m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 25, 2013

Pernikahan Azlimi dan Hana: Makan selepas nikah

Bahagian 4

Bernikah sudah. Bersanding pun sudah. Bergambar juga sudah. Malah bertemu ramah juga sudah. Yang belum hanyalah mengisi tembolok lompong dengan makanan pelbagai yang enak-enak. Kami kemudiannya dipersilakan untuk menghala terus ke dewan makan yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu, tempat pengantin bernikah. Aku taklah berasa lapar, tapi pelawaan yang macam ni memang jarang sekali aku menolak.

Keluar dari ruang nikah untuk pergi ke dewan makan pulak.

Pakcik Udin sedang bersembang dengan adik ipar Hana mengenai harga tepung dan gula di pasaran.
Dua orang makcik Azlimi - Makcik Razmah dan Makcik Mini.
Salah sorang sepupu Azlimi - Hisham yang terkejut bila mendapat tahu juadah yang baru dimakannya tadi perlu dibayar, dan bukannya free.
Kami terus mencari tempat duduk di bahagian luar dewan. Dan kemudian kami beratur di ruang dalam dewan untuk mengambil makanan yang terdiri dari nasi minyak serta lauk-pauknya, buah-buahan, dan kuih-muih. Makan ala kadar saja, buat melapik perut. Tetamu yang hadir taklah begitu ramai. Banyak makanan yang terhidang masih terbaki. Kalau kami bawak plastik atau mangkuk tingkat, sudah tentu kami akan tapau habis-habisan semua makanan yang tersaji tanpa menghiraukan orang-orang lain yang ada di sekitar kami. Dan pastinya segala pinggan mangkuk di meja hidang akan licin-licap dikerjakan oleh kami sekeluarga.

Ibu, kakak dan isteriku sedang menikmati hidangan yang enak.
Ibuku sedang menunggu saat yang sesuai untuk menyuapkan nasi ke mulutnya.
Ayahku sedang menikmati makanan.
Masih lagi adegan makan-makan cari jalan.
Sebahagian dari keluarga Azlimi.
Ibu dan adik bongsu Azlimi.
Kaum keluarga Azlimi.
Ibu dan ayah Azlimi juga turut menjamu selera.
Andi - abang Azlimi turut meraikan hari besar adiknya itu.
Aku sempat jugak berpusing-pusing sekitar ruang dalam dewan makan. Semua tetamu nampak gayanya sangat teruja dan sangat menikmati segala makanan yang disajikan kepada mereka. Jadi, aku pun tak plan nak ganggu mereka makan. Biarlah semua orang terus menghayati apa yang mereka makan. Aku pulak secara khusus, sangat meminati sejenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu. Aku rasa nama kuih tu ialah kuih talam ubi. Dengar ceritanya, ubi kayu yang digunakan ialah dari jenis ubi kayu cengal, iaitu jenis ubi kayu yang paling keras di tanah Malaysia ini. Setelah diproses dengan penuh rumit, barulah kuih talam ubi kayu cengal ini dapat disediakan secara yang paling enak sekali.

Berbual mesra dengan pengantin.
Giliran aku pulak untuk makan dengan selambanya.
Mencari roti jala.
Bila sudah makan, wajah pasti menjadi ceria!
Kaum keluarga Azlimi semuanya ceria-ceria belaka.
Semua orang berpuas hati dengan kualiti makanan yang disajikan.
Pengantin bersama teman-teman rapat.
Pengantin diusik oleh teman-teman.
Masa untuk balik.
Hanya tinggal Andi bersendirian di dewan makan.
Kami beredar dari tempat itu, Felda Villa sebelum waktu maghrib menjelang. Kalau ikut perkiraan aku, lagi 37.92 saat nak masuk waktu maghrib, kami dah pun meninggalkan perkarangan kawasan itu. Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin serta ibu bapa pengantin jugak, kerana telah menerima menantu yang hebat. Lusanya nanti, kami akan berkunjung pula ke Dewan Felda Perdana untuk menghadiri majlis resepsi kedua-dua pengantin ini. 

Bersambung...

Jom balik.
Last pose bersama kengkawan rapat.
Ada dua majlis kahwin di Felda Villa pada petang tu.
Bergambar sejenak sebelum pulang.
Di hadapan Felda Villa yang cantik.

No comments:

Post a Comment