Bahagian 2
Setelah diberi makan dan minum di
ruang santai DBKL, kami dijemput masuk ke dalam auditorium DBKL yang sangat gah dan cantik itu. Di atas pentas, di backdrop-nya terpapar tulisan Festival Teater Malaysia 2014. Masa tu barulah kami tahu bahawa majlis yang kami hadiri itu adalah sebuah festival teater yang dulunya dikenali sebagai Pekan Teater. Aku pun tak tau sejak bila rebranding ini dibuat. Pasal dah lama sangat kami tak ke majlis-majlis yang seumpama ini. Tapi kelihatannya dengan brand baru ini, majlis pengiktirafan penggiat-penggiat teater ini lebih hebat, lebih upgraded dan wajarnya para penggiat teater akan berasa lebih teruja untuk memperjuangkan seni ini dengan lebih bersungguh-sungguh.
|
Pentas Festival Teater Malaysia 2014 di Auditorium Besar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. |
|
Persembahan pembukaan oleh penari-penari JKKN. |
|
Piala rebutan ditayangkan oleh para penari. |
|
"Kalau berani, ambillah!" kata mereka. |
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian muqaddimah oleh penari-penari JKKN. Tapi aku lebih tertarik untuk mengikuti kontentnya. Pengacara pada malam itu adalah sahabat teater kami, Saifulkhairi Ahmad. Beliaulah yang telah menghubungi kami, dan menjemput kami untuk ke majlis ini. Saiful memang hebat sebagai pengacara majlis besar seumpama ini. Selain tone suaranya yang mantop, Saiful jugak pandai mencuit hati hadirin dengan lawak sepontannya, dan ulasan terkininya mengenai keputusan perlawanan bolasepak Piala Malaysia final di antara Pahang dan JDT yang kebetulan berlangsung pada masa yang sama.
|
Pengacara majlis - Saifulkhairi Ahmad. |
|
Majlis menjemput Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli untuk memberikan sepatah dua kata. |
|
Datuk Ketua Pengarah JKKN sedang berucap. |
|
Sedikit sebanyak mengenai festival teater ini diceritakan oleh YBHG Datuk. |
Sebelum acara pengumuman pemenang pertandingan teater kebangsaan, majlis telah menjemput Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli untuk memberikan sepatah dua kata. Masa tulah baru aku tahu sedikit sebanyak pasal sejarah festival ini. Pada tahun 1970an, ianya dipanggil Pesta Tarian & Drama. Pada tahun 1990an, ianya dipanggil Pekan Teater. Dan Festival Teater Malaysia hanya wujud bermula tahun 2002. Oooohhhh.... macam tu rupanya....
Ketua juri pertandingan teater ini jugak, En Meor Hashim Manap telah dijemput untuk memberikan ulasan mengenai persembahan teater yang diadili oleh kumpulan juri terpilih. Meor menekankan soal asas lakonan dan pengarahan mengatasi teknik canggih yang ada ditonjolkan oleh beberapa grup teater yang bertanding. Tetapi memang nyata teknik yang canggih ini dapat membantu sesebuah persembahan agar kelihatan lebih mantap dan menarik.
|
Ketua juri, En Meor Hashim Manap memberikan ulasan persembahan grup teater yang bertanding. |
|
Kamarul AR dan Raja Azri terpegun melihat cahaya yang memancar dari belakang pentas. |
|
Sahabat teater kami menerima hadiah kategori monodrama. Nazri mewakili Kelab Teater Kilat TNB. |
Pertandingan teater ini terbahagi kepada dua kategori. Satu - kategori Monodrama. Drama yang dilakonkan oleh hanya seorang pelakon. Dan satu lagi kategori drama moden biasalah. Masa Pekan Teater dulu, seingat aku cuma ada satu kategori aje. Yang monodrama tu masih tak ada lagi. Kalau berlakon sorang-sorang pun masih diletakkan di bawah kategori yang sama. Senarai pemenangnya aku dah tak berapa ingat. Dan aku tak berniat pun nak kupas satu persatu tentang keputusan yang telah diumumkan pada malam itu. Pasal kami tak menonton walau satu persembahan teater pun yang masuk bertanding. Jadi, kami memang tak tahu hujung pangkalnya.
|
Pelakon wanita monodrama bertajuk Afidavit Bahagia - Anne Yusof menerima hadiah dari Kamarul AR. |
|
Pengarah terbaik monodrama - Masni Abd Rahman dari Persatuan Bangsawan Warisan Moraza. |
|
Tempat ketiga monodrama dimenangi oleh Kelab Teater Kilat TNB. Tajuk drama - Iyakah Fatimah. |
|
Naib johan monodrama disandang oleh Puat Pengajian Seni USM dengan drama bertajuk Nisya Khalid. |
|
Johan monodrama dengan drama Afidavit Bahagia. Pemenangnya adalah Persatuan Bangsawan Warisan Moraza. |
|
Persembahan ringkas sebuah monodrama - Afidavit Bahagia. |
Di celah-celah keputusan, ada diselitkan persembahan selingan buat menghibur penonton yang hadir. Antara persembahan yang berjaya memikat hati aku adalah satu persembahan monodrama ringkas dari salah satu peserta. Nama drama yang dipersembahkan itu ialah Afidavit Bahagia. Dia macam standup comedy jugak, tetapi lebih ekspresif dalam penyampaiannya.
|
Dr Rosdeen Suboh (Ramli Samsam) dan Nas Adila mengumumkan pemenang kategori selanjutnya. |
|
Grup Teater Lab UMS, Sabah memenangi Kategori Sinografi Terbaik dengan drama mereka Vito Il Mafioso. |
|
Syafik Sofian memenangi kategori Pelakon Lelaki Harapan. |
|
Pemenang dari Kelab Teater Rimba UKM. |
Beberapa artis terkenal telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Antaranya adalah Datuk Jalaludin Hassan, Arja Lee, Susan Ho, Hairi Safwan, Raja Azri, Dr Rosdeen Suboh, Nas Adila dan lain-lain lagi. Pada malam tu barulah aku tahu yang mamat botak yang suka kenakan orang dalam cerita Bang Bang Boom tu ialah seorang pensyarah di Fakulti Kebudayaan Universiti Malaya - Dr Rosdeen Suboh. Seorang penggiat teater rupanya dia. Dan beliau memang kelakar, bukan saja di tv, tapi jugak di atas pentas ketika diminta menyampaikan hadiah kepada pemenang.
|
Susan Ho dan Arja Lee mengumumkan nama pemenang. Arja Lee juga berasal dari teater rupanya. |
|
Menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dari Kelab Teater Rimba UKM. |
|
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Haslina Hasbi dari grup Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak. |
|
Hadiah kepada Haslina Hasbi. |
|
Persembahan mime oleh penari JKKN. |
|
Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Malek Hassan dari grup Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak. |
|
Pelakon lelaki terbaik, Malek Hassan memberi ucapan. |
|
Datin Zulhaila Siregar (isteri kepada Datuk Ahmad Tamimi Siregar) menyampaikan hadiah kepada pelakon wanita terbaik - Yuhana Mohd Yusof dari Kelab Teater Rimba UKM. |
|
Kumpulan teater dari Kedah mendapat Hadiah Khas Juri kerana mesej dakwah Islamiahnya. |
|
Pengarah terbaik - Abdillah Untong dari grup Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak. Drama bertajuk Penggali Intan. |
|
"Awak bagi ajelah piala ni kat saya," bisik Datuk Jalaludin Hassan kepada Abdillah Untong. |
|
Memperagakan cek bernilai RM10 juta kepada khalayak. |
Selain dari persembahan monodrama, turut diselitkan beberapa persembahan lain eperti tarian mime dan yang paling memikat hati para penonton adalah persembahan oleh kumpulan muzik Buskers Pokok Ceri. Penampilan yang sempoi, klasik, dan bersahaja. Tetapi permainan muzik dan nyanyian yang mantop dan hebat. Semua orang terhibur dengan persembahan santai dari kumpulan buskers ini.
Bersambung...
|
Persembahan dari Buskers Pokok Ceri yang sangat menyegarkan. |
|
Santai, sempoi, tetapi sedap mata memandang, dan telinga mendengar. |
|
Kebanyakan pemuziknya adalah otai. |
No comments:
Post a Comment