m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, December 6, 2016

Rusydi + Atika: Lady in Red

Bahagian 12 

Jangan sangka kisah pengantin berbaju merah telah selesai. Belum lagi. Masih ada lagi lanjutan kisahnya. Mari kita nengok sambungannya.

Di pelamin, Rusydi telah melamar Ika, "Sudikah awak menjadi suri dalam hidup saya?" Ika yang terkejut badak dengan lamaran itu, telah menjawab dalam ketidak percayaan, "Saya sudi. Saya sudi." Para makcik tiba-tiba telah menyampuk. "Eh! Korang bukan memang dah jadi suami isteri ke?" Barulah kedua pengantin itu tersedar. Rupanya dah tak payah nak lamar-melamar dah. Itu semua dah lepas. Proses tu semua dah berlalu. Sekarang masa untuk bermesra-mesra. Sebagai pasangan suami dan isteri.

"Would you marry me?" tanya Rusydi kepada Ika.
Ika tak terus menjawab. Bagi Rusydi suspen sikit.
Ika sekadar merenung wajah Rusydi penuh makna.
Ika berfikir sejenak.
"Okay. I will marry you", jawab Ika.
Ika seronok. Rusydi bagai tak percaya.
Rusydi masih tak percaya. Dia bagai bermimpi.
Okay. Sekarang Rusydi dah percaya. Tapi Ika pulak yang rasa bagai bermimpi.
Setelah kedua-duanya tersedar dari mimpi, mereka membuat isyarat LOVE pakai tangan.
Memastikan logo hati itu dibentuk mengikut acuan yang betul.
Okay. Perfect shape!
Kini Ika kembali memegang jambakan bunga.
Mencium bau bunga yang sangat harum.
Bunga ini bukan saja wangi. Tetapi juga sangat cantik.
Setelah cerekarama di pelamin selesai, kini tibalah pula para tetamu yang masih bujangan, berbaris di hadapan pelamin untuk menyambut jambak bunga yang dilemparkan pengantin. Selain ahli keluarga Rusydi, turut berbaris dua orang Arab Al Yamani. Lalu Ika melemparkan jambak bunga ke angkasa. Tinggi. Jauh ke langit. Menerjah bulan. Dan tatkala jambakan bunga mula menjatuh ke permukaan bumi, para penyambut bunga telah bersedia dengan tangan mendepa ke atas. Dan dalam perebutan itu, akhirnya Mohamad Khasheb Al Yamani telah berjaya merampas bunga dari tiga jejaka yang lainnya. Mohamad Khasheb Al Yamani telah menggunakan kepakaran menangkap bola ketika menjadi penjaga gol bagi kelab-kelab bola sepak ternama dunia seperti AC Milan, Barcelona, Ajax Amsterdam, Manchester City dan Flamingo. Jambak bunga tadi telah ditangkap kemas. Tak mungkin terlepaskan.

Jejaka-jejaka bujangan sedang berbaris untuk merebut jambakan bunga.
Perebutan pun bermulalah.
Mohamad Khasheb Al Yamani membelek hasil tangkapannya.
Ika bergambar dengan ipar-duainya.
Girls only this time.
Masih lagi bertiga.
Sebagai mengakhiri agenda pada malam itu, Rusydi telah mendendangkan sebuah lagu untuk isteri tersayangnya, Ika. Rusydi menyanyikan lagu Ratuku, yang telah dipopularkan oleh Awie Wings. Oleh kerana Rusydi seorang yang sentimental, maka lagu itu jugak telah dinyanyikan secara sentimental. Sedap jugak alunan suara Rusydi. Dan Ika terus cair mendengar nyanyian itu. Membawa mereka ke alam rumah tangga yang sangat mengasyikkan.

Bersambung...

Rusydi sedang bersiap-siap untuk mendendangkan lagu.
Menyanyikan lagi Ratuku untuk isteri tersayang.
"Bisikan yang pertama..."
Dah habis menyanyi, Rusydi menjual pantun pulak kat Ika.
"Satu pantun murah aje. Lima ringgit seposen."
Selesailah sessi menjual pantun.
DJ: "Okay. Ya, para hadirin sekelian. Tamatlah sudah acara kita, ya. Bye".

No comments:

Post a Comment