Pada kira-kira bulan lepas, aku dan isteri membawa kedua orang tuaku ke Prince Court Medical Centre untuk buat pemeriksaan badan. Dulu pun aku dah pernah buat sekali kat sini. Sekarang aku bawak parents aku pulaklah. Selain dari mengambil darah, ada jugak pemeriksaan air kencing, mata, telinga, jantung, organ dalaman, kecekapan bertutur dalam bahasa Sepanyol, dan jugak dilakukan ujian SPM menggunakan soalan tahun 2008 bagi subjek Matematik Tambahan, Sejarah dan Kimia. Berpeluh jugaklah mak ayah aku nak menjawabnya. Selepas dah habis buat ujian, mereka dijamu dengan makanan ringan seperti gula-gula kapas dan roti tisu. Setelah seketika menanti, barulah kami diberi peluang untuk berjumpa dengan doktor bagi menjelaskan atau menyimpulkan keadaan kesihatan mak dan ayah berdasarkan keputusan peperiksaan tadi. Ayah aku dapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Sejarah. Maka doktor merumuskan bahawa ayah aku memang minat dalam bidang kesenian. Memang betul pun. Dan mak aku pulak cemerlang dalam bidang Matamatik Tambahan dan Kimia. Ini bermakna mak aku memang pandai manage duit dan pandai memasak. Huraian doktor tadi memang bertepatan dengan ciri-ciri yang ada pada kedua orang tuaku. Setelah keputusan dan penjelasan diperolehi, kami pun pulanglah ke rumah dengan perasaan senang hati.
|
Ayahku sedang mendengar irama lagu-lagu keroncong kegemarannya. |
|
Petugas sedang menyuruh ayahku mengangkat dumbbell seberat sebuluh kilo menggunakan sebelah tangan. |
|
Ayahku sedang membuat test suara menggunakan mikrofon special - testing, testing, one two three... |
No comments:
Post a Comment