4 Ogos 2014 - Hari ni birthday anak saudara kami, Yana. Kami ingat nak buat surprise party untuk dia yang kini belajar di UIA Gombak. Maka pada siang harinya, kami belilah kek hari jadi, beli nasi ayam penyet dari Wong Solo. Dan ada beli egg tart jugak. Semua ni akan dibawak ke tempat belajar Yana selepas solat maghrib nanti.
Yana dan Farid sedang mesej kat kengkawan mereka agar datang meramaikan majlis sambutan hari jadi ini. |
Amier sedang khusyuk melayan ayam penyet goreng. |
Sabriena dipangku Yana. |
Tetiba Sabriena ternampak kek hari jadi yang cantik dan sedap. Sabriena bergegas untuk memakannya. |
Inilah kek hari jadi Yana. |
Yana dan kek hari jadinya. |
Niat hati memanglah nak bagi surprise. Tapi abang Yana, Farid dah bagi tahu awal-awal kat Yana yang kami nak buat surprise celebration. Dah tak jadi surprise-lah akhirnya. Tapi tak kisahlah. Kami semua berkumpul di kafeteria ramai-ramai. Cari satu meja yang lapang dan bentangkan juadah atas meja. Lalu kami nyanyi lagu birthday sikit. Siap pakai mikrofon lagi, dan PA system yang paling kuat di UIA. Bila dah nyanyi kuat-kuat macam tu, sudah tentulah ramai students lain terdengar lantas berkumpul untuk sama-sama meraikan hari jadi Yana ini. Semua pelajar dan warden dari semua blok kat UIA datang berkumpul untuk memberi penghormatan serta nak merasa kek dan nasi ayam penyek yang kami bawak. Kalau tak silap aku ada tak kurang lima ribu orang semuanya. Memandangkan bekalan kami sangat terhad untuk beberapa orang makan aje, maka kami terpaksalah membuat announcement kepada umum:
"Maaf tuan puan sekelian. Ini bukanlah sambutan hari jadi sebenarnya. Ia adalah hanya sebuah gimmick bagi mencuba keberkesanan system PA yang baru dibeli dan dipakai oleh pihak universiti".
Mendengarkan pengumuman itu, barulah semua orang beredar meninggalkan kami di kafeteria. Bolehlah kami potong kek dan makan nasi ayam penyet dengan aman.
Kejap lagi Yana akan potong kek hari jadi ini. |
Yana tengah tunggu pengadil meniup wisel. |
Kek hari jadi nak selfie kejap. |
Yana dah cukup bersedia untuk memotong kek hari jadi untuknya. |
Sabriena tepuk tangan sambil menyanyikan lagu Happy Birthday. |
Adik beradik - Yana dan Farid. |
Ber-selfie dengan kamera Farid. |
Semua yang hadir pada malam itu. |
Sambutan hari jadi di kantin UIA. |
Giliran aku pulak masuk frame. |
Kami makan sampai licin. Sampai kenyang. Sampai dah tak boleh nak makan lagi. Balance kek tu kami bagi kat Yana untuk dia berkongsi dengan kengkawannya. Selepas bergambar dan bersalaman, barulah kami pulang. Yana pun nampak happy dengan sambutan hari jadinya yang simple dan ringkas itu. Happy birthday Yana!
Sabriena pun nak potong kek jugak. |
Sabriena dah tak sabar nak makan kek. |
Wife aku bertepuk tangan kegembiraan pasal Yana telah berjaya juga akhirnya untuk memotong kek ini dengan penuh kepayahan kerana pisau potong kek tumpul. |
Sabriena nak potong kek lagi sekali. |
Yana kata biar dia aje yang potongkan kek tu. |
Sekejap lagi kek ini akan dimakan. |
Yana tengah memikirkan cara bagaimana kek ini hendak dibahagi-bahagikan kepada ribuan mangsa banjir di pantai timur. |
Akhirnya Yana fikir tak payah bagilah. Dia nak makan sendiri kesemua kek itu. |
Orang lain di sekeliling berasa kecewa kerana Yana nak makan kek tu sorang-sorang aje. |
No comments:
Post a Comment