Sabtu dulu lepas, aku anak beranak serta ayah aku telah ke Kampung Baru untuk meraikan perkahwinan kakak sepupu aku. Tak buat majlis besar-besaran. Sekadar baca doa selamat dan ada makan-makan sikitlah. Mak aku tak ikut serta pasal kakinya teralu sakit kena gaut. Selepas makan-makan dan bersalaman, kami mintak diri untuk beredar. Ada satu lagi majlis kahwin kat kawasan Tasik Titiwangsa yang kami kena pergi. Masa kami luangkan kat Kampung Baru tu pun cuma sekejap aje.
|
Exora yang terpaksa disadaikan di tempat letak kereta Off-Jalan Tun Razak. |
Dalam perjalanan ke Titiwangsa, tiba-tiba kereta Exora yang aku pandu tu berbunyi, "Kelentong!" Aku ingat itu sekadar bunyi-bunyian biasa, semacam gimmick, pasal bunyinya pun "kelentong". Tapi aku ambil keputusan untuk pandu kereta ke tepi jalan, dan tengok apa sebenarnya yang telah berlaku. Setelah aku amat-amati dengan sangat teliti (seperti CSI), aku menyedari bahawa rupa-rupanya tayar bahagian belakang kanan telah pancit. Bila dikaji dengan lebih terperinci, rupa-rupanya tayar tu macam pecah merekah. Mungkin sebab dah season kot. Langkah seterusnya yang aku fikirkan wajar untuk dilakukan ialah untuk memandu kereta ke tempat yang lebih selamat (bahagian parkir) dan tukar tayar kereta dengan tayar spare.
|
Tayar spare dan tayar pancit. |
Aku terus mengeluarkan tayar spare dari bahagian bawah kereta. Longgarkan skru. Jack kereta ke atas. Bukak skru. Dan terus nak keluarkan tayar yang bermasalah tadi dari tempat letak tayar. Tarik-punya tarik, tayar tak nak keluar. Rim tayar tu seolah-olah telah melekat kuat pada badan kereta. Dulu, kejadian seumpama ini dah pernah berlaku sekali. Kat tempat tayar yang sama jugaklah. Aku tak expect dia akan ketat lagi, pasal tayar ni pernah dibuka dulu sekali (walaupun dengan penuh kepayahan). Aku cuba mengingat kembali, macam mana mekanik dulu mengeluarkan tayar yang telah melekat pada badan kereta. Mekanik tu ambil sebatang kayu beluti besar dan menghentak ke rim kereta berkali-kali sehinggalah tayar kereta longgar dan boleh dicabut keluar. Dan aku pun mengikutlah kaedah yang sama.
Aku nengok sekeliling aku. Mataku liar mencari sebarang jenis kayu yang boleh digunakan untuk menghentak tayar kereta Exora. Akhirnya aku jumpa sebatang kayu yang sederhana besar dan aku gunakan untuk menanggalkan tayar dari badan kereta. Berkali-kali aku hentak. Cukup seribu kali aku mencuba, sampai tanganku sakit-sakit. Tapi tayar masih melekat kukuh pada badan kereta. Masih enggan keluar. Idea aku tak putus di situ saja. Aku cabut pulak sebatang pokok pinang yang batangnya sebesar peha budak, dan aku gunakan untuk menghentam rim tayar sekuat hati. Usahaku masih gagal. Akhir sekali aku nekad. Aku terpaksa menyewa sebuah lori kren untuk mencabut sebatang pokok angsana yang tumbuh melata di tepi Jalan Tun Razak. Batang pohon angsana ada sebesar dua pemelukku. Batang itu pulak aku gunakan untuk memukul rim tayar agar ia keluar dan boleh diganti dengan tayar spare. Pukul punya pukul, aku tetap gagal. Akhirnya aku terpaksa menyerah kalah.
|
Melepak dalam kereta sementara menanti bantuan datang. |
|
Exora akan dinaikkan ke atas lori tunda. |
Barulah tercetus satu idea baru, untuk menelefon pihak insuran kereta agar membekalkan kami dengan sebuah lori tunda agar kereta itu boleh dibawa ke bengkel untuk diganti tayarnya. Dan sementara tu, kami juga menelefon anak buahku, Farid agar datang menjemput ayah, isteri serta anak-anak kami untuk dibawa pulang ke rumah, sementara aku menanti ketibaan lori tunda. Lori tunda datang setelah kira-kira dalam setengah jam. Kereta Exora terus dibawa ke bengkel. Tayar lama nampaknya telah pecah dan tak boleh digunakan lagi. Terpaksalah pulak aku beli tayar baru yang second hand. Ok. Masalahku telah selesai buat masa ini. Semoga perjalanan selanjutnya menggunakan Proton Exora milik ibuku ini akan berlalu dengan penuh keselesaan tanpa sebarang masalah lagi.
|
Lori tunda dah get ready. |
|
Ok! Sudah naik. Sekejap lagi akan berangkat. |
No comments:
Post a Comment