Bahagian 2
Secara tak semena-mena, juru nikah mencapai tangan Azlimi. Mengenggamnya erat. Sangat erat, sampaikan tulang tangan dan jari Azlimi bagaikan nak patah rasanya. Juru nikah bertanya kepada Azlimi, apakah makna lafaz syahadah. Sambil menahan sakit di tangan, Azlimi menjawab dengan tenang akan maknanya, "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu ialah pesuruh Allah". Azlimi tak berhenti setakat di situ saja. Dia terus memberikan hujah serta nas-nas lain mengenai syahadah. Siap bagi tazkirah kepada juru nikah dan hadirin sekelian. Dekat lima jam jugaklah kami semua kena mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Azlimi.
Setelah berpuas hati, barulah juru nikah memulakan acara akad nikah. Juru nikah bertanya kepada Azlimi, "Nak terus nikah ke, atau nak practice dulu?" Azlimi menjawab, "Kita practice dululah". Juru nikah ni begitu terperinci mengenai sebutan yang perlu dilafazkan oleh pihak pengantin lelaki. Tapi masih ada sesuatu yang beliau tak puas hati. "Dari gaya bahasa tu kira memang dah cukup eloklah. Ucapan pun jelas. Cuma intonasi tu. Intonasi tu bagi lebih feel sikit. Lebih jiwa. Tone suara tu bagi kemas sikit. Dan pitching pulak jangan lari." "Tok Kadi ni nak suruh aku lafaz terima nikah ke, nak suruh menyanyi?" bisik hati Azlimi.
|
Juru nikah memulakan bicara, "Aku terima nikah..." "Errr... Tok Kadi, saya rasa itu skrip saya," pintas Azlimii. |
|
".........tunaaaaaaaaaiiiiiiiiii......" Dan saksi pun berkata sah! |
Setelah kedua-dua pihak cukup bersedia, barulah juru nikah berbicara. Dan Azlimi dengan sekali lafaz telah sahlah menjadi suami kepada Hana. Dan Hana kini telah bergelar isteri dengan panggilan Puan Hana, atau Mrs Azlimi. Seluruh hadirin terasa sangat lega. Ternampak dengan sangat jelas pada setiap riak wajah dan air muka para tetamu, dan juga pengantin. Semua tersenyum gembira. Suasana yang pada mulanya agak keresahan, kini telah bertukar menjadi ceria. Tahniah! Tahniah kepada Azlimi dan Hana. Tahniah juga kepada ibu dan bapa kedua-dua pengantin.
|
Berjabat tangan dengan erat. |
|
Azlimi membacakan skrip yang diberikan oleh juru nikah. |
|
Semua orang gembira selepas Azlimi dan Hana sah menjadi suami isteri. |
Kedua-dua pengantin kemudiannya perlu membaca skrip yang telah disediakan oleh juru nikah, mengenai tanggungjawab suami isteri, serta hal-hal yang bersangkutan dengan isu perkahwinan. Doa dibacakan oleh juru nikah. Para jemaah mengaminkan doa itu. Mengharapkan perkahwinan ini penuh dengan rahmat, keberkatan, dan redha dari Allah. Azlimi kemudiannya terus ke sebuah kamar tepi pelamin untuk solat sunat dan sujud syukur. Sementra Hana pulak menanti dengan sabar di ruang tamu.
|
Skrip ni terlalu panjanglah pulak, macam cerita drama. |
|
Merenung seketika akan makna yang tersirat di dalam tulisan yang dibacakan. |
|
"Errr... Kak Hana. Boleh kami dapatkan autograf?" kata para peminat yang hadir. |
|
"Aku pun nak sain autograf jugaklah, walaupun tak ada orang yang mintak". |
|
Makcik-makcik Azlimi. |
|
Pengantin mengaminkan doa. |
|
Berdoa dengan khusyuk. |
|
Semoga doa ini dimakbulkan. Amin. |
|
Amin, ya rabbal alamin. |
|
"Acara ini tak meriah kalau kita tidak dihiburkan dengan nyanyian saya," kata pengacara majlis. |
Barang hantaran telah dari tadi dipamerkan kepada hadirin. Ringkas dan cantik sungguh hiasannya. Aku rasa lelaki bagi tujuh dulang, dan perempuan pulak bagi sembilan dulang. Begitulah kebiasaan adatnya. Secara terperinci, aku pun tak berapa perasan apakah barang-barang hantarannya. Yang aku nampak cuma sesuatu yang cantik sebagai hadiah suami kepada isteri, dan isteri kepada suami jugak.
Bersambung...
|
Barang hantaran dari pihak pengantin perempuan. |
|
Barang hantaran dari pihak pengantin lelaki. |
|
Sebentuk cincin perak untuk untuk Azlimi. |
|
Cincin yang sangat cantik. |
|
Ayah pengantin bersama abangnya yang menjadi juru cakap pihak lelaki. |
|
Adik-adik Azlimi - Ema dan Wati serta sepupu mereka dari Terengganu. |
|
"You dah lepas, Hana. I, tak tau bilalah pulak... Mr Right, I'm waiting for you!" |
|
Sebahagian ahli keluarga yang hadir. |
|
Ayah dan ibuku juga turut gembira dengan penyatuan ini. |
|
Kalangan kawan-kawan dan hadirin sekelian yang turut memberikan sokongan moral. |
kak sarah gmbr i yg gemuk tu uwaa
ReplyDelete