengan teh tariknya yang sangat enak. Selebihnya, kami hanya berborak-borak pasal masa hadapan Ika, dan pasal hal-hal umum, termasuklah pasal kemenangan Malaysia ke atas team Vietnam baru-baru ini. Adakah ini kemenangan mutlak? Atau adakah ia kemenangan yang dirancang? Bagi aku, aku tak nak spoil-kan keterujaan menyambut kemenangan itu dengan memikirkan hal-hal yang tak pasti sahihnya. Yang aku tau, memang Malaysia telah menang. Dan telah pun layak untuk ke final menentang Thailand nanti.

Saleh dan Adam.
Ali dan Amin.
Wanie dan Intan.
Kami di rumah Kak Esah sampai kira-kira waktu maghrib. Setelah solat, kami terus tinggalkan rumah Kak Esah. Ada agenda lain malam ni. Kami nak sambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-18. Ada makan-makan spesel sikit malam ni. Kami beransur dulu!

Kucing kami Si Kechik bermain atas kepala Intan,.
Kepala Intan ada bau ikan gorengkah?
Si Kechik nak turun. Dah mula gayat.
Cuba teka. Ini kaki siapa? Siapa dapat teka betul, akan dapat hadiah dari yang punya kaki ini.
Tepak sirih. Ini juga menjadi tanda.


No comments:

Post a Comment