6 September 2014 - Ini kisah lama. Kami ke majlis perkahwinan kawan ofis wife aku, Hairul di Taman Melawati. Isteri Hairul bernama Syahira. Tempat majlis diadakan tu sangatlah cantik dengan laman yang agak luas. Cuma nak letak kereta aje yang susah sikit apabila tetamu semua datang hampir serentak. Akhirnya dapat jugak aku satu ruang letak kereta berdekatan dengan rumah-rumah di kejiranan di situ.
Upacara memotong kek tingkat dua. |
Potong kek yang kat tingkat bawah pulak. |
Lepas ni nanti kena potong kek kat tingkat tiga. |
Alamak! Pisau dah tumpul. Tak boleh potong kek di tingkat atas. |
Masa kami datang tu, tetamu tengah ramai. Kami capai dulu makanan utama di meja hidangan - nasi minyak. Lepas makan nasi, aku terus memburu kambing dengan menggunakan lembing dan panah. Setelah kambing berjaya ditangkap, ianya disembelih dan dipanggang. Dan terus para tetamu melapah dan mengganyangnya beramai-ramai bagaikan kumpulan dubuk (hyena) mengganyang kerbau. Ada makanan dessert yang pelbagai di suatu sudut meja yang lain. Setelah selesai urusan makan dan minum, kami pun mengambil peluang untuk bergambar dengan kedua mempelai sebelum berangkat pulang.
Selamat pengantin baru kepada Hairul dan Syahira. Semoga kehidupan penuh berkat dan harmoni dalam rahmat dan redha Allah Taala. Amin.
Beratur untuk mendapatkan kambing yang menjadi pujaan hati orang ramai. |
Akhirnya kambing gurun yang ditangkap telah pun berjaya disembelih dengan selamatnya. |
Laman majlis perkahwinan. |
Membakar kambing. Kedengaran bunyi kambing mengembek ketika daging ini dibakar. |
Tetamu di kalangan saudara dan kawan. |
Menjamu selera dengan penuh konsentrasi. |
Bergambar dengan pengantin. Kak Jasha pun ada bersama. |
Hairul dan Syahira. |
Masih dengan pengantin. |
Aku pulak bergambar dengan pengantin. |
Di pintu pagar sebelum pulang. |
Sebelah banner perkahwinan. |
No comments:
Post a Comment