Bahagian 7
Akhirnya selesailah sudah acara menepung tawar. Bermakna, acara bersanding di atas pelamin juga telah selesai. Yang belum hanyalah makan, bersantap, mentekedaghah, melahap, balun, sapede, sekfan, mangan, madang, baham, eat dan sorru. Sebelum meninggalkan pelamin, kedua-dua Azlimi dan Hana membuat sembah hormat kepada tetamu istimewa sebelum melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga untu ke meja hidangan diraja.
|
Memohon sembah hormat kepada tetamu diraja. |
|
Berpimpin tangan untuk ke meja santapan. |
|
Hadirin memang lapar. Pengantin jugak lapar sebenarnya. |
Para tamu yang lain seluruhnya memang telah dari tadi stand-by di sisi pinggan dan lauk pauk untuk menanti signal dan isyarat dari pusat kawalan sebelum juadah boleh dinikmati. Setelah pengantin dan semua tetamu kehormat selamat duduk di meja hidangan khas, barulah lampu dewan tiba-tiba menjadi gelap. Sewaktu lampu dipadamkan, ada pulak sebahagian tetamu yang semacam frust sebab tak nampak lauk-pauk untuk dimakan kerana terlalu gelap. Dan secara tak semena-mena, masuklah sebarisan perajurit gagah berani ke dalam dewan. Masing-masing tidak membawa pedang dan tombak, apatah lagi M-16. Tetapi mereka membawa senjata yang lebih ampuh dari segala jenis senjata yang pernah wujud di muka bumi ini. Dan senjata itu adalah nasi! Para tetamu lalu bertepuk sorak kegembiraan. Riuh rendah seluruh ruang dewan, bagaikan menyambut hari kemerdekaan negara. "Horrey! Horreeyy!! Horrreeeeyyyy!!!" jerit semua hadirin tanpa tersemat rasa malu dan segan dalam diri.
|
Ayah dan ibu Azlimi duduk di meja keluarga. |
|
Azfar pulak join makan semeja dengan kami. |
|
Para pelayan khas yang pakar dalam skil mencedok nasi. |
|
Taruh semua kasi habis... |
Dan nasi pun diletakkan ke dalam pinggan oleh pelayan khas yang sangat pakar mencedok nasi. Aku yang tersangat lapar telah mengarahkan pelayan tadi untuk meletakkan kesemua nasi dalam mangkuk ke dalam pingganku. Pelayan tadi menjadi tersangat terkejut sehingga pengsan. Dan aku serta hadirin-hadirat lain semuanya terus makan dengan sangat lahap. Luar biasa tahap lahap kami seluruhnya, sehinggakan supply nasi di dapur habis licin! Pihak caterer d'Saji terpaksa masak lagi 10 tan nasi untuk menampung kekurangan bekalan akibat pemakan-pemakan nasi yang rakus yang sedang menikmati makanan di Dewan Felda Perdana.
|
Anak-anak sangat teruja dapat menikmati kesedapan nasi. |
|
Wanie mencedok lauk kegemarannya - acar timun! |
Walaupun para tetamu makan bagaikan piranha, tetapi kedua pengantin tetap maintain control tempo ketika bersantap. Ini adalah bagi memastikan tahap level pengantin masih berkesinambungan. Semua orang berasa hairan macam mana pengantin boleh terus cool ketika makan tanpa ada unsur-unsur gelojoh walau sedikit pun. Itulah rahsia menjadi raja sehari.
|
Pengantin akan memulakan makan sebentar saja lagi. Jom kita kira, satu dua tiga...ngap!!! |
|
Makcik Razmah dan Pakcik Udin di meja khas. |
|
Pengantin makan dengan sangat berwaspada. |
|
Sepupuku, Izhar dan isterinya, Lin sedang menjamu selera. |
|
Keluarga Abang Wira - sepupuku juga. |
|
Sepupuku, Joe dengan keluarganya. |
|
Sepupuku, Jip dengan keluarganya. |
Antara makanan yang menjadi favourite aku secara peribadi ialah ikan masak sweet sour dan tapai masak ais-kerim, dan ditabur...... tahi lipas di atasnya? Sekali imbas nampak yang hitam-hitam tu macam tahi lipas. Tapi setelah aku membuat kajian dengan menggunakan mikroskop dan segala bahan-bahan kimia, serta mengkaji kedudukan DNA bahan itu, barulah aku pasti bahawa itu bukanlah seperti mana yang aku jangkakan. Ia adalah sekadar chocolate rice bagi menambah perisa dessert yang hebat itu. Aku berpeluang memakan dua mangkuk pasal Amier tak begitu berminat dengan resipi sebegitu. Acara makan-makan dan minum-minum berterusan sehinggalah semua tetamu kekenyangan dan tersandar di kerusi enak tanpa boleh bangun lagi.
Bersambung...
|
Tapai ais kerim yang hebat. |
|
Farid dan Amier sesudah makan. |
|
Wanie sangat puas hati bila dah kenyang. |
No comments:
Post a Comment