25 Disember 2016 - Sehari sebelum aku turun ke gelanggang tenis, aku telah membayangkan kehebatan membuat dan mencuba beberapa jurus pukulan baru seperti 'double handed forehand side-mega-spin extravaganza' dan 'single handed backhand flat punch super lightning turbo power' yang baru kepelajari dari You Tube. Aku memang dah plan nak datang awal sebelum matahari mencacak di atas kepala.
Tiba-tiba aku diberi tahu yang aku kena menjemput makcik urut yang datang dari Hulu Langat untuk mengurut ibu dan isteriku. Okay-lah. Maknanya aku kena keluar rumah lebih awal lagilah. Maka pada keesokan paginya, aku ajak Syahmie menemani aku. Kami terus menghala ke arah Langat untuk menjemput makcik urut. Cari punya cari lokasi makcik urut, masih jugak tak kujumpa. Ke hulu dan ke hilir aku mencari. Call makcik urut tu pun banyak kali. Masih tak jumpa. Setelah sekian lama mencari, akhirnya barulah aku jumpa. Rupanya kami ada miscommunication. Aku ingatkan kat arah selatan. Rupanya kat arah utara. Memanglah tak jumpa. proses mencari ini saja telah memakan masa yang sangat lama. Aku melihat jam. Nampak gayanya macam kena main tenis bawah matahari kalau sebegini caranya.
|
Mengganti tayar kereta yang telah pecah teruk. |
Setelah menghantar makcik urut ke rumahku, aku dan Syahmie terus bergerak ke Titiwangsa. Ketika menuruni ramp AKLEH, tetiba keretaku bagaikan skidding sedikit. Bila turun dari ramp, rasa macam senget sikit pulak keretaku. Nak berhenti tengok tayar, macam tak sesuai tempatnya, pasal kat tengah jalan raya. Aku terus drive. Aku ingat nak check tayar masa kat Titiwangsa aje nanti. Belum pun sampai ke destinasi, setelah melepasi HKL, tetiba tayar keretaku meletup. Bau hangit menusuk hidung. Mau tak mau aku terpaksa jugak memberhentikan kereta. Nasib baik ada lorong untuk kuberhentikan kereta. Bila aku keluar kereta dan nengok, berkecai habis tayar sebelah kiri hadapan keretaku. Adusss!!! Dengan kepayahan, aku ambil spare tayar kat belakang. Bukak tayar yang pecah, dan ganti dengan tayar spare. Tapi tayar spare tak ada anginlah pulak. Aku terpaksa drive super-slow dan pasang hazard light untuk sampai ke Titiwangsa.
Setelah parking kereta, aku dan Syahmie menghala ke Court A. Eh! Tak ada orang langsung! Jadi aku main ajelah berdua dengan Syahmie. Nasib baik jugaklah Court A masih lagi tak berapa panas. Kami main slow-slow aje. Setelah bagi sedikit training, aku terus ajak Syahmie main satu set. Aku kalahkan Syahmie 6-1. Masa tu kaki aku pun tengah sakit, tak boleh berlari sangat. Lepas main, aku isilah tayar kereta yang pancit tadi dengan angin di petrol station yang berhampiran.
|
Syahmie setelah tamat game yang ringkas. |
|
Aksi single-handed backhand. |
|
Aksi forehand pulak. |
|
Gandingan bapak dan anak. |
|
Kalau Syahmie selalu training dan main tenis, dia pun boleh terer macam bapak dia. Keh keh keh! |
|
Memperagakan gigi yang ganas. |
|
Satu lagi aksi dengan gigi. |
|
Syahmie pakai kasut Wilson lama aku yang dah koyak. Aku pakai kasut Asics baru. |
Aku terus ke bengkel kereta kat Ampang. Mujur jugak ada kedai yang bukak pada hari Ahad. Ganti satu tayar dan isi gas aircond sekali. Dalam perjalanan ke bengkel tadi, aku ternampak pasar tani kat Taman Dagang. Tetiba terkenang zaman dulu-dulu, Allahyarham Ayah selalu jugak ajak aku berbelanja di sana. Sementara foreman me-repair kereta, aku ajaklah Syahmie ke pasar tani. Aku beli ikan belut hidup 6 ekor. Wife aku dulu pernah mengidam makan belut masa mengandungkan Syahmie. Kat pasar tani yang inilah aku belikan belut untuk dia. Demi sentimental value, aku pun saja membeli belut untuk kutunjukkan kepada anak-anak kecilku - Amier dan Sabriena. Kami turut breakfast kat kedai mamak, ambil kereta dari bengkel dan pulang ke rumah dengan selamat.
|
Tayar kereta aku pecah bersepai teruk. |
|
Kami breakfast roti telur dan air kelapa di kedai mamak sementara menanti kereta diperbaiki. |
Sedikit kisah pasal belut. Belut-belut ni boleh tahan lama dalam kuantiti air yang sedikit. Beberapa hari kusimpan sebelum aku siang belut-belut tu. Aku penggal kepalanya pakai parang. Satu per satu. Dah tak ada kepala pun belut-belut tu masih bergerak. Itu tak spooky lagi. Kepala yang dah tak ada badan tu pun masih bergerak-gerak jugak. Mulut masih bukak tutup bagai bernafas. Betul-betul scary maze! Kepala belut tu senyap setelah aku rebus untuk kuberikan pada kucingku, Isabel. Nak siat kulit belut tu pun bukan main susah. Siap kena pakai pelayar lagi. Banyak orang pesan belut elok dimasak sup. Tapi aku tak ikut cadangan mereka. Aku kerat belut tu jadi pendek. Campur garam, kunyit, asam jawa dan rempah kari, lalu kugoreng sampai agak garing. Sedap jugak rasanya kalau dimakan panas-panas. Anak-anakku yang empat orang semua tu macam enjoy aje makan belut tu. Termasuklah Sabriena yang baru berumur 4 tahun tu.
Kesemua insiden ini berlaku telah dirancang oleh Allah Taala. Aku bersyukur, kerana tayar kereta tu tak meletup kat tengah highway, di tengah malam, dalam hutan, sorang-sorang. Tentu lagi haru. At least dapat jugaklah kami makan belut yang rare tu. Syukur kepada Allah.
|
Syahmie memegang belut. |
|
Belut ni sangat licin macam orang minyak. |
|
Enam ekor belut dalam simpanan. |
No comments:
Post a Comment