Apakah yang menyebabkan orang takut sangat nak berjumpa dengan doktor gigi a.k.a. dentist? Imaginasi yang sering bermain di mindalah yang menyebabkan ketakutan ini berleluasa. Di benak kita semua terbayang doktor gigi menggunakan pahat dan penukul untuk mencabut gigi. Menggunakan driller Bosch untuk korek gigi yang dah berlubang. Mencungkil gigi menggunakan alat tajam macam mata kail Gamakatsu. Semua benda-banda tu sangatlah mengeriiiiiiiiiiiii......kan!!! Dan imaginasi kita jugak berkisar pada saat doktor gigi nak mencabut habis semua gigi yang ada kat dalam mulut kita. Tanpa belas. Tanpa ehsan. Tanpa soal jawab. Terus cabut semua gigi sampai togel! Dan rongak!!!
|
Masa ni Amier tengah happy. Dia tak terfikir lagi pasal berjumpa dengan doktor gigi. |
Pada suatu hari Sabtu, kami bawak Amier berjumpa sorang doktor gigi di Prince Court. Amier memang takut. Sangat takut! Tapi dia ikut jugak arahan kami untuk ke hospital. Amier nampak happy aje semasa menunggu giliran namanya dipanggil. Dia sibuk main i-pad. Dan tak lama menunggu, nama Amier pun dipanggil jururawat. Amier masuk ke klinik doktor. Bila doktor suruh dia duduk atas kerusi ngeri, Amier mula kelam kabut nak keluar dari bilik klinik. Dia menangis bila aku menghadang pintu keluar. Kemudian nurse pulak tutup pintu. Lagi Amier suspen. Dia terus menangis. Mula-mula doktor memujuk dengan penuh lemah lembut. Tak jalan. Amier masih nak keluar bilik. Akhirnya doktor menggunakan nada tegas. Seperti cikgu menyuruh anak muridnya melakukan sesuatu. Dan Amier akhirnya akur dan patuh dengan arahan doktor tadi.
|
Doktor sedang membersihkan gigi Amier yang berkerak. |
Semasa di kerusi rawatan, doktor memeriksa gigi Amier. Doktor gigi hampir pengsan ketika melihat kondisi gigi Amier yang berlapis-lapis macam gigi shark, dan kotor dengan kesan cokelat melekat kat giginya. Setelah diberi gas oksigen kepada doktor, akhirnya doktor kembali bersemangat untuk merawat gigi Amier. Doktor kata, mula-mula cuci gigi dulu sampai bersih. Lepas tu baru cabut gigi-gigi susu yang tak mau tanggal. Doktor berjaya meyakinkan Amier bahawa proses membersihkan gigi memang tak sakit langsung. Dan kata-kata doktor tu memang benar. Amier selesa dengan tindakan doktor membersihkan segala kesan-kesan karang kat gigi Amier. Gigi Amier dah nampak bersih berkilat selepas tu. Doktor puas hati. Kami pun happy dengan perkembangan positif gigi Amier tu.
|
Amier kena pakai sun glass pasal takut kena silau lampu. |
|
Baju khas yang berat macam besi untuk teman Amier kat bilik x-ray. Kata petugas tu ada plumbum kat dalam baju tu. |
Lepas tu gigi Amier di-x-ray. Masa nak x-ray pun, Amier agak cemas jugak. Tapi tak susah sangat nak suruh Amier duduk diam sementara mesin x-ray beroperasi. Lepas x-ray, doktor terus mencuci gigi Amier supaya lebih bersinar macam lampu. Lagi dua minggu, Amier kena jumpa doktor gigi lagi. Doktor nak bagi gigi Amier lebih bersih dan bersinar. Lepas tu, appoinment kali ketiga barulah doktor akan mencabut gigi susu Amier. Satu per satu... Harap-harap masa tu Amier dah lebih berani dan konfiden. Dan tak akan lari lagi!
|
Tengah nak x-ray gigi Amier. |
|
Final round membersihkan gigi Amier menggunakan besi tajam. |
No comments:
Post a Comment