Bahagian 1
9 Julai 2016 - Okay. Nampak gayanya kita kena gostan ke masa silam kejap. Kena pergi ke musim raya kira-kira enam bulan lalu. Kisah raya puasa masih belum selesai. Maka aku akan sambung berkisah tentang sambutan raya kami pada Syawal hari yang ke-4.
Kami ke Kuala Selangor. Kami ziarah pakcik-pakcik dan makcik kami yang masih tinggal di sini. Salah seorang makcik yang kami pergi ke rumahnya adalah Makcik Mini - salah seorang adik perempuan ibuku. Biasanya kami akan atur perjalanan kami supaya berada di rumah Makcik Mini pada waktu makan tengah hari. Menu biasa adalah daging masak lemak cili api dengan ikan tenggiri jeruk goreng. Menu yang menjadi idaman semua tetamu. Khususnya keluarga kami.
|
Syahmie dan isteriku sedang makan dengan penuh berselera. |
|
Wanie dan Amier jugak suka makan lemak cili api. |
|
Amier nak tambah lagi, walaupun masakannya agak pedas. |
|
Dah selesai makan. Barulah happy. |
|
Amier dan Wanie sedang menghabiskan nasi di pinggan masing-masing. |
Sampai-sampai aje rumah Makcik Mini, kami terus ke dapur. Terus makan. Berlaukkan menu pilihan. Makcik Mini memang masak banyak. Memang dah jangka, tetamu yang datang memang ramai. Dan selera para tetamu memang sangat besar. Perlu dijamu kesemua tetamu sampai kenyang. Sampai perut memboyot besarnya, macam orang mengandung. Dan kami jugak tidak mahu melihat makanan yang banyak ini terbazir. Maka kami pun makanlah dengan berselera dan banyak sekali.
|
Masa untuk makan kuih pulak. |
|
Dua orang pakcikku - Pakcik Tahar dan Pakcik Rizal, serta sepupu kami Zura. |
|
Turut hadir - sepupuku Shimi, serta anak-anak saudaraku Farid dan Yana. |
|
Sepupuku, Joe (berbaju hitam) turut nak enter frame. |
|
Wife Joe (berdiri paling kiri) pun join sekaki. |
Bukan saja keluarga kami yang ada di rumah Makcik Mini pada hari itu. Turut hadir adalah keluarga Pakcik Tahar, keluarga Pakcik Rizal, dan keluarga Joe (sepupuku). Kami memang dah pakat-pakat nak berkumpul di rumah Makcik Mini. Biar meriah sikit pertemuan pada hari raya ini.
|
Ibuku happy dapat beraya di rumah adik perempuannya. |
|
Amier sedang menemubual Atok Rizal. |
|
Sebagai seorang wartawan bebas, segala maklumat yang diperolehi perlu dicatatkan di dalam buku. |
Ketika semua sedang beraya sambil makan-makan kuih, Amier lagi sibuk dengan interview-nya bagi menyiapkan buku sahsiah keluarga Toiman (Allahyarham datukku). Pakcik dan makcikku semua ditemuduga bagi mendapatkan kisah yang tersirat dalam keluarga ini. Bagaikan seorang wartawan profesional, semua kenyataan yang keluar dai mulut pakcik dan makcikku dicatat di dalam buku catatannya.
Bersambung...
|
Wife dan anak Joe. |
|
Adikku bersama isteri Joe. |
|
Ibuku bersama sepupuku, Wati. |
|
Masih berdua lagi. |
|
Farid sedang santai setelah kenyang makan nasi. |
|
Syahmie dan bapak saudaranya, Shimi. |
|
Sepupuku, Pa dengan ayah dan anaknya. |
|
Sepupuku, Taufiq dengan baby sulungnya. |
|
Adikku sedang berborak dengan Lin. |
|
Menghadap kuih raya sampai habis isi di dalam balang. |
|
Farid dan neneknya. |
|
Seorang lagi sepupuku, Izhar. |
No comments:
Post a Comment