Bahagian 5
Malam tu ialah malam besar bagi Azlimi dan Hana. Saudara mara jauh dan dekat, sahabat handai lama dan baru, semua akan datang melihat kedua pengantin baru ini bertakhta di atas pelamin. Sewaktu kami sampai, tetamu yang lain telah ramai memenuhi ruang Dewan Felda Perdana. Dewan tu nampaknya sangat gah - besar dan cantik. Kami terus berjumpa dengan Pakcik Rizali dan Makcik Norizan, bersalaman dengan mereka, selaku tuan rumah bersama bagi majlis resepsi itu.
|
Dewan Felda Perdana yang gah. |
|
Pakcik Rizali dan Makcik Norizan menyambut kedatangan tetamu. |
Kami kemudiannya ke dalam dewan untuk duduk di meja hidang. Meja kami nombor 15. Dalam hati aku mengharapkan agar ada cabutan nombor bertuah di akhir majlis, dan nombor meja kami akan menang Grand Prize-nya. Setelah mengenalpasti kedudukan meja kami, aku pun terus merayau-rayau di sekitar dewan untuk berjumpa dengan makcik dan pakcik, sepupu-sepupu, dua pupu-dua pupu, tiga pupu-tiga pupu, kupu-kupu dan rama-rama sekali gus. Maklumlah, jarang-jarang dapat berjumpa saudara-mara jauh pada waktu-waktu biasa. Jadi, di kesempatan ini, memang kami akan bersembang panjanglah dengan semua saudara mara yang turut hadir bagi meraikan perkahwinan Azlimi dengan Hana.
|
Bersembang-sembang sebelum masuk ke dewan. |
|
Farid sedang berbual dengan Abang Mohd Nor pasal cara-cara memasak kuih pavlova. |
|
Wadi dengan imej barunya. |
|
Sepupu-sepupuku - Andi dan Hisham bersama Hani. |
|
Rombongan Wak Ros berpakaian seragam. |
|
Bila saudara-mara berjumpa... |
Terasa bahang kemeriahan di sekitar ruang dewan. Dewan Felda Perdana menjadi tepu dengan warna-warna cantik dari pakaian glamer para tetamu. Keluarga Wak Ros siap dengan pakaian sedondon satu batalion. Macam kumpulan nasyid pun ada jugak gamaknya. Best sungguh aku nengok suasana macam ni.
|
Bergambar bersama keluarga sepupuku. |
|
Hakim bersorak kegembiraan kerana Malaysia berjaya mengalahkan Yaman dalam perlawanan bola sepak. |
|
Lagi gambar sepupu-sepupuku. |
|
Isteriku bergambar dengan teman-teman FB nya, yang merupakan kakak-kakak sepupuku. |
|
Ceria bersama. |
|
Makcik-makcik saudaraku - Makcik Maznah, Makcik Indahsah dan Makcik Rubiah. |
|
Sebahagian dari saudara-mara yang hadir - Taufik, Rosli dan anak-anaknya. |
|
Wak Yan, dan Pakcik Bardan. |
|
Ada lagi pakcik makcik saudaraku. |
|
Pakcik Dolah dan Pakcik Jamil. |
|
Pakcik Mohd Shah yang jugak kaki pancing macam aku. |
Semua wajah yang aku lihat, kelihatannya mempamerkan raut rupa yang ceria. Tak ada langsung yang berwajah murung tak keruan. Maklumlah, malam ini adalah malam untuk semua orang heppi-heppi, bukan sedih-sedih. Dan semua tetamu cukup tak sabar-sabar menanti ketibaan kedua pengantin untuk masuk ke dalam dewan keraian. Bukan apa, lepas pengantin dah masuk dewan, barulah semua orang boleh makan. Al-maklumlah, perut dah mula mengalunkan irama keroncong...
Bersambung...
|
Pakcik Banuri dan keluarganya. |
|
Keluarga Pakcik Bardan. |
|
Bergambar dengan penerbit rancangan Nona & Mahligai Cinta TV3. |
|
Kak Yanti bersama keluargaku. |
|
"Amier, jom kita curi-curi makan dulu. Kak Wanie dah lapar sangat ni." |
|
Masih menanti pengantin tiba. |
|
Amier comel berbaju Melayu. |
|
Aku dan Farid di meja 15. |
|
Pelamin ini bakal diduduki oleh pengantin tak lama lagi. |
No comments:
Post a Comment