m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 8, 2016

Rusydi + Atika: Penutup malam pengantin

Bahagian 13 (Akhir)

Tuan puan yang saya muliakan sekelian. Walau sepanjang mana pun satu-satu kisah tele novela itu, walau beribu episod pun banyaknya, tetap akan sampai ke penghujungnya. Maka inilah episod akhir yang dinanti-nantikan oleh segenap pembaca dari seantero dunia. Perlu dipastikan kisah kali ini diikuti dengan sepenuh perhatian dan fokus. Di sinilah segala permasalahan terungkai. Segala konflik terlerai. Segala persoalan terjawab. Anda ingin tahu mengapa Ika mengenakan pakaian merah? Nak tahu mengapa Rusydi memilih lagu Ratuku? Nak tahu mengapa Arab-arab Al Yamani berjoget lambak? Nak tahu mengapa Mak Long merenjis secara bersungguh-sungguh? Nak tahu bagaimana dayang-dayang pengiring dipilih? Nak tahu apa yang tersirat di fikiran Syakirah ketika menjadi pengiring Ika? Dan macam-macam lagi persoalan yang akan dijelaskan dalam kisah pada kali ini. Lapangkan minda. Dan bacalah dengan penuh konsentrasi!

Ika dan Aniza.
Pian dan Aniza mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan pengantin.
Seluruh keluarga Pian-Aniza bergambar dengan pengantin.
Anak-anak turut happy dapat bergambar dengan Makcik Ika mereka.
Giliran kami pulak untuk bergambar dengan pengantin.
Kami masih bersama pengantin.
Kami sedang pujuk pengantin untuk bagi peluang kat kami pulak memonopoli pelamin.
Ya, Ika masih berpakaian merah saga. Dan Rusydi masih lagi memakai pakaian bernikah tadi. Tak tukar-tukar. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan pengantin. Kami sekeluarga berada di pelamin bersama pengantin. Setelah berjaya memujuk pengantin untuk beredar dari pelamin, kami pulaklah yang memonopoli ruang pelamin. Aku bersanding dengan isteriku sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-19 pada ketika itu. Lama jugak kami berpasak di ruang terhias itu. Dan posing macam pengantin jugak. Tetapi versi pengantin senior-lah. Setelah kami selesai, keluarga Kak Long pulak yang mendominasi. Dan Ika dan Rusydi terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mengambil kembali tampuk pemerintahan sebagai raja dan permaisuri sehari.

Yes! Kami dah dapat conquer pelamin.
Aku cuba cover janggut beruban kat dagu.
Nak jugak buat logo LOVE. Masa kami bersanding dulu tak ada trend macam ni.
Logo LOVE yang mantop!
Sabriena nak enter frame.
Keluarga Kak Long pulak take over.
Bersama cucu-cucu.
Okay, ambil lagi gambar sampai puas.
One more shot, please.
Setelah kesemua ahli keluarga puas bergambar di pelamin. Maka kami pun bersurailah. Sekian terima kasih.

Errr... Eh korang nak tau ke segala persoalan yang aku cakapkan pada awal tadi? Sebenarnya aku dah bincang dengan penulis skrip, pengarah dan penerbit. Mereka kata biarkan ending cerita ni tergantung. Barulah para pembaca akan berfikir tentang kesudahannya. Bukankah sekarang ni sistem pembelajaran kita nak menggalakkan pemikiran aras tinggi? Jadi korang fikir sendiri ya ending kisah ni macam mana? Tapi jangan lupa. Ada lagi kisah Rusydi dan Ika. Di Cheras. Selamat berfikir dan selamat menunggu.

TAMAT.

"Saya sebagai pemegang mohor diraja mengisytiharkan tamatnya kisah ini. K-Bye!!!"

No comments:

Post a Comment