Bahagian 1
Sepupuku Azlimi tak pernah menjangkakan dia akan disatukan dengan Hana suatu hari nanti. Hana (atau nama selebritinya Sophie Hana) juga tak pernah terfikir akan perkara yang sama. Mereka berkawan dan terus berkawan, dan berkawan, dan berkawan, dan berkawan, dan berkawan lagi, sampailah satu hari ada satu suis telah di-on-kan dan mengalirlah arus elektrik yang membentuk cas elektromagnetik dan lalu ada suatu macam tarikan di antara satu sama yang lain. Detail ceritanya aku tak tau. Tapi mungkin aje begini keadaannya...
Kemungkinan 1:
Pada suatu hari, sewaktu Azlimi sedang bawak banyak barang dalam tangannya, dan Hana jugak sedang bawak banyak barang dalam tangannya, tiba-tiba mereka terlanggar antara satu sama lain. Lalu barang-barang yang dibawa oleh kedua-duanya jatuh bersepah di atas lantai. Dan sama-sama tunduk nak ambil barang-barang tu. Tetiba dua-dua orang tadi mendongak melihat satu sama lain. Mata bertentang mata, dalam hati terdetik sesuatu...
Kemungkinan 2:
Pada suatu hari Azlimi sedang bawak semangkuk mi kari kaw yang panas. Tetiba Hana yang tengah berjalan tergesa-gesa terlanggar Azlimi. Lalu kuah mi kari yang dibawa Azlimi tadi tumpah mengenai bajunya. Lalu Hana dalam perasaan bersalah telah cepat-cepat mengelap baju Azlimi yang kotor kena kari tadi dengan sehelai tisu. Tetiba kedua insan itu melihat satu sama lain. Mata bertentang mata, dalam hati terdetik sesuatu...
Kemungkinan 3:
Pada suatu hari Hana tengah kelam kabut nak pergi satu tempat. Dia berlari-lari anak di suatu tangga. Tetiba kakinya tersepak satu anak tangga dan Hana bagaikan nak terjatuh. Tetapi Azlimi yang kebetulan ada berdekatan sempat menyambut badan Hana, dan menyelamatkan Hana dari jatuh tersembam. Tetiba masing-masing melihat satu sama lain. Mata bertentang mata, dalam hati terdetik sesuatu...
Itu teori filem aku aje. Yang sebenarnya biarlah rahsia. Lagi pun bukan itu yang nak aku kisahkan kat sini. Tapi aku nak story sikit pasal majlis akad nikah Azlimi dan Hana yang aku sekeluarga hadiri pada petang Jumaat lalu, tanggal 15 Mac 2013, di Felda Villa.
|
Sabriena nengok aje kami keluar dari rumah untuk menghadiri majlis akad nikah Azlimi dan Hana. |
|
Azlimi menanti saat emasnya dengan tenang. |
Kalau ikut jadual nikah, semua rombongan kena sampai di Felda Villa selepas solat asar, kira-kira jam 5 petang. Aku siap ambil cuti setengah hari untuk menghadiri majlis ini. Mak aku kata, kita solat kat rumah, lepas tu baru pergi ke Felda Villa. Okay-lah tu. Lagi pun kat Felda Villa nanti tentu ramai tetamu yang hadir. Nanti kena berebut-rebut pulak nak solat kat ruang yang sempit. Lagi pun kalau dah siap-siap solat, tak adalah nanti terasa kelam kabut nak balik. Selesalah sikit macam ni.
|
Hana di singgahsana indah. |
|
Juru nikah sedang sibuk mengisi borang pendaftaran masuk Public Mutual. |
|
Ada sesuatu yang mengeletek hati Hana gamaknya. |
Masa kami sampai tu, Pakcik Udin (wakil sebelah Azlimi) sedang memberikan ucapan sepatah dua kata kepada hadirin. Dan Azlimi pulak tengah duduk di atas bantal besar menanti saat juru nikah nak memainkan peranan. Dan Hana sedang duduk di atas kerusi panjang putih, turut menanti saat beliau akan ditabalkan sebagai isteri.
|
Azfar rasanya lagi nervous dari abangnya. |
|
Kedua-dua juru nikah dan Azlimi sedang fokus bagi mendapatkan mood yang sesuai sebelum bernikah. |
|
Hana beralih tempat duduk di atas lantai pulak. |
|
Ayah pengantin, Pakcik Rizali juga kelihatan tenang. |
|
Antara ahli keluarga yang hadir. |
|
Sabar menanti... |
|
Ibu Azlimi, Makcik Norizan (berbaju hijau) barangkali agak resah sikit nampaknya. |
Lama jugaklah kami menunggu. Juru nikah sibuk dengan macam-macam borang yang perlu diisi oleh wali, saksi, pengantin lelaki dan perempuan, mak bapak pengantin, malah ada jugak borang untuk para hadirin yang datang. Dan Azlimi jugak sempat mengeluarkan senaskhah borang dari dalam beg hitamnya - borang masuk Public Mutual. Juru nikah turut dapat satu set borang Public Mutual.
|
Nampaknya juru nikah dah siap sedia. Mood pun dah datang. |
|
Reaksi para hadirin sangatlah pelbagai. Ada yang ceria, ada jugak yang serius. |
|
Hana sedang membacakan sebuah sajak pasal perkahwinan. Ooops! Juru nikah tersalah bagi skrip. |
Setelah semua borang siap diisi, barulah juru nikah memulakan bicara. Khutbah nikah dibacakan sebagai peringatan kepada pengantin dan semua hadirin. Ada lagi beberapa hal yang dilafazkan juru nikah sebelum upacara akad nikah dapat dilaksanakan. kami semua terus menunggu dengan penuh debaran. Keringat jantan ku siap mengalir deras sehinggakan membasahi permaidani merah yang dihamparkan di ruang tamu. Azlimi nampak segak dan tenang. Hana jugak nampak cool dan cantik. Kami tau, tak lama lagi juru nikah akan menyambut tangan Azlimi dan melafazkan kata-kata hikmat yang perlu dibalas oleh Azlimi. Dan waktu itu kian hampir dan hampir...
Bersambung...
|
Mikrofon ini akan menjadi saksi upacara yang akan berlangsung tak lama lagi. (Eh! Mikrofon boleh jadi saksi nikah ke? Mana boleh!) |
|
Juru nikah sedang menjual pantun kepada pengantin perempuan. |
|
Borang telah siap diisi. |
|
Menanti dengan debaran. |
|
Ayah pengantin lelaki. |
|
Juru nikah masih ada soalan bagi Hana nampak gayanya. |
|
Ada lagi borang gamaknya! Banyak betul borang kena isi. |
|
Ambil mood... |
|
Ya! Mood sudah mari... |
|
Dan juru nikah pun membuka sebuah kitab lama - Hikayat Hang Tuah. |
|
Azlimi tekun mendengar khutbah nikah. |
|
Aku duduk kat luar kejap setelah penat mengambil gambar. |
|
Kakak aku pun ambil port kat luar jugak. |
|
Mak dan ayah aku turut khusyuk mendengar khutbah nikah dibacakan juru nikah. |
|
Pengantin lelaki telah sedia. Pengantin perempuan pun telah sedia jugak. |
|
"Sebelum kita mulakan upacara akad nikah, saya ingin mendendangkan dulu sebuah lagu nasyid," kata juru nikah. |
|
"Ketawa bersama, menangis bersama..." Eh! Ini bukan lagu nasyid Tok Kadi. |
|
Juru nikah menyanyi mendayu-dayu. Para hadirin terus terlena diulit mimpi... |
|
"Are you ready Azlimi?" tanya juru nikah. "Yes I am," jawab Azlimi. |
Your cousin Azlimi is my big boss. Thank you for sharing this beautiful picture :)
ReplyDeleteYou're welcome. If that's the case, just to let you know, there'll be more series of Pernikahan Azlimi-Hana coming in this blog. I anticipate about 7 series all together. Wait till I got the time to write. Hang on!
Delete