Secara tak disangka-sangka, tetiba minggu lepas dewan badminton Ampang Jaya jadi sangat meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga memenuhi ruang dewan. Aku sampai terpaksa meminjam mesin nombor dari Pejabat Pos berdekatan pasal para pemain kena ambil nombor giliran sebelum boleh masuk ke dalam gelanggang untuk bermain badminton. Tapi kami tak kisah, walaupun cuma dapat main badminton untuk seketika saja. Yang penting dapat berkumpul dan berborak sakan sambil mengeluarkan peluh agar tubuh jadi sihat dan kuat macam Badang, serta wajah jadi comel macam Kak Ton!
|
Taufiq dan Faridz sedang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. |
|
Farid menutup muka malu, dan Ali pula sedang menunjukkan kepakarannya bermain skipping. |
Antara yang hadir pada malam minggu lepas termasuklah aku, Farid, Abang Zai, Faridz, Abang Zahid, Abby, Taufiq, Elin, Ardi, Zila, Faiisal, Akid, dan Ali. Sementara menanti giliran untuk main badminton, kami bergilir-gilir menunjukkan skil main skipping. Aku yang dah lama bebenor tak skipping terus mati langkah sejurus memegang tali skipping. Tubuh terasa tersangat berat macam badak air Afrika. Dan terasa teramat susahnya nak meloncat-loncat macam anak-anak buahku yang lain. Abang Zahid pulak nampak gayanya steady aje bila melompat pakai tali skipping tu. Siap boleh melompat sambil membaca surat khabar jawi serta menimbang botol kaca lagi. Kami semua terkagum. Ajar! Ajar! Ajar!
|
Abby dan Akid turut hadir. |
|
Zila sedondon dengan Ardi. Elin sedondon dengan Fai. Tapi Fai tak datang ke gelanggang pulak pada malam tu. |
Selepas habis main kira-kira jam 12 malam, kami semua berkumpul untuk minum-minum di warung berdekatan. Oleh kerana bilangan kami sangat ramai, maka meja terpaksa disusun dan dicantum panjang sehingga menjangkau kira-kira dekat tiga kilometer jauhnya untuk memuatkan kami saudara mara semua. Semua orang order air minuman aje. Tak ada sorang pun yang order makanan. Pada malam tu, Abang Zahid yang keluar duit untuk belanja semua orang. Terima kasih Abang Zahid. Semoga murah dan berkat rezeki. Begitu jugak dengan Abang Zai, yang memang selalu sangat ringan tangan nak menghulurkan duit membelanja kami minum-minum kat gerai selepas tamat sessi senaman main badminton. Okay semua! Minggu ni kita bagi gegar lagi itu dewan!!!
|
Faiisal memakai kuntuman bunga di kepalanya. Kuntuman bunga itu diperbuat daripada rambutnya sendiri. Kreatif! |
|
Menanti pesanan tiba. |
|
Tiba-tiba seketul tangan gergasi muncul di depan kami. Elin agak terkejut melihatnya. |
|
Gembira kerana dapat berkumpul macam ni. |
|
Empat orang jejaka macho sedang bersantai-santai. |
|
Suasana di gerai minum. |
No comments:
Post a Comment