29 November 2016 - Sejurus setelah pelajar-pelajar tingkatan 5 selesai menjawab kertas terakhir peperiksaan SPM tahun 2016, mereka terus dibenarkan pulang oleh pihak sekolah - MRSM Gemencheh Ulul Albab. Maka aku dan anak-anak pun bertolaklah ke Gemenchen setelah selesai solat Jumaat. Memandu secara tenang dan tidak tergopoh-gapah, kami sampai di MRSM kira-kira jam 6 petang. Setelah solat asar di surau MRSM, kami terus pergi mendapatkan Syahmie.
Syahmie sedang menanti di asrama bersama teman-temannya yang lain. Sebahagian besar pulang pada hari Jumaat. Selebihnya pulang pada keesokan harinya - hari Sabtu. Setelah menyimpan barang-barang Syahmie di dalam kereta, kami membiarkan Syahmie bertemu, bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada teman-temannya yang masih berada di asrama.
|
Tak pernah aku nengok surau ni lengang macam ni. Selalunya akan ada anak-anak yang duduk membaca Al Quran. |
|
Syahmie di depan bilik asramanya. Goodbye Room! |
|
Dari kiri: Imran, Syahmie dan Syahmi. |
|
Ruang asrama semakin menyepi. |
|
Syahmie bersama Haziq (mantan Presiden BWP dan tokoh pelajar 2016). |
|
Dari kiri: Iman, Syahmie dan Azrie. |
|
Dari kiri: Iman, Azrie, Syahmie dan Haikal. |
|
Syahmie bersama Salihin. |
|
Syahmie berdakapan dengan Fizo. |
|
Dari kiri: Syahmie, Adi dan Muhaimin. |
|
Syahmie bersama Hafiz (wakil tingkatan 5). |
|
Berkumpul bersama teman-teman sebelum bersurai pada hari esoknya. |
|
Hadapan dari kiri: Salman, Syahmie, Syakirin, Adam. Tengah dari kiri: Alif, Naqib, Fikri. Belakang dari kiri: Fawwaz, Hafiz, Mirza. |
|
Sembang-sembang akhir tahun. |
|
Dari kiri: Zul, Syahmie dan Amir. |
|
Amier dan Syahmie bersama Luqman. |
|
Bertukar-tukar nombor telefon dengan Luqman. |
|
Amier sedang kebosanan. |
Aku masih ingat lagi ketika aku dalam tingkatan 5 dulu, di MRSM Kota Bahru, sebelum kami pelajar-pelajar KL-Selangor pulang menaiki bas yang telah disediakan, kami bersalaman, berpelukan, menangis teresak-esak kerana terpaksa berpisah setelah sekian lama bersama. Lima tahun kami lalui hidup di MRSM bersama. Belajar bersama, makan minum bersama, solat bersama, bersukan bersama, bergurau bersama, cari air bersama, dan macam-macam benda lagi yang kami buat yang menyebabkan kenangan di antara kami sangat kuat melekat dalam ingatan kami. Aku rasa begitu jugaklah perasaan pelajar-pelajar batch Syahmie. Cuma suasana aje yang agak berbeza.
Aku tahu mereka semuanya bersyukur dan lega, SPM telah berlalu. Tetapi pada masa yang sama berasa sedih terpaksa meninggalkan sekolah yang telah membentuk mereka menjadi manusia-manusia hebat seperti mana sekarang. Tak apa. Nanti masa ambil result SPM tahun depan, sudah pasti mereka akan menjengah kembali sekolah kesayangan ini. Dan diharapkan nanti, setelah tamat pengajian tinggi, dan menjadi tokoh-tokoh yang berjaya, mereka akan kembali menyumbangkan bakti kepada sekolah MRSM Gemencheh ini. Satu hari nanti. Insya Allah. Tetapi buat masa ini, adios, sayonara, ciao, selamat tinggal. Kita akan bersua lagi nanti.
|
Hadapan dari kiri: Nazrin, Syahmie, Anuar, Akmal dan Aiman. Dalam kaca dari kiri: Iman, Naqib, Zarif, Azrie, dan Haziq. |
|
Sebelum meninggalkan pekarangan sekolah. |
|
Hajatku nak memancing ikan di sini masih lagi tak kesampaian. Walaupun airnya menjadi keruh, namun riak ikan masih lagi dapat kulihat. Mungkin aku masih berpeluang pada tahun-tahun akan datang. |
No comments:
Post a Comment