m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, December 25, 2016

Bukan mesyuarat tingkap

2 Julai 2016 - Tiba-tiba pemegang mohor-mohor diraja mengumumkan mesyuarat tergempar AGM akan diadakan pada sekian-sekian haribulan. Semua ahli diminta hadir. Maka kelam-kabutlah ahli mesyuarat menyiapkan diri untuk pertemuan yang sangat penting ini. Bersiap dengan segala macam makanan untuk dijamu kepada para tetamu. Kena berhias molek agar terserlah keterampilan diri. Lebih meyakinkan apabila memberikan usul nanti. Tak kurang jugak yang bersiap-siaga dengan video camera dan kamera digital untuk merakamkan detik-detik bersejarah ini. Yang akan disiarkan secara langsung melalui tv-tv popular di tanah air. Dan penyediaan tempat, perlulah tip-top jugak. Perlu tentukan di mana members duduk, dan VVIP perlu ada tempat mereka sendiri. Berpeluh lencun jugaklah untuk meng-organise acara yang sebesar ini!

Merakamkan detik bersejarah ini.
Hadirin dan hadirat memenuhi ruang dewan utama.
Memberikan sepenuh fokus.
Semua berkampung di sini selama 7 hari 7 malam. Dan 7 Hari Mencintaimu.
Para intelek memberikan cadangan yang sangat bernas.
Yang lain mendengar dan mencatit dalam ingatan.
Menanti keputusan genting.
Dalam kad jemputan tertulis seperti ini:
AGM adhoc Hj Atan's Family
Date: 2 Julai 2016
Venue: House of Pak Uda & Mak Uda
Time: After solatul maghrib
RSVP
 (Betul! Memang dia tulis dalam bahasa Inggeris. Pasal jemputannya tu tahap international!)

Sabriena turut memberikan tumpuan.
Situasi semakin hangat.
Juru audit memeriksa kira-kira serta badjet untuk acara yang bakal dilangsungkan.
Tak cukup pakai kalkulator, jari kaki dan tangan turut dihitung sama.
Bila tiba tarikh yang telah ditetapkan itu, maka berkumpullah para sarjana, ahli akademik serta tokoh-tokoh perundangan ke lokasi untuk menghadiri sessi perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu yang hangat yang wajar diperbincangkan. Seingat aku, antara topik yang dimesyuaratkan adalah soal persediaan diraja bagi Al Sultan Al Abby Al Zahid. Dan kemudian persiapan untuk Al Sultan Al Faridz Al Zainuri. Lama jugak mesyuarat ini berlangsung. Penuh dengan kejutan dan fokus yang sangat tinggi dari para cendekiawan dan ahli fikir sedunia. 7 hari 7 malam kami semua berkampung di lokasi untuk membuat keputusan-keputusan yang genting dan sangat penting. Akhirnya, semua berlangsung dengan baik. Para deligasi sangat-sangat berpuas hati dengan keputusan mesyuarat. Lepas tu barulah disusuli dengan acara makan-makan dan acara bebas.

Makan yang disediakan sangatlah laris.
Para deligasi mengambil tempat duduk untuk makan.
Menyudahkan sisa rokok di tangan.
Berpuas hati dengan keputusan mesyuarat dan hidangan yang disajikan.
Deligasi puteri turut memberi sokongan.
Antara juadah yang paling digemari ramai termasuklah kari kambing Mak Uda dan brownies Mak Usu. Kami makan dengan sangat berselera sekali. Kesemua tetamu antarabangsa turut menampakkan kegirangan pada wajah-wajah mereka ketika menikmati makanan yang dihidangkan di atas meja hias yang menawan. Habis licin licap kesemua makanan. Sebiji nasi dan sezarah tepung pun tidak tersisa. Lalat dan lipas sangat-sangat kecewa pada malam itu kerana tiada apa yang boleh dijamah. Mereka pulang dengan tangan dan perut kosong.

Sesudah makan. Menantikan acara yang selanjutnya.
Mengawal keselamatan para deligasi. Ini sangatlah penting dalam era keganasan di sana sini.
Tidak ketinggalan yang hadir untuk menjual supplement dan produk kesihatan dan kecantikan.
Menikmati minuman kecerdasan.
Majlis disudahi dengan pertunjukan bunga api secara besar-besaran. Mengalahkan pertunjukan bunga api di KLCC, mahu pun di Putrajaya. Ketika bunga api dinyalakan, seluruh langit yang pada asalnya gelap telah menjadi terang dan berwarna-warni. Lukisan pelangi tercanting pada dada langit yang menghampar. Seluruh jiran-jiran tetangga turut keluar rumah untuk menyaksikan persembahan yang sangat hebat ini. Sangat menakjubkan. Pertunjukan bunga api ini berakhir setelah kira-kira 5 jam ia berlangsung. Dan para deligasi dan VVIP turut pulang dengan limo dan helikopter malah jet peribadi masing-masing. Dan semua berasa sangat puas hati. Terima kasih kepada event organiser yang sangat hebat dan berdedikasi.

Pertunjukan bunga api akan dilangsungkan sebentar lagi.
Bunga api ringan-ringan sebelum bunga api mega.
Ramai deligasi yang menunjukkan minat untuk mencuba produk menghalau nyamuk ini.
Anak-anak kecil turut cenderung dengan persembahan ini.
Abang-abang sado sedang memperagakan kehenseman masing-masing.
Turut mengisi ruang majlis - persembahan seni halus oleh arits multi-talent ini.
"Ya, kami memang boleh nampak. Awak memang cuma berdua orang saja".
Melayan kerenah si kecil.
Jangan tiru aksi ini di rumah anda - memegang bunga api sambil menahan nafas selama sejam.
Aksi ini lagilah tak boleh ditiru di rumah anda - memegang bunga api di tengah-tengah jalan raya. Cuba perhatikan kereta yang hampir melanggar.
Mesyuarat kecil sesudah mesyuarat besar.
Deligasi suami isteri.
Deligasi adik beradik.
Sangat gembira kerana produk kecantikan dan kesihatan telah habis dijual.
Saya nak balik...

No comments:

Post a Comment