3 September 2014 - Aku terpaksa buat spring cleaning sikit kat rumah aku pasal dah banyak sangat barang sampai dah tak cukup ruang untuk disimpan. Salah satu tempat yang aku cuba bersihkan ialah almari buku aku. Kat dalam almari tu ada banyak buku-buku lama sejak dari zaman aku belajar kat Amerika, kat UTM, sampailah sekarang ni. Lalu aku belek satu-satu. Tapis satu-satu. Mana yang aku tak perlukan, aku letak ketepi. Yang aku rasa ada sentimental value, aku akan simpan balik dalam almari tu.
Banyak jugak buku-buku fotokopi yang aku ketepikan. Boleh recycle. Begitu jugak dengan majalah pancing ikan yang aku kumpul. Aku rasa ada lebih 100 naskhah semuanya. Aku memang rajin beli majalah pancing sejak dulu lagi. Kalau aku tak pergi memancing, aku bacalah majalah pancing. Sedikit sebanyak dapatlah sedikit ilmu, serta tau jugaklah aku tentang lubuk-lubuk ikan yang berpotensi serta cara menjerat penghuninya. Majalah yang aku biasa beli termasuklah majalah Rod & Line, Pancing, GP Joran, dan Sirip.
Memandangkan aku pun bukannya belek-belek majalah tu sangat setelah dimasukkan ke dalam almari, maka aku fikir, lebh baik aku agih-agihkan kepada kengkawan atau saudara-mara yang turut meminati kegiatan memancing ni. Begitu jugak dengan majalah kartun seperti Gila-gila, Gelihati, dan macam-macam lagi. Aku cuma simpan beberapa naskah yang terpilih seperti first edition. Kalau korang nak tahu, keluaran pertama majalah Gila-gila memang ada dalam koleksi aku. Vintage tuuuuu!!!
Sekarang kesemua majalah yang aku ketepikan tu dah aku bagi kat saudara mara. Ada jugak yang aku jual kat pembeli kertas recycle. Dan sekarang aku dah tak membeli majalah komik atau pancing lagi.
Majalah pelbagai di dalam almari. |
Majalah-majalah pancing yang telah siap diikat. |
Masuk dalam kereta untuk diedarkan kepada saudara-mara. |
No comments:
Post a Comment