17 Julai 2016 - Jiran kami Abang Azlan dan Kak Aishah telah mengajak kami untuk datang ke rumah mereka sempena menyambut hari jadi salah seorang anak mereka - Halim. Maka kami pun pergilah. Lagi pun rumah mereka tak jauh dari rumah kami. Kami pun datanglah anak beranak. Nampak gayanya macam tak berapa ramai sangat tetamu yang dijemput. Yang special-nya, siap ada food truck parking kat sebelah rumah. Order aje apa yang nak dimakan. Nanti orang food truck tu akan masaklah. Bezanya, yang ini tak perlu dibayar. Tuan rumah yang tolong kaw tim. Seronoklah kami. On top of that, budak-budak dapat angpau pulak lagi.
Kepada Abang Azlan dan Kak Aishah sekeluarga, kami mengucapkan berbanyak terima kasih. Kepada Halim, kami ucapkan: Selamat Hari Jadi!
Wanie dan Amier sedang menikmati makanan dengan penuh keasyikan. |
Sabriena makan tortilla. Sedap jugak tortilla ni. Di-order dari food truck. |
Masih dengan chicken nugget. |
Seronok sungguh Sabriena. |
Dapat goodies bag Spiderman pulak lagi. |
Abang Azlan menghulurkan angpau kepada anak-anak. |
Wanie dari tadi asyik makan dan minum aje. |
Birthday boy Halim di samping food truck. Cantik food truck dia. |
Food truck ni jual makan Italy. |
Reaksi sesudah kenyang. |
Menanti waktu pulang. |
Minum air dulu. |
Okay. Lepas ni kita balik rumah. |
No comments:
Post a Comment