Bahagian 9 (Akhir)
Macam drama berepisodlah pulak entry aku yang ini. Sampai masuk bahagian ke-9. Tapi jangan worry, lepas ni dah tak ada sambungannya lagi. Tapi biasanya, kalau episod yang akhirlah yang paling penting untuk semua orang tahu apakah kesudahan dan kesimpulan dari cerita yang bersambung-sambung tu. Jadi, jangan lupa baca episod ni sampai habis, tau!
|
Pakcik Ja'i bersalaman dengan keluargaku sebelum berangkat pulang. |
Setelah semua acara selesai dilaksanakan dengan penuh harmoni, maka pembesar-pembesar negeri pun mengumumkanlah perhimpunan akan bersurai. Parlimen akan dibubarkan. Semua hadirin hadirat boleh balik nengok tv, goyang kaki, mandi, tidur, baca surat khabar, atau buat apa-apa sekali pun yang diharuskan syarak. Maka secara automatik, semua yang hadir tadi bangun dari tempat duduk dan bersalam-salaman sesama ahli keluarga dan tetamu yang lain, memaklumkan bahawa mereka ingin pulang. Pengantin dan ibu bapa pengantin pulak berdiri di luar untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kerana sudi hadir pada majlis besar pada malam itu.
|
Bersama sepupu-sepapat. |
|
Ini bukan women in red. Tapi ini men in red. |
|
Cuba teka, siapakah di sebalik tudung warna beige tu? Itulah Makcik Mini! |
Kami pulak sempat berbual-bual dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Selepas berbual, barulah kami melangkah untuk balik. Tapi untuk melangkah pergi tidaklah semudah seperti yang kami jangka. Perjalanan dari dalam dewan untuk ke luar dewan sangatlah mencabar. Kaki dan lutut ibu dan ayahku siap terketar-ketar kerana terpaksa mengharungi laluan yang sangat penuh dengan onak dan duri. Penuh halangan. Penuh hambatan. Penuh rintangan. Namun kami gagahi juga untuk sampai ke destinasi. Manusia punyalah ramai untuk bertemu dengan pengantin, bagi mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Dan di hujung barisan, telah menanti seorang "amil" bagi mengutip zakat dan sedekah yang dihulurkan olah para tetamu.
|
Ibu dan anak. |
|
Bergaya sebelum pulang. |
|
Berlatar belakangkan pelamin. |
|
Tetamu berpusu-pusu nak masuk dewan. Eh, silap! Nak keluar dewan. |
|
Mak dan ayah aku pun nak balik jugak nampak gayanya. |
|
Adik-beradik Azlimi sedang mengucapkan selamat tinggal kepada tetamu. |
Oleh kerana mak dan ayah aku dah tersangat penat dan lenguh kena beratur lama, maka aku bawaklah mereka berdua untuk potong queue, dan biarkan mereka berehat di atas kerusi di meja reception. Tunggu punya tunggu, dan beratur punya beratur, akhirnya dapat jugalah kami bertemu dengan para pengantin dan para ibu bapa pengantin. Setelah bersalaman dan menghulurkan apa-apa yang patut, barulah kami berangkat pulang ke rumah. Kepada Azlimi dan Hana, kami ucapkan tahniah. Dan semoga penyatuan ini penuh dengan keberkatan, rahmat dan redha dari Allah. Kepada ibu dan bapa pengantin, khususnya Pakcik Rizali dan Makcik Norizan, tahniah kerana dapat menantu yang pertama. Kepada adik beradik Azlimi, selamat dapat ipar. Kepada semua yang terlibat, mohon ampun dan maaf jika ada corat-coret merapu meraban dalam blog yang 9 episod ni mengguris hati nubari kalian. Apa-apa pun, semoga berbahagia dunia dan akhirat. Amin.
TAMMAT!
|
Sementara menanti giliran untuk bersalaman dengan pengantin. |
|
Pakcik Ja'i dan anaknya Talha. |
|
Masa untuk pulang. |
|
Sepupuku yang ini pun nak pulang jugak. |
|
Makcik Kamisah. |
|
Menanti kereta tiba. |
|
Ramai sungguh tetamu yang nak balik. Tak ada pulak tetamu yang nak overnight kat dewan. |
|
"Terima kasih. Datang lagi. Errr... salam tangan kosong aje ke???" kata Wati. |
|
Pintu gerbang perkahwinan. |
|
Selamat tinggal Dewan Perdana Felda. |
No comments:
Post a Comment