31 Ogos 2014 - Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Kami gunakan kesempatan hari cuti umum ini untuk menengok Syahmie kat Gemencheh. Kami ajak Syahmie keluar sekejap, makan-makan kat restoran berdekatan, beli barang-barang keperluan sikit, dan kemudian hantar balik Syahmie ke asrama. Tu aje. Maksud aku tu aje yang aku ingat. Maklumlah cerita lama. Yang lain hanya dapat dikisahkan melalui gambar-gambar yang tertera.
Amier dan Sabriena menaiki permainan budak-budak kecil. |
Syahmie menjaga adik-adiknya. |
Sabriena sedang mengkaji kenderaan yang dinaikinya. |
Sabriena sangat teruja dapat menunggang Doraemon. |
Amier merajuk pasal tunggangannya tak bergerak. |
Dah keluar tadi. Sekarang kena hantar Syahmie pulang ke asrama. |
Bergambar anak-beranak. |
Di hadapan asrama Syahmie. |
Amier dengan gaya tersendiri. |
Masa ni Wanie pun cuti sekolah jugak. |
Errr... mana pulak selipar Amier? |
Aku dengan Syahmie. |
Tak lama lagi Syahmie akan lebih tinggi dari aku. |
No comments:
Post a Comment