7 September 2014 - Kami dapat jemputan kenduri aqiqah dari Pakcik Jamil dan Makcik Kamisah. Kata mereka aqiqah untuk cucu mereka. Dibuat di Keramat, kat rumah besan mereka, yang juga didiami oleh anak dan menantu mereka. Maka pada hari tersebut, kami pun pergilah ke sana. Satu keluarga pergi. Termasuk mak aku yang masih berkerusi roda. Lagi pun Keramat bukannya jauh sangat.
|
Upacara menyembelih kambing golek aqiqah. |
|
Kalau sekor macam ni, aku sorang pun boleh kasi licin sampai tinggal tulang. |
|
Para tetamu mengambil makanan yang pelbagai. |
|
Geng marhaban wanita sedang menjamu selera. |
|
Team marhaban wanita sangat teruja menikmati juadah yang enak ini. |
Dari kejauhan kami telah terhidu bau kambing dipanggang dan digolek. Ini menambahkan lagi semangat kami untuk pergi ke kenduri itu. Errrr... maksud aku untuk meraikan cucu Pakcik Jamil dan Makcik Kamisah. Sesampainya di sana, kumpulan marhaban wanita baru aje habis melaksanakan tugas. Dan mereka pun keluar ke tempat hidangan untuk memulakan santapan. Kami pun terus mencelah dan mengambil makanan-makanan yang terhidang untuk dimakan. Dan sudah pasti, kambing tergolek tak dapat kami sisihkan. Sudah pasti itulah yang menjadi pilihan kami terdahulu.
|
Para tetamu masih berbaris mendapatkan makanan. |
|
Di meja kami. Wak Yan sedang menceritakan pengalaman zaman Jepunnya. |
|
Penat bercerita. Masa untuk makan kambing. |
|
Amier sedang termenung melihat perutnya yang semakin membuncit akibat banyak makan. |
|
Bersama pulut kuning berhias untuk para tetamu. |
|
Cantik pulut kuning ini dibentuk macam burung. Nampak lebih menyelerakan. |
Banyak jugak aku makan. Kambing-kambing jalanan yang kebetulan ada kat sekitar kawasan tu kecut perut melihat aku meratah kambing golek dengan sebegitu rakus sekali. Kami diberi pulut kuning dalam gelas. Cantik hiasan pada pulut kuning tu. Teruja kami memperolehinya. Licin licap kami makan semua makanan yang ada di pinggan. Burp! Alhamdulillah...
|
Wak Yan sambung bercerita pasal zaman British pulak. |
|
Bergosip dengan Makcik Kamisah. |
|
Kisah artis berhijrah. Suatu perkembangan positif. |
|
Terselit jugak kisah banjir di Semenanjung Malaysia. |
|
Makcik Maznah, Pakcik Matshah dan Allahyarham Pakcik Misran. Al-Fatehah untuk roh beliau. |
Macam biasalah, bila dah kumpul kaum keluarga ramai-ramai, sudah pastilah akan bersembang lama. Especially mak aku. Pasal ramai jugak yang hadir adalah keluarga di sebelah mak aku. Sebenarnya kami semua balik lebih awal. Dan meninggalkan mak aku kat situ untuk berborak lebih lama dengan sepupu-sepupunya yang lain. Lepas tu mak aku tumpang balik dengan adiknya, Pakcik Tahar. Sembang punya sembang, sekali wife aku ternampak seseorang yang wajahnya sangatlah familiar. Bila di tanya-tanya, Makcik Kamisah pun bagi tau, itulah besannya. Dan setelah diingat-ingat, barulah wife aku perasan yang makcik tu ada bukak gerai makan kat tempat wife aku bekerja. Patutlah macam biasa jumpa. Dan mereka pun bersalaman dan bertegur sapalah seperti kawan lama. Dan setelah kami semua dah kenyang, kami pun meminta diri untuk pulang. Matahari semakin menegak. Semakin terik. Semakin panas. Dan mak aku balik terkemudian sedikit dengan Pakcik Tahar. Terima kasih kerana menjemput.
|
Pakcik Jamil dan anak-anaknya sedang berdiskusi mengenai pertemuan keluarga besar Toi pada masa hadapan. |
|
Reunion kali ni akan dibuat di tepi pantai. |
|
Pakcik Jamil kata, sambil berkumpul boleh mandi-mandi, boleh memancing. |
|
Wak Sufian kata, tengah musim hujan ni lebih baik buat kat padang bola - Stadium Bukit Jalil. |
|
Isteriku baru perasan, besan Makcik Kamisah ni rupanya ada bukak gerai makan dekat dengan ofis wife aku. |
|
Dunia ini kecil. Semua orang saling kenal-mengenali. |
|
Bersama makcik yang dikenali isteriku. |
No comments:
Post a Comment