m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, March 20, 2013

Selepas tragedi Raya Cina

Ramai yang pulang ke kampung ketika cuti panjang Tahun Baru Cina bulan Februari lalu. Aku dan keluarga sekadar berlegar-legar di Kuala Lumpur kerana enggan bersesak-sesak di atas lebuhraya Plus. Abang Zahid pulak ada agendanya sendiri. Beliau dengan seorang teman telah pergi menjaring ikan di sekitar Bagan Lalang. Port yang dipilih adalah bersebelahan dengan resort Gold Coast. Ini adalah kali pertama Abang Zahid menjaring ikan di situ, sedangkan temannya itu telah beberapa kali mengunjungi port yang sama untuk menjaring ikan.

Ruang koridor luar rumah yang sangat nyaman apabila angin bertiup kencang.
Abang Zahid sedang bersedia untuk meniup trumpet, menandakan kisah tragedi di Sepang akan diceritakan kepada hadirin.
Tetapi malang tidak berbau. Tak seperti kentut yang dilepaskan oleh anak-anak muda zaman ini. Walaupun senyap sunyi, namun baunya tetap ada, dan menusuk ke dalam kalbu. Pada hari Abang Zahid dan temannya menjaring ikan, kedua-duanya telah dilanda malapetaka, tatkala air laut pasang deras pantas, mengheret kedua-dua mereka semakin jauh dari pantai. Abang Zahid berjuang habis-habisan sehinggalah bantuan datang dan beliau berjaya diselamatkan. Malangnya, teman Abang Zahid, tak dapat diselamatkan, dan beliau telah lemas dipukul ombak. Mayatnya hilang untuk seketika, dan hanya ditemui semula setelah kira-kira hampir 24 jam. Al-Fatehah untuk Allahyarham.

Saleh, Abang Hj Khalid dan Abang Zai bersantai di luar rumah.
Kak Long menceritakan kisah saat-saat cemas ketika ombak besar datang. Versi Kak Long lebih dramatik bunyinya.
Tetamu di ruang tamu.
Lanjutan dari kejadian dan tragedi itu, Abang Zahid telah mengajak saudara-mara serta teman-teman dan jiran (a.k.a. adik-beradik) untuk datang ke rumahnya bagi mengadakan majlis tahlil serta doa selamat. Ramai jugak yang datang. Ramai yang ingin tahu apakah cerita sebenar di sebalik khabar-khabar mengenai nahas yang telah didengari sebelum itu. Dan Abang Zahid tak jemu-jemu untuk terus bercerita, berkali-kali kepada semua tetamu yang hadir dan bertanyakan soal tragedi tempoh hari.

Kois turut hadir.
Anak-anak teruna berkumpul di serambi.
Sebelum majlis tahlil bermula.
Ular ini sempat bersembunyi dan terselamat dari ditangkap dan dijadikan lauk oleh Kak Uda.
Isteriku dan Nicha agak terganggu dengan kehadiran ular sawa sebesar batang kelapa tu.
Kak Uda menyediakan berbagai lauk pauk untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Lauk utamanya ialah ikan - bersempena dengan tragedi yang ada kaitannya dengan ikan. Aku telah diberi amanah untuk mengendalikan majlis, walaupun bacaanku selalu gagap dan tidak lancar. Setelah habis bacaan doa, kami pun makanlah hidangan yang tersaji. Banyak jugak aku makan, baik nasinya, baik lauk-pauknya, baik kuih-muihnya, baik bubur kacangnya, malah air minumannya jugak aku teguk bergelas-gelas.

Majlis akan dimulakan.
Waktu makan telah tiba.
Kois dan Along Fahmi.
Ali Dan Faiisal. Faiisal sedang buat rambut macam cerita "Rock Oooooo!!!"
Abang Leman, Abang Hj Khalid dan Abang Zai duduk berehat.
Faiisal dan Akid.
Makan sampai dah tak boleh bangun lagi.
Wawan di tepi koridor.
Kak Uda sedang menyiapkan juadah yang ke-100 untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.
Amier bersama anak-anak lain bermain dalam bilik.
Menanti saat majlis tahlil dimulakan.
Pok amai-amai, belalang kupu-kupu.
Kois dan koridor berangin.
Aku sedang khusyuk mendengar cerita Abang Zahid mengenai tragedi Oktober.
Tak sabar-sabar menanti waktu bertahlil.
Kaum ibu di ruang tamu.
Kaum kanak-kanak masih di bilik.
Jemaah semakin ramai membanjiri ruang koridor.
Kaum ibu yang ini sedang mendengar CD ceramah agama dari Mesir.
Antara kaum keluarga yang hadir.
Dan bermulalah bacaan Yaasiiiiiin dan tahlil.
Kakak dan adik. Tapi kedua-duanya kakak ipar aku.
Kuih hijau yang sedap sangat.
Bacaan doa tahlil.
Abang Zahid membuka cerita. Ianya bermula dari zaman Hang Tuah dulu...
Lama jugak kami melepak-lepak di sana, sampai habis majlis dan sampai tuan rumah dah mula berkemas-kemas. Kebetulan pulak, angin kat ruang koridor sangat nyaman dan bertiup kencang. Bagaikan angin pantailah pulak. Mungkin sempena tragedi yang berlaku di pantai jugak kot. Setelah perut aku betul-betul senak bagaikan dah nak meletup, barulah kami memohon diri untuk pulang ke rumah. Kami dibekalkan dengan makanan yang terbaki. Malam nanti tak payah memasaklah gamaknya. Pesanan untuk semua, sentiasalah berhati-hati walau di mana kita berada.

Lagi kaum keluarga sebelah Abang Zahid.
Akid dan Syafiq.
Menyeluk pekasam biar sampai lengan. Itulah yang sedang dilakukan oleh Abby.
Kuah gulai asam pedas ini sangat sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas.
Tetamu kehormat yang turut datang memeriahkan majlis.

No comments:

Post a Comment