Selepas penat bermain permainan melangkah seperti lipan, kami terus berehat. Anak-anak mula berasa lapar. Ibu dan ayah menyuapkan ke mulut anak-anak makanan yang ada dihidangkan. Semua makan dengan berselera, walaupun pada waktu pagi masing-masing telah pun bersarapan. Waktu panas-panas begini, di tepi laut pulak tu, minuman air sirap sejuklah yang paling laku. Bertong-tong, bertangki-tangki, berlori-lori air minum disediakan. Dan semua itu habis dalam sekelip mata. Gulp! Aaaahhh...
![]() |
Zila menyuapkan makanan ke mulut Fateh dan Zarith. Iena memerhati. |
![]() |
Sekarang giliran Fateh. |
![]() |
"Inilah bihun goreng paling sedap dalam dunia", kata Fateh. |
![]() |
Sabriena mencari air sirap. Entah gelas ke berapa yang ini? |
![]() |
Tuan tanah bertnya khabar dengan kekanda-kekandanya. |
![]() |
Semua puas hati dengan kemudahan yang disediakan. |
![]() |
Isteriku bersama teman baiknya - Ienah. Mohamad ada di backround. |
![]() |
Sekarang Mohamad dah hilang dari background. |
![]() |
Bersama isteri tersayang. |
![]() |
Ber-dating sekejap. |
![]() |
Okay. Mohamad telah muncul semula di background. |
Sesudah makan dan minum, kami berehat lagi. Duduk bersembang dengan ahli keluarga dan teman-teman. Waktu tengah hari angin laut tak kuat menghembus. Agak panas jugalah cuaca dan suasana pada ketika itu. Bila petang barulah terasa kenyamanan anginnya. Buat masa ini kita berpeluh-peluhlah dahulu. Berdingin-dingin kemudian.
Bersambung...
![]() |
Sahabat baik kami. |
![]() |
Ini namanya double date. |
![]() |
Kawan kami dari Raub, Pahang - Mohamad dan Ienah. |
![]() |
Selalu hadir dalam acara yang kami anjurkan. |
![]() |
Mencari dan meneguk air sirap sejuk. |
![]() |
Agar haus dahaga pergi jauh. |
![]() |
Nana duduk berehat di wakaf. |
![]() |
Masih lagi di wakaf. |
![]() |
Sabriena dengan anak saudaranya. |
![]() |
Dua orang adik-beradik - Adam dan Thaqif. |
![]() |
Abang Long kawasan datang menegur dua beradik ini. |
![]() |
Hammock dah tak muat nak tampung seorang lagi. |
No comments:
Post a Comment