15 November 2014 - Pada tarikh ini, Syahmie mula bercuti panjang. Cuti sekolah. Jadi kami pun pergilah menjemput Syahmie di MRSM Gemencheh, mengangkut kesemua barang dari asrama tempat Syahmie menetap. Oleh kerana kami takda nak terkejar masa sangat pada hari tu, jadi kami pun drive-lah kereta dengan selamba dan relax. Ikut laluan melalui Kuala Pilah. Ini memang bukannya laluan favourite aku, pasal jalannya yang bagi aku agak jauh dan penuh berliku. Aku lebih gemar ikut highway PLUS. Boleh tekan minyak sampai 350 km/jam.
|
Memancing di sebelah otai. |
|
Kami tak dapat apa-apa. Tapi brader otai berjaya menaikkan tilapia merah seekor demi seekor. |
|
Kolam pancing di Kuala Pilah. |
|
Besar jugak kolam ni. |
|
Bersabar menanti ikan makan umpan, walaupun ikan bagaikan mogok tak nak makan apa-apa pada petang tu. |
|
Tetiba Amier terasa macam nak buang air besar. Terpaksalah Syahmie meneman adiknya ke tandas tepi belukar. |
|
Amier dah settle-kan urusannya. |
|
Hajat telah diqadha'. |
Alang-alang dah lalu ikut route Kuala Pilah, kami pun carilah port untuk memancing. Dulu aku pernah terperasan ada kolam ikan tepi jalan. Jadi matlamat aku nak cari kolam ikan yang itulah. Setelah sekian lama mencari, akhirnya kami jumpa jugaklah kolam tu. Memang tersergam cantik kolam pancing ikan tu. Kami singgah sekejap. Masa kami kat sana, kami tengok ada sorang brader tu dapat ikan patin sikit punya besar. Teruja jugak kami menengoknya. Ikan patin bagak tu dibawa ke meja urusetia, ditimbang, dan dilepaskan kembali ke dalam kolam. Eh! Apasal pulak dia lepaskan balik ikan tu? Kami tanya brader penjaga kolam. Brader tu kata, kat situ memang polisi dia tangkap dan lepas. Siapa dapat ikan paling berat akan dapat hadiah istimewa. Kami tanya lagi kat brader penjaga kolam tu. Kat mana ada kolam pancing yang boleh bawak balik ikan? Brader tu pun tunjukkan arah. Kolam ikan yang jenis macam tu terletak tak jauh dari situ. Setelah mengucapkan terima kasih, kami pun terus menghala ke kolam yang lagi satu.
|
Jauh jugak lokasi jamban dari port kami memancing. |
|
Amier lega. Syahmie pun lega. |
|
Perut lapang senang hati. |
|
Amier telah meninggalkan sisa pepejalnya di Kuala Pilah. |
|
Happy memancing. |
Di kolam yang boleh bawak balik ikan tu, kami nengok ada segelintir pemancing sedang beraksi menaikkan ikan tilapia merah. Kami pun membuat bayaran dan terus memancing. Kat situ ada dua ekor anjing penjaga keamanan negara. Wife aku suruh aku pindah kat tempat yang agak jauh sedikit dari dua ekor anjing tu. Kami pun beralih tempat.
Aku mula memasang umpan cacing, cengkerik dan dedak untuk menjerat ikan dalam kolam tu. Sekor pun tak nak makan, walaupun dah berjam-jam aku menunggu. Abang yang pancing kat sebelah kami tu asyik naikkan ikan demi ikan pakai umpan dedak P&C (private & confidential). Maknanya umpan rahsialah tu. Tapi kami, sedikit getuan pun tak terasa. Kami masih menanti dengan sabar, sehinggalah isteriku berjaya menaikkan seekor ikan ketutu yang tersangkut mata kail pada badannya. Okay-lah tu. Itu aje kot rezeki kami pada hari tu.
Aku nengok abang kat sebelah kami tu pancing siap pakai penanda. Penanda tu kalau tak silap aku diperbuat daripada plasticine. Kaedah ni pernah diajar oleh salah sorang sepupuku. Tapi aku memang tak begitu mahir. Aku pun nengok jugak kat tali pancing aku. Kalau bergerak bila ditarik, aku akan sentaplah. Tapi sepanjang aku memancing, memang tali tu duduk diam aje macam batu. Malah aku turut memerhatikan tali pancing abang kat sebelah kami. Nampak macam tak bergerak. Tapi abang tu bagaikan ternampak suatu pergerakan yang sangat minimal, lantas menyentap jorannya. Dan di hujung tali telah tersangkut seekor ikan tilapia merah. Banyak kali dia membuat sentapan. Dan lebih 50% dari sentapan jorannya membuahkan hasil. Huh! Ilmu pancing jenis macam ni memang aku tak faham langsung! Lain kali ajelah aku belajar. Kami pulang tangan kosong setelah kira-kira dua jam memancing.
|
Akhirnya, seekor ketutu tersangkut jugak di mata kail. |
|
Beginilah rupa ikan ketutu (atau dipanggil ikan haruan bodoh pasal asyik fail aje SPM walaupun dah tujuh kali ambil peperiksaan yang sama). |
|
Masih meneruskan pancingan. |
|
Ditemani oleh Syahmie. |
Kami singgah sebentar di pusat rekreasi Ulu Bendul. Minum petang dan makan kuih pau. Dulu kami pernah buat Family Day Keluarga kat sini. Dan di sini jugak pernah berlaku tragedi kepala air yang telah meragut nyawa kanak-kanak. Kolam renangnya sedang dibaikpulih nampak gayanya. Selepas minum petang, kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Kami sampai rumah kira-kira pada waktu malam dengan selamatnya. Syukur alhamdulillah.
|
Minum petang di Ulu Bendul. |
|
Masa ni kami dah agak kepenatan. |
|
Amier minum air Horlicks ais. |
No comments:
Post a Comment