23 November 2014 - Tahun ni Amier dapat nombor 9 untuk Sekolah Agama. Maknanya tahun ni tak ada keperluanlah bagi kami untuk ke majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada pagi Ahad itu. In fact, inilah kali pertama kami tak perlu datang ke majlis berkenaan. Selama ni, baik Syahmie mahu pun Wanie, pasti akan mengambil hadiah bagi pencapaian cemerlang. Tak kiralah sama ada nombor 1, 2 ataupun 3.
|
Pengerusi Surau Ihsaniah, Tn Hj Mohd Nor sedang menyampaikan hadiah kepada Wanie. |
|
Walaupun dapat hadiah, Wanie bagaikan tiada emosi. |
Tetapi, sehari sebelum majlis berlangsung, aku mendapat panggilan telefon dari salah sorang ustazah yang mengajar di sana. Dia menjemput kami hadir ke majlis tersebut, sebab Wanie akan diberikan sedikit habuan di atas pencapaian cemerlangnya ketika menduduki peperiksaan UPSRA tahun lepas. Oooohhh... nampak gayanya kami masih kena hadir jugak. Tapi malangnya, pada waktu yang sama, aku terpaksa hantar Syahmie ke TBS pasal dia ada trip ke Kuantan. Jadi aku masih tak dapat hadir. Nasib baik jugaklah keluarga kami dapat diwakilkan oleh wife aku. Tahniah buat Wanie. Dan kepada Amier, kena berusaha lebih kuat lagi agar pencapaian dapat ditingkatkan.
|
Wanie dengan sijil UPSRA-nya. Wanie dapat keputusan Mumtaz dengan markah tertinggi pada tahun itu. |
No comments:
Post a Comment