m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, March 14, 2013

Apa dah jadi pada keretaku?

Jumaat lepas aku pergi meeting kat Bangsar South, dekat dengan Kampung Kerinchi. Meeting yang aku jangka sekejap, telah berlanjutan hingga berhari-hari, malah berminggu-minggu lamanya. Habis meeting kira-kira jam 12.30 tengah hari. Aku bergegas ke tempat letak kereta kat basement. Aku bercadang untuk solat Jumaat kat Subang. Aku perlu memandu laju, meredah highway yang sesak macam pasar basah Chow Kit. Aku perlu memandu seperti pro. Macam Alonso. Macam Schumacher. Macam Hamilton. Macam lipas kudung! Yah! Aku pun membuka pintu kereta menggunakan kunci. Eh! Pintu tak boleh dibuka. Oh! Silap kunci rupanya. Aku terguna kunci pintu rumah. Setelah pintu kereta dibuka, aku masukkan kunci kereta ke dalam ignition. Tak boleh masuk! Eh! Silap lagi. Aku terguna kunci kereta ayah aku rupanya. Setelah kunci keretaku berada pada posisi yang sebenar, aku lantas memulas kunci. Tak bolehlah pulak! Adohai! Rupanya aku salah putar. Aku pergi putar arah lawan jam. Memanglah tak boleh. Aku pun putar ikut arah jam. Keluarlah bunyi " Hikhikhik heeeeeeeiiiiikkkkk...." Eh! Kenapa pulak ni. Enjin macam nak hidup, tapi minyak macam tak sampai. Aku cuba berkali-kali. Kalau tak silap aku ada dekat empat juta kali aku try. Enjin kereta masih tak boleh dihidupkan. Aku hampir kecewa...

Bangsar South - tempat di mana aku bermesyuarat.
Lalu aku kontek sepupu aku, Hisham yang kebetulan merupakan sorang mekanik kereta. Hisham mengatakan kepada aku tentang beberapa teori yang boleh menyebabkan perkara sedemikian berlaku. Teori pertama, mungkin kerana minyak dalam tangki kereta aku tu telah menjadi minyak sawit secara tiba-tiba. Teori kedua, mungkin tayar keretaku itu kurang angin. Teori ketiga, mungkin air untuk wiper cermin dah habis. Teori keempat, mungkin minyak dalam tangki dah habis. Dan teori kelima, mungkin pam minyak dekat dalam tangki dah rosak. Lalu kami rumuskan bahawa kereta aku telah mengalami kerosakan pada pam minyaknya. Aku tau, aku tak boleh ke mana-mana tanpa keretaku. Dan aku bagaikan telah terkandas di padang pasir Gurun Sahara, seorang diri di bawah terik mentari merah di ufuk timur. Aku cari jalan, macam mana nak ke masjid yang paling hampir untuk solat Jumaat.

Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan warga Bangladesh berkain pelekat  dan berkupiah sedang berjalan kaki di kawasan parkir. Agak aku, tentu mereka ini hendak ke masjid. Lalu aku pun mengekori mereka dari belakang, secara berhati-hati. Bila sampai ke satu jalan mati, warga Bangla tu bagaikan terpinga-pinga dan hilang arah tuju. Alamak! Rupanya mereka pun tak tau jugak arah ke masjid. Lalu aku explore sendiri, dan menemui sebuah masjid bersebelahan Bangsar South. Sangat dekat! Yes. Dan aku pun terus ke sana untuk mendirikan solat Jumaat.

Limpahan minyak dari keretaku di atas lantai.
Setelah solat, aku ke pondok polis berdekatan. Aku tanya, kat mana ada bengkel kereta yang paling dekat. Sorang pegawai polis dari Sabah memberi panduan kepada ku cara-cara untuk ke sana. Aku ingatkan dia nak tumpangkan aku pakai motor ke, pakai kereta peronda ke, pakai kereta kebal ke, pakai kapal selam ke... Rupanya aku kena menapak dekat setengah kolimeter untuk ke sana. Aku jumpa orang bengkel, Dan memberi tahu beliau akan posisi kereta ku. Dia kata kejap lagi dia akan datang, dan suruh aku tunggu kat pondok polis. Aku berbuat yang demikian. Nampak gayanya aku kena menapak lagi setengah kilometer untuk ke pondok polis pulak.

Setelah menanti untuk seketika, orang bengkel pun datang dan menengok keadaan keretaku. Beliau membuat beberapa kajian dan percubaan untuk menghidupkan enjin. Gagal! Lalu orang bengkel tu kata kena tarik  aje kereta tu. Kena bawak ke bengkel untuk di-repair. Aku tak ada pilihan lain melainkan terpasa bersetuju dengan cadangannya itu. Mamat bengkel tu lantas bagi nombor kontek lori tunda milik adiknya. Oh ya, sebelum tu, mamat bengkel tu ada cabut beberapa bijik screw dari enjin kereta. Masa aku suruh dia pasang balik, dia kata dah pasang. Dan aku pun percayalah cakapnya. 

Aku tak terus memilih untuk mendapatkan khidmat lori tunda milik adiknya itu. Sebaliknya, atas nasihat sepupuku Hisham, aku telah menelefon ejen insuran keretaku dan berjaya mendapatkan perkhidmatan menunda kereta secara percuma. Dan aku juga bebas untuk memilih mana-mana bengkel kereta untuk me-repair keretaku. Akhirnya lori tunda pun sampai. Sewaktu nak menaikkan kereta aku ke atas lori, ternampak limpahan minyak petrol yang agak banyak di atas lantai. Dalam hatiku terfikir, mungkinkah paip minyak yang bocor sebenarnya hingga menyebabkan minyak tumpah? 

Keretaku ditunda ke sebuah bengkel berhampiran dengan rumahku. Mekanik kat situ pulak buat kajian. Amboi! Banyaknya minyak tumpah! Periksa punya periksa, rupanya mamat yang mula-mula check kereta aku tu, tak pasang balik screw dia. Ish ish ish... Jahat sungguh orang itu membiarkan enjin keretaku terkontang kanting tak diperbetulkan. Aku terpaksa meninggalkan kereta aku kat bengkel untuk seharian. Hari esoknya aku bawak pulang keretaku. Confirm! Pam minyak keretaku memang bermasalah. Kos repair kereta kira-kira RM260. Banyak jugak duit yang perlu aku belanjakan. Tapi at least kereta aku dah sihat walafiat sekarang. Syukur...

Keretaku di atas lori tunda. Merasa juga kereta aku naik lori.



No comments:

Post a Comment