Bahagian 8
Dah bahagian 8 rupanya! Itulah kata-kata yang barangkali bermain-main di fikiran para pembaca yang budiman sekelian. Dalam bahagian ini, penulis ingin menceritakan sedikit sebanyak aturcara-aturcara sampingan yang telah dijalankan di dalam majlis resepsi pada malam itu. Salah satu aturcara yang diadakan ialah adegan "Mari menonton video lamaran Azlimi kepada Hana".
Wah! Semua orang sudah semestinya teruja nak menengok apakah caranya Azlimi membuat proposal kepada Hana. Siap berdrama lagi kedua pengantin tu. Walaupun singkat, dalam drama tu ada adegan romantik, suspen, thriller, komedi, mistik, aksi stunt, dan untuk memenuhi permintaan penonton ramai, juga diselitkan elemen hantu (sebab trend filem sekarang memang kena ada hantu, barulah boleh laris). Best jugak. Sampaikan ada yang menangis-nangis ketika menonton babak sedih. Tak kurang jugak yang ketawa terbahak-bahak sampai tergolek-golek atas lantai ketika menonton babak lucu. Dan ketika dipertontonkan babak hantu, setengah dari tetamu dalam dewan terus menyorok bawah meja ketakutan. Lagi setengah, terus lagi keluar dewan, pasal tak sanggup menanggung suspen ketika hantu datang mengejar mangsa. Apa-apa pun, slot video tu memang menghiburkan penonton.
|
Hadirin sedang menonton cerita bertajuk "The Proposal" lakonan Azlimi dan Hana. |
|
Azfar memberi ucapan yang berkobar-kobar mengenai semangat kesukanan bola sepak negara. |
Setelah habis menonton video, tibalah giliran Azfar, adik Azlimi untuk naik ke atas pentas. Pada mulanya kami ingatkan Azfar nak menyanyi lagu asli atau lagu keroncong (sesuailah dengan penampilannya yang segak berbaju Melayu). Rupa-rupanya, setelah Azfar berdiri di belakang rostrum, Azfar terus berucap,
"Saya, selaku ketua kampung di Mukim Felda ini, ingin menyeru kepada semua penduduk kampung, agar menjaga kebersihan ladang-ladang, dan kebun-kebun tanaman kita, supaya nyamuk aedes tidak mudah membiak. Bla bla bla.... "
Panjang lagi ucapan Azfar sebenarnya. Berkajang-kajang nota yang ditulisnya. Setelah berucap panjang lebar, barulah Azfar ceritakan sedikit pasal pengalaman manisnya keitka bersama abangnya, Azlimi. Dan permulaan bicaranya adalah sebegini, "Ketika itu, saya dalam darjah satu. Masih muda. Masih mentah. Masih naif, untuk mengenali hakikat dunia ini yang sebenarnya. Bla bla bla..." Ucapan Azfar telah mendapat tepukan gemuruh dari para penonton sekelian. Siap dapat standing ovation lagi. Dan sebagai penutup, Azfar siap berkempen, "Undilah saya dalam PRU ke-13 nanti!!!"
|
"Tuan-tuan jangan lupa untuk pangkah nama saya masa hari mengundi nanti!" |
Selepas Azfar siap memberi ucapan, tibalah giliran adik Hana pulak untuk berucap, menceritakan pengalaman manisnya bersama Hana. Kalau tadi, Azfar membuat flash back pasal riwayat hidupnya ketika dalam darjah satu, adik Hana tak mau kalah jugak. Ucapannya bermula sedemikian, "Pada zaman dinosaur dulu, ketika itu saya masih di dalam perut bonda... bla bla bla.... Kak Hana telah membelikan saya sebuah anak patung berbentuk T-Rex. Dan saya sangatlah teruja..." Ucapan panjang lebar dan sangat dramatik oleh adik Hana itu jugak mendapat standing ovation. Sampaikan guard yang jaga kat luar dewan, serta pekerja-pekerja di bahagian dapur, semuanya berdiri kerana teruja dengan ucapan yang telah diberikan. Punyalah lama semua orang berdiri dan bertepuk tangan. Semuanya berhenti bertepuk dan mulai duduk setelah ayam jantan berkokok, menandakan dah masuk waktu subuh. Barulah masing-masing mula sedar bahawa kaki dan lutut masing-masing sudah mulai terasa sakit-sakit pasal berdiri terlalu lama.
|
Kek pengantin yang sangat cantik dan enak. |
|
Mulanya Hana malu-malu. Siap berselindung di balik kek yang tinggi. |
Acara selanjutnya ialah memotong kek. Cantik sungguh kek pengantin pada malam tu. Ada lima tingkat semuanya. Menurut berita CNN, pada asalnya kek tu lebih tinggi lagi sebenarnya. Ada dalam 80 tingkat, pasal nak menyamai tingkat pada KLCC Twin Tower. Tetapi terpaksa dipendekkan pasal kek yang tinggi tu tak muat pulak nak dibawa masuk ke dalam dewan ikut pintu. Kek yang lima tingkat tu sangatlah special. Aras satu kek tu perasa cokelat. Aras dua kek tu perasa cheese cake. Aras tiga kek tu perasa Fruit cake. Aras empat kek tu perasa red velvet. Dan aras lima kek tu perasa fish cake. Memang sangat hebat.
|
Dan kek dipotong bersama-sama. |
|
Mula-mula potong kek yang kat bawah. Lepas tu potong kek yang kat tingkat atas pulak. |
Kedua pengantin tadi, Azlimi dan Hana, terus naik ke atas pentas sekali lagi dan memotong kek itu menggunakan pisau special yang telah diimport khas dari Arabia. Masa pengantin memotong kek. semua juru gambar profesional dan amatur telah mengerumuni pengantin untuk mengambil gambar. Bila dah potong kek tu, ada acara suap-menyuap kek ke mulut pengantin suami isteri. Mula-mula Azlimi suapkan sepotong kek ke mulut Hana. Hana makan dan telan dengan tenang. Lepas tu giliran Hana pulak suapkan kek ke mulut Azlimi. Azlimi pun makan. "Wah! Sedapnya kek ni!" teriak Azlimi dalam keterujaan. Dan Azlimi terus menyuruh Hana suapkan kesemua kek yang lima tingkat tadi ke mulut Azlimi. Habis kelima-lima biji kek tadi dimakan Azlimi dengan penuh selera. Masih tak cukup. Pihak caterer siap terpaksa order berpuluh-puluh bijik kek lagi dari Secret Recipe untuk menyempurnakan keinginan Azlimi makan kek tadi.
|
Menyuapkan kek ke mulut Hana. |
|
Hana gembira menerima suapan kek dari suami tercinta. |
|
Giliran Hana pula menyuapkan kek ke mulut Azlimi. |
|
"Eh! Sedaplah kek ni! Nak lagi! Nak lagi! Nak lagiiiii!!!" |
|
Pengantin dan kek. |
|
Kedua-dua pasangan happy setelah kenyang makan kek. |
Setelah Azlimi tersangat kenyang makan kek dengan sebegitu banyak, barulah datang mood untuk memberikan ucapan kepada para hadirin yang datang. Panjang lebar ucapan Azlimi. Boleh buat novel 10 volume. Bermula dari sejarah Hang Tuah, sampailah ke detik pertemuan dan percintaan di antara Azlimi dan Hana. Walaupun panjang, hadirin tak terasa bosan mendengar luahan rasa Azlimi yang memang sangat petah mengungkapkan bicara. Setelah habis berucap, para hadirin dari segenap dewan berdiri sambil berteriak lantang, "Hidup Azlimi! Hidup Hana!! Hidup pengantin!!!" Dan diiringi dengan nyanyian patriotik para hadirin, "Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi!!!" Dan para hadirin terus terbuai denga alunan patriotik yang bergema mengisi ruang dewan.
Bersambung...
|
Masa untuk berucap pulak. |
|
"Apa khabar semua?! Apa khabar Kuala Lumpur?! Apa khabar Malaysia?!! Tremma kasseyyy!!!" |
|
Hana tidak berucap. Diwakilkan kepada Azlimi sahaja. |
|
"Marilah tuan puan sekelian, kita hayati erti sebuah perkahwinan". |
|
Keluarga Azlimi teruja mendengar ucapan Azlimi. |
|
Ucapan Azlimi cukup memberikan impak yang mendalam ke jiwa para hadirin. |
No comments:
Post a Comment