Bahagian 1
16 November 2014 - Ini bukanlah kali pertama teater ini dipentaskan kepada umum. Pada tahun-tahun sebelum ini, penulis seta pengarah teater Tanah ini, Abang Kamarul AR pernah mementaskannya di beberapa tempat. Dulu tajuknya Semenanjung, sebelum ditukar kepada Tanah. Cuma setiap kali drama ini dipentaskan, tak pernah pulak aku berkesempatan untuk pergi menontonnya. Kali ini aku bertekad akan menonton pementasan ini. Selain dari ingin melihat persembahan itu sendiri, turut bertujuan untuk memberi sepenuh sokongan kepada seluruh team produksi yang sebahagiannya merupakan teman-teman kami jugak.
|
Poster teater Tanah karya Kamarul AR. |
|
Ayahku bersama Datuk Baharuddin Omar. |
|
Bertemu kawan lama. |
Pementasan kali ini diadakan di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Dah cukup lama kami tak ke sini. Sampaikan aku sendiri dah lupa macam mana rupa bentuk auditorium ni. Kami sampai agak awal. Isteri aku membeli tiga tiket untuk kami serta ayahku yang ada bersama kami. Seorang petugas membawa kami ke bilik VIP untuk berehat dengan tenang. Buka pintu bilik aje, ayahku terus ternampak salah seorang kenalan rapatnya ketika berteater dulu - Datuk Baharuddin Omar a.k.a. Anjang Aki. Mereka bersalaman dan berpelukan. Kemudian duduk di sofa dan berbual soal kisah-kisah lama. Aku tak turut mendengat isi kandungan berbualan mereka. Hal orang-orang lama gamaknya.
|
Sebuah kampung yang tenang. Kampung Pisang, tanpa zombie, dan tanpa hantu Kak Limah. |
|
Rosnah: "Malam nanti ada kenduri. Tapi sedikit makanan pun masih belum kita sediakan. Macam mana ni?" |
|
Manisah: "Janganlah kau bimbang wahai Rosnah. Kita makan angin dan minum air tempayan ajelah". |
Bila masa dah nak time, kami pun masuklah ke dalam auditorium. Waaaahhhhh! Besar jugak! Maklumlah, dah lama tak datang sini. Tak perasan yang auditorium ni sebesar ini. Terlihat di atas stage satu set yang simple dengan lighting yang cantik. Dalam cahaya yang suram sedemikian, tetiba aku ternampak Mubarak Majid dibawa ke tempat duduk depan kami oleh krew pementasan. Ingatkan nak tegur. Menyapa sambil berkata apa khabar. Tapi fikirku, mesti dia tengah in character. Tak boleh kacau. Kalau kacau nanti feel dia hilang. So, aku nengokkan ajelah kelibat Mubarak Majid dari belakang.
|
Barman: "Tak perlu kau tembak dia. Dia memang kebal sebab lama sangat bekerja sebagai drebar kereta kebal". |
|
Malim: "Ini masa untuk menentang penjajah. Bukan masanya untuk main ikat-ikat tangan". |
|
Mahad: : "Kau ni dah kenapa, Manisah? Mana keropok Tora yang aku suruh kau belikan tadi?" |
|
Barman: "Ah! Senapang ni senapang mainan rupanya. Patutlah aku tembak orang Kampung Pisang tak mati tadi". |
|
Mahad: "Rosnah, kenapa kau kelihatan kebiruan? Adakah kau kekurangan oksigen?" Rosnah: "Kau pun apa kurangnya, Mahad". |
|
Mahad: "Okay semua orang. Mari kita berdiri tegak. Lagu Negaraku sedang berkumandang". |
|
Malim: "Aku memang mahu. Tapi aku malu". |
Tak lama sesudah itu, drama pun bermula dengan Mubarak Majid menjadi pencerita awal, sebelum drama keseluruhannya bermula. Kami duduk diam di kerusi penonton. Teater Tanah kami saksikan dengan penuh konsentrasi. Drama ini mesejnya dalam. Isunya serius. Hal negara. Hal maruah. Maka ketika menonton, aku betul-betul kerutkan kening, sedikit membongkok, sambil tangan menongkat dagu. Sebijik macam profesor di puncak menara gading. Mesej yang sebegini dalam perlu saja aku gali dan dalami.
|
Barman: "Kuch kuch hota hey". Manisah: "Nahi. Nahi! Nahiiiii!!!" |
|
Mahad: "Lembu dah diikat. Tapi sayang, hari ni bukan Hari Raya Qurban". |
|
Barman: "Janganlah diperapa-apakan hamba wahai pendekar pojaan hatiku. Hamba hanyalah seorang insan yang lemah. Huhuhu". |
|
Mahad: "Begitulah flashback kisah atuk dulu-dulu". |
Dan akhirnya tamatlah sebuah naskhah karya Abang Kamarul AR yang hebat. Penutupnya adalah sebuah kesimpulan yang didialogkan oleh Mubarak Majid. Setelah persembahan selesai, para pelakon, kru pementasan, dan pengarah teater, diperkenalkan satu per satu oleh pengacara majlis. Daripada sedikit, sampailah penuh satu stage dengan manusia. Malah politikus jemputan juga turut dijemput naik ke pentas untuk diperkenalkan dengan para pelakon. Kemudian bergambar beramai-ramai. Bagi cenderahati kepada para pelakon. Bergambar lagi sampai habis memori kat memory card. Barulah selesai acara. Acara selanjutnya adalah berjumpa kembali dengan teman-teman lama.
Bersambung...
|
Para pelakon tampil ke hadapan. |
|
Wajah-wajah pejuang kemerdekaan. |
|
Gabungan perwira dan tali barut. |
|
Mahad muda dan Mahad tua berdiri bersebelahan. |
|
Pengarah dan penolong pengarah juga telah berada di atas pentas. |
|
Melihat siapa yang datang naik ke pentas. |
|
Tokoh politikus VIP diperkenalkan kepada para pelakon. |
|
Bersuai kenalan di antara tokoh politik dan tokoh seni. |
|
Bergambar kenangan beramai-ramai. |
|
Para pelakon dapat ijazah kehormat. |
|
Bersama poster teater Tanah. |
|
Sebutlah "Kejuuuuuu" |
|
Last shot sebelum bersurai. |
No comments:
Post a Comment