Bagi penggemar-penggemar kopi, tentu mereka tau jenis-jenis kopi yang pelbagai kat muka bumi ni. Malah kat Malaysia aje ada berpuluh jenis kopi yang yang saling bersaing sesama sendiri untuk mendapat perhatian dari peminum-peminum kopi tegar. Aku memang minat minum kopi. Tapi bab merasa kopi tu aku tak pulak arif. Aku rasa semua kopi lebih kurang sama aje rasa dia. Jenis kopi yang aku tau cuma kopi Hang Tuah, kopi Hang Jebat, kopi Hang Kasturi, kopi Hang Lekir, kopi Hang Lekiu, dan kopi Hang Nak Pi Mana? Dan kalau di Indon pulak ada kopi taik musang, kopi taik tenuk, kopi taik gajah, dan kopi taik hidung. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tau pulak ada satu kopi yang namanya kopi Tenom Sabah. Inilah satu jenis kopi yang sangat hebat dari Sabah.
Kopi tenom Sabah dalam gelas spesel. |
Pada suatu malam, selepas main badminton macam biasa, kami ke sebuah warung berdekatan untuk minum-minum. Aku order teh halia macam biasa. Abang Zai dan Abang Zahid pulak order kopi tenom Sabah. Masa first time order kopi tenom ni, semua orang berasa sangat teruja pasal dapat guna gelas khas, dan dapat biskut bulat dua keping. Masa mula-mula dapat gelas khas tu, Abang Zai dan Abang Zahid pun menekanlah tombol yang ada pada gelas tu berkali-kali. Niatnya supaya kopi tu lebih sebati bercampur dengan air panas. Tapi rupanya semakin berselerak serbuk keladak kopi tu ke seluruh gelas. Makin susah nak minum. Lepas tu Zila mulalah membuat ulasan dan penerangan pasal penggunaan tombol gelas, yang sebenarnya merupakan penapis serbuk kopi versi moden. Lepas tu barulah kami tahu cara menggunakan tombol tu dengan lebih professional. Lepas ni bolehlah kami kerap meng-order kopi menggunakan gelas khas ni tanpa perlu berasa segan dan malu kerana telah tau teknik dan cara-cara penggunaannya dengan betul.
Abang Zahid dan Abang Zai peminat kopi tenom Sabah. |
wah menarik.. aku kena cuba test secawan dua ni... huhuhu
ReplyDeleteCubalah test. Orang kata sedap.
Delete