22 November 2016 - Mohon anda yang melayari blog ini membacakan surah Al Fatihah dan menghadiahkannya kepada Allahyarham kekanda kami, Haji Khalid Bin Atan yang telah kempali ke Rahmatullah pada tarikh ini. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah pada 23 November 2016.
Tarikh ini akan sangat aku dan isteri ingati kerana kebetulan inilah juga tarikh hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-20. Doa kami agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, para solehin, syuhada, dan mereka yang mendapat rahmat dan redha Allah sepanjang masa.
Buat ahli keluarga, khususnya anak-anak, banyakkanlah beramal dan berdoa untuk Allahyarham Abah. Segala amalan baik yang dilakukan oleh anak-anak diharapkan menjadi saham akhirat untuk Allahyarham. Kita sama-sama usaha ya?
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara - sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih riwayat Muslim).
Al Fatihah.
|
Nombor pendaftaran perkuburan. |
|
Tuan Imam Haji Amir membacakan tahlil dan talqin. |
|
Para jemaah yang mengiringi jenazah. |
|
Anak-anak saudara berkumpul di satu sudut. |
|
Amier khusyuk mendengar bacaan tahlil. |
|
Abang Karim yang kurang sihat turut hadir. |
|
Sebahagian ahli keluarga yang hadir. |
|
Mengaminkan doa yang dibacakan Imam. |
|
Bunga dan air mawar di pusara. |
|
Ahli keluarga bergilir-gilir menyiram dan menabur bunga di atas pusara. |
|
Ketika dirawat di Hospital Ampang - sebelum Allahyarham pergi meninggalkan kami. |
Semoga arwah pak andak ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin ya rabb
ReplyDelete