m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 23, 2013

Pernikahan Azlimi dan Hana: Bersanding

Bahagian 3

Kini Azlimi dan Hana telah sah menjadi pasangan suami dan isteri. Saksinya, kami semua yang hadir pada majlis itu. Berdoa sudah. Solat dan sujud syukur pun sudah. Kini kedua-dua mempelai duduk bersanding di atas pelamin ringkas yang sangat cantik. Penuh dengan mawar-mawar gergasi. Aku pun tak tau dari mana tukang hias pelamin ni dapat bunga mawar gergasi dengan begitu banyak sekali. Mungkin dari alam dinosaur yang terpencil gamaknya.

Menyampaikan wang mas kahwin.
Jumlah mas kahwin negeri Wilayah Persekutuan ialah sebanyak RM300 - minimum.
Azlimi bersanding dengan Hana.
Mula-mula Azlimi memberikan kepada Hana sejumlah mas kahwin yang telah dibentuk menjadi bunga. Kemudian Azlimi menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis Hana pulak. Saat suami sarungkan cincin ke jari isteri ni kira macam satu kejadian yang sangat ditunggu-tunggu oleh para jurufoto. Beria-ia benar semua photographer nak ambil gambar ni. Aku pun tak terkecuali. Tak sempat aku nak men-zoom lensa ke jari Hana, nak tunjukkan cincin yang cantik tu. Tak kisahlah. Pokok pangkalnya cincin tu kini telah pun tersarung kemas ke jari Hana.

Menyarung cincin ke jari manis Hana.
Masih di pelamin.
Masa sarung cincin ni memang agak lama. Ini semua juru kamera punya hal.
Masih menyarung cincin.
Dan terus menyarung cincin...
Sebagai tanda terima kasih dan menghargai pemberian tadi, Hana telah bersalam dan mencium tangan Azlimi. Alamak! Bau sambal belacanlah pulak. Azlimi tersengih-sengih pasal dia perasan reaksi wajah Hana. Tadi Azlimi terlupa nak cuci tangan pakai sabun banyak-banyak. Sejurus selepas itu, Hana pulak yang menyarungkan cincin perak ke jari Azlimi. Cincin perak tu pun cantik jugak. Dan sebagai menunjukkan rasa kasih sayang dan penghargaan, Azlimi pulak mencium dahi Hana. Adegan suami cium dahi isteri pun merupakan satu lagi detik penting yang juru gambar tak boleh miss. Kalau miss macam kena buang kerja, tukar profession, gantung kameralah. 

Hana sedang membau, oops, mencium tangan Azlimi.
Hana pulak sarungkan cincin ke jari manis Azlimi.
Mencium dahi Hana dengan penuh kasih sayang.
Ok, settle...
Belum settle lagi rupanya. Cameraman suruh Azlimi pegang dagu Hana pulak. Macam-macamlah cameraman ni!
Masih mencium dahi.
Ok. Kali ni baru betul-betul settle.
Yah! Kami ingat adegan atas pelamin telah selesai. Tiba-tiba datang pulak sorang cameraman prefessional dengan sorang pengacara meng-interview kedua-dua Azlimi dan Hana. Pada awalnya aku tak perasan yang itu krew dari TV3 sampailah aku ternampak jeket TV3 yang dipakai juru kamera. Kalau aku perasan dari awal, sudah tentu aku akan enter frame. Yalah, buat-buat kemas pelamin kat belakang pengantin ke, sapu-sapu lantai pelamin ke... Jadi background pun tak apa, asal dapat masuk tv. Aku difahamkan krew tu tadi ialah bagi rancangan Nona dan Mahligai Cinta. Dan mungkin jugak ada beberapa siaran TV3 yang lain nak guna pakai video shot interview tu, termasuklah program Melodi, MHI, 5 Rencah 5 Rasa, dan Boboi Boy. 

Krew dan penerbit TV3 menemuramah pengantin baru.
"Cuba describe Azlimi macam mana..."
"Awak pulak cuba describe Hana macam mana".
"Saya pulak nak tanya awak. Berapakah ketinggian Menara KL. Ha, jawab, jawab. Jangan tak jawab," soal Hana kepada pengacara TV3.
Aku sempat jugak mendengar pengacara menanya Hana, "Apa perasaan Hana dan apakah yang membuat Hana tertarik kepada Azlimi". Lalu Hana menjawab, "Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah menjodohkan saya dengan Azlimi, yang bagi saya adalah lelaki yang sangat simple, ada sense of humour, beriman, dan menghormati orang tua". Kemudian pengacara menanya Azlimi pulak, "Soalan saya mungkin agak lari sikit dari topik perkahwinan anda berdua". "Tak apa. Silakan bertanya," jawab Azlimi penuh hormat. " Soalannya ialah, siapakah Presiden Madagascar, dan berapakah penduduk wanita bagi negara tu?" Azlimi terkedu seketika dengan soalan yang memang tak dijangka-jangka tu. Setelah suasana menjadi agak sepi seketika, lalu Azlimi menjawab bagaikan seorang selebriti professional, "Errr... No comment!" Dan video shooting pun tamat di situ saja.

"Soalan isteri saya tu senang sangat. Cuba jawab soalan saya pulak. Ada berapa helai rambut Mandela yang gugur masa dia duduk dalam penjara dulu. Ha, jawab kak, jawab..."
Dan proses menemuramah terus berlangsung untuk seketika waktu...
Aku ingat memang betul-betullah sessi shooting dah selesai kat situ. Rupa-rupanya lepas tu datang pulak cameraman dari stesen tv yang lain nak interview. Antara yang aku perasan turut datang ialah TV9, 8TV, RTM, Astro Awani, malah Al-Jazeera dan CNN juga kelihatan turut berminat untuk membuat liputan terhadap pernikahan Azlimi dan Hana ini. Wah! Satu dunia nanti kenal awak berdua gamaknya.

Isteriku bersama mak dan kakakku.
Kaum keluarga dari pihak Azlimi.
Bergambar dengan satu-satunya adik Hana.
Satu keluarga.
Adik Hana sangat gembira dengan pernikahan kakaknya ini.
Sementara Azlimi dan Hana masih di atas pelamin, para tetamu mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mereka. Saudara-mara, kengkawan, semua naik atas pelamin untuk bergambar dengan pengantin. Aku satu keluarga pun turut mengambil kesempatan ini. Kami tumpang seri pengantin sebenarnya. Selepas puas bergambar, kami semua dijemput untuk menjamu selera di dewan makan yang terletak di sebelah ruang nikah.

Bersambung...

Sebahagian keluarga dari Terengganu.
Para tetamu bergambar dengan pengantin.
Giliran keluargaku pulak bergambar dengan pengantin.
Another pose for the camera.
Ibu dan ayahku bersama pengantin.

No comments:

Post a Comment