28 Disember 2014 - Masa cuti sekolah hujung tahun lepas, aku memang nak sangat bawak Syahmie memancing kat tempat yang senang dapat ikan. Biar Syahmie berasa sendiri menarik ikan ke darat sampai puas. Akhirnya kesempatan itu tiba. Aku bagi tahu wife aku tentang hajat aku itu. Dan yang pasti, Syahmie jugak kuajak untuk pergi memancing bersama kami. Lokasi ini memang lokasi yang paling ideal untuk mendapatkan ikan dengan banyak. Tapi ikan keli ajelah. Tak kisahlah. Keli pun kelilah. Janji ikan! Asal tak naikkan labi-labi, kura-kura atak biawak sudah. Dan destinasi kami ialah di Kolam Memancing Tepian Rimba di Hulu Langat.
|
Menanti umpan digetu ikan. |
|
Ikan keli sedang galak memakan umpan. |
|
Syahmie dengan ikan pertamanya. |
|
Para pemancing dari seluruh dunia sedang menunggu habuan masing-masing. |
|
Ini adalah port favourite aku. Tapi dah ada orang lain yang memonopoli lokasi ini. |
|
Syahmie memancing dengan tenang dan sabar. |
Oleh kerana target dan sasaran kami ialah ikan keli, maka umpan yang aku bawak semuanya berkisar tentang keli. Umpan-umpan pilihan termasuklah cengkerik, cacing tanah dan jantung ayam. Kalau ada rezeki, dengan umpan-umpan ni boleh jugak kami daratkan ikan-ikan lain seperti pacu dan baung. Di kaunter bayaran, wife aku beli pelet ikan satu paket dengan harga RM3. Kolam pancing ni pulak mengenakan bayaran RM10 sejam. Setelah bayaran deposit dibuat, kami pun terus ke port favourite kami di suatu sudut kolam. Joran dipasang. Umpan dicangkukkan pada mata kail. Dan pancingan keli pun bermulalah.
|
Menunggu cukup tempoh tiga jam sebelum kami berangkat pulang. |
|
Syahmie dengan sebakul ikan. |
|
Sebakul ikan dengan Syahmie. |
|
Sebakul ikan dengan isteriku pula. |
|
Di pintu masuk kolam memancing sebelum menaiki kereta. |
|
Semua orang happy dengan ikan yang diperolehi. |
|
Ikan-ikan keli turut berasa puas hati kerana telah dipancing oleh kami. |
Kami menaikkan keli demi keli. Aku, wife aku, malah Syahmie juga berterusan menaikkan ikan keli silih berganti. Kira-kira sama banyak ikan yang diperolehi kami masing-masing. Syahmie aku ajar cara pasang umpan cengkerik, dan cara nak pegang ikan keli tanpa terkena sengat. Dalam masa yang singkat, semua kemahiran itu berjaya dikuasai Syahmie. Lepas ni kena ajar dia ikat mata kail pulak. Yang ini memang lebih mencabar dan kena lebih sabar.
|
"Semua ikan keli - say cheese!" |
|
Aku dan Syahmie menjinjing ikan keli yang seberat 70 kilo itu. Pergh! Beratnya!!! |
|
Perut aku agak terkehadapan melambangkan kepuasan. |
|
Nelayan pulang dari mencari rezeki yang halal. |
|
Menimbang ikan untuk dijual di pasar borong. |
|
10.4 kilo adalah bacaan yang tertera di alat menimbang. |
Kami himpunkan hasil pancingan kami di dalam bakul ikan. Aku ambil penimbang dan berat kesemua ikan ditimbang. 10.4 kilogram. Boleh tahan jugak. Itulah hasil pancingan kami bertiga selama tiga jam dengan bayaran RM90. Kalau beli ikan keli hidup seberat ini kat pasar borong cuma kena bayar sekitar RM40 aje. Tapi thrill memancing tu tak adalah. Kami sangat puas hati dengan hasil yang deperolehi. Terlihat jugak riak kepuasan pada wajah Syahmie yang kini sudah semakin hebat memancing ikan. Kat rumah, aku hitung bilangan ikan dalam bakul - 64 ekor semuanya!
Sebelum pulang, kami ke sebuah kedai makan berdekatan untuk makan tengah hari - Restoran Ikan Patin Sungai Pahang. Memang banyak masakan untuk dipilih. Semua nampak hebat. Dalam keadaan perut yang lapar, aku pun mencedoklah segala macam lauk-pauk yang ada. Masakannya memang enak. Cuma (mintak maaf cakap) agak terlebih masin. Maka nasihat aku, kalau nak ambil lauk dia, jangan letak kuah banyak-banyak. Takut tak boleh nak habiskan. Tapi oleh kerana kami tengah agak kebulur, maka licin licap jugaklah makanan dalam pinggan-pinggan kami. Setelah kenyang makan, kami pun terus berangkat pulang. Puas!
|
Singgah makan di Restoran Ikan Patin Sungai Pahang. |
|
Licin pinggan kami. |
|
Di hadapan restoran. |
|
Perut kenyang, hati puas. |
|
Restoran ini letakknya di Hulu Langat. |
|
Tak jauh dari kolam memancing Tepian Rimba. |
No comments:
Post a Comment