9 November 2014 - Sedang kami berjalan-jalan mengambil angin malam di sekitar Jalan Raja Laut, tepi bangunan DBKL, tetiba kami terserempak dengan seorang pemuda berpakaian ala-ala lanun. Tetapi lebih smart lagi. Macam pernah kami lihat wajah itu. Tapi di mana ya? Lalu kami mengekori beliau secara senyap-senyap. Beliau menaiki sebuah bahtera yang besar. Siap dengan awak-awaknya yang ramai. Dan meriam tersusun rapi, bersiap siaga andai ada musuh yang datang menyerang. Kami menyelinap masuk ke dalam bahtera. Dan turut belayar bersama pemuda gagah itu. Ketika bersembunyi di balik timbunan barang-barang lama, kami terdengar nama pemuda itu dipanggil oleh anak-anak kapal, "Tuanku Sinbad. Tuanku Sinbad!" Oh barulah aku tahu, itulah Sinbad agung yang sering disebut-sebut oleh khalayak ramai. Dan bahtera itu terus saja menuju ke dalam Auditorium DBKL. Di situlah ia berlabuh. Dan di situ jugak kami turun dari bahtera. Begitulah muqaddimahnya.
|
Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala. |
|
Kami dapat tempat duduk di kerusi VVIP. Best-nya! |
|
Siap ada air dan makanan ringan lagi. |
|
Menanti tirai dibuka. |
Sebenarnya kami telah dibagi tahu oleh kawan kami, Saifulkhairi ketika bertemu beliau di
Festival Teater Malaysia 2014 kira-kira lebih seminggu sebelumnya. Saiful kata ada show bangsawan kat DBKL. Dan dia ada berlakon dalam teater bangsawan tu. Kami kata kalau tak ada aral, insya Allah kami akan datang. Dan kami pun datanglah bertiga. Aku, isteriku dan ayah kami. Aku plan nak beli tiket masa kat luar auditorium nanti. Macam tulah yang biasanya kami buat pun. Sekali, masa wife aku tanya tiket kat meja urusetia, dia kata tiket dah habis. Tiket mahal pun habis jugak. Alamak! Macam mana ni?! Aku dangan wife aku tak kisah sangat sebenarnya. Kalau tak ada tiket, kami balik ajelah. Tapi kesian kat ayah kami. Dahlah nak turun naik tangga kena pimpin. Letih dia berjalan.
Ketika kami hampir putus asa, tetiba kenalan baru kami, Mizan yang bertugas dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) menegur aku. Aku bersembang kejap dengan dia. Kami bagi tahu tak dapat beli tiket pasal dah habis. Kami jugak bagi tahu yang ayah kami ada menanti di tingkat atas dengan penuh harapan. Last-last Mizan pergi kat meja urusetia, pergi kawtim, dan dapat jugaklah kami masuk ke dalam auditorium di tingkat atas. Ingatkan kena bayar tiket harga super mahal dan eksklusif, rupanya sesen pun kami tak perlu bayar. Kami ucapkan terima kasih kepada Mizan.
|
Iklan bangsawan di suatu sudut pentas. |
|
Pentas utama Bangsawan Grand Opera - Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. |
|
Ayahku dengan seorang kenalan kami, Badrul yang pernah berkhidmat di Kompleks Budaya Negara. |
|
Sekarang Badrul kerja dengan Istana Budaya. |
Masuk dalam auditorium, kami ingat kami kena duduk kat ceruk manalah. Rupa-rupanya kami dapat tempat duduk VVVVVIP (tahap sultan-sultan dan raja-raja). Orang lain duduk kerusi kecil, kami duduk kerusi besar. Orang lain duduk kerusi keras, kami duduk atas kerusi empuk. View pun yang terbaik. Pergh! Kat situ siap ada minuman dan makanan ringan lagi. Memang first class-lah! Sebelum show bermula, lagu Negaraku dimainkan. Penonton berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai. Oleh kerana dah terlalu lama tak nyanyi lagu Negaraku, aku hampir terlupa beberapa patah lirik lagu itu. Boleh macam tu? Tapi sekarang dah ingat balik dah.
|
Penonton berdiri. Lagu Negaraku dimainkan. |
|
Suara aku agak kuat ketika menyanyikan lagu Negaraku. Lebih kuat dari speaker kat auditorium. |
|
Masih lagi menyanyikan lagu kebangsaan. |
|
Dah habis menyanyi. Tunggu tirai utama dibuka untuk menyaksikan teater bangsawan Sinbad. |
|
Dan tirai pun dibuka. Waaaahhhh! Lawanya suasana dia! Teruja aku. |
|
"Wahai Memanda Menteri, sudahkah bantuan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Semenanjung?" |
|
"Betalah Sinbad, penakluk laut dan darat". |
Bila tirai dibuka, maka ternampaklah olah kami akan satu setting istana ala-ala al-Arabia yang sangat cantik. Backdrop-nya pakai projector dengan pengimejan di atas layar putih. Kalau dulu-dulu, masa first time aku nengok persembahan bangsawan moden kat MATIC Jalan Ampang, backdrop-nya pakai lukisan atas kanvas. Punyalah besar lukisan tu. Cantik pulak lagi painting tu. Sekarang pakai projector jauh lebih simple, namun impaknya masih power, malah boleh buat special effect pulak lagi kalau nak.
|
"Beta sangat susah hati dengan prestasi bolasepak negara sejak kebelakangan ini. Apakah Harimau Malaya akan pupus di mata dunia?" |
|
Extra turn - nyanyian dan tarian Al-Arabia. |
|
Tiga ekor setan yang sangat kelakar. |
|
"Wahai Setan Cokelat, janganlah dibimbangkan soal nasib sukan Malaya. Bukankah kita yang telah memporak-perandakan segalanya?" |
|
"Abang Setan.... Boleh tak Abang Setan bertiga tolong urutkan kaki adinda berdua?" |
Dalam persembahan Bangsawan Sinbad hari tu, ada seorang tukang cerita yang bagi tahu kat penonton mengenai teater bangsawan. Maklumlah, bukan semua orang tahu secara mendalam perisian dalam teater bangsawan macam ni. Sedikit sebanyak bertambah jugaklah ilmu dan pengetahuan para penonton mengenai persembahan ini.
|
Suasana di istana Ratu Kala yang sangat power. |
|
Permaisuri Sinbad, Puteri Jasmin telah diculik oleh Ratu Kala. |
|
"Ombak sangat kuat Tuanku SInbad. Susah nampaknya kita nak melabuh pukat menangkap ikan". |
|
"Kalau ombak kuat sangat, kita nyanyikan ajelah lagu Ombak Rindu. Eh! Masa bila pulak ada naga Tasik Cini kat depan kita nih?" |
|
Extra-turn: Tarian ala Arab, tapi lain sikit. |
|
"Wah! Tebal sungguh hutan ini. Tak ada Harimau Malaya ke?" |
|
"Harimau Malaya memanglah ada. Tapi dah tak kuat. Dah lemah". |
Di celah-celah lakonan kisah Sinbad, turut diselitkan selingan berupa tarian, nyanyian serta mime yang dipersembahkan ketika babak berganti babak. Masa tu tirai ditutup. Set ditukar. Prop untuk babak selanjutnya dibawak masuk. Dan masa tulah persembahan selingan ditontonkan kepada hadirin. Selingan yang macam ni dipanggil 'extra-turn'. Bangsawan yang dulu-dulu zaman Tok Kaduk pun ada jugak elemen yang seumpama ini.
|
Extra-turn: Lagu Arab lagi. |
|
"Alamak! Pentas terbakar! Panggil bomba cepat!!!" |
|
Pertarungan sengit di antara tentera Sinbad dengan tentera Ratu Kala. |
|
"Pembesar-pembesar istana sekelian. Beta dan permaisuri dah balik. Cepat masak. Kami lapar sangat ni!" |
|
"Kalau nak cepat, masak Maggi ajelah Tuanku". |
|
"Maggi pun Maggi lah. Perasa kari okay?" |
|
Pencerita menamatkan penceritaannya. |
Cerita Sinbad ni pada dasarnya sangat menghiburkan. Ada element lawak di sana-sini. Ada kesan khas dan prop-prop yang menarik. Dan overall, persembahan ini sangatlah berwarna-warni. Nampak ceria sangat. Tahniah kami ucapkan kepada team yang terlibat. Pengarah dan penulis skripnya, Rosnan Nordin, para pelakon, krew dan semua yang terlibat. Kalau ada lagi teater bangsawan, kami rasa kami akan menonton lagi. Jumpa lagi nanti!
|
Pelakon-pelakon diperkenalkan kepada penonton. |
|
Sorang-sorang keluar berhadapan dengan penonton. |
|
Sahabat kami, Saifulkhairi pulak diperkenalkan. |
|
Tiga Setan masuk dan mendapat tepukan gemuruh kerana persembahan lawak mereka. |
|
Pengarah teater bangsawan, Rosnan Nordin pula diperkenalkan. |
|
Semua orang dah ada kat atas stage. |
|
Memberi penghormatan terakhir kepada penonton. |
|
Majis bersurai. |
|
Jumpa lagi di teater bangsawan akan datang! |