13 Jun 2014 - Setelah sekian lama kami merancang, akhirnya kami sampai jugak di bandaraya Tokyo. Suasana Tokyo tak ubah macam dalam cerita Doraemon. Memang kat sini ada banyak pelancong asing yang datang berjalan-jalan sambil window shopping. Cuma yang agak anehnya, ramai di kalangan peniaga di gerai-gerai tepi jalan pandai berbahasa Melayu. Fikirku, mungkin mereka ini merupakan cucu cicit keturunan penjajah Jepun yang pernah menguasai Tanah Melayu sekitar tahun 1941-42 dulu.
Memasuki daerah jajahan Tokyo. |
Bagaimanakah agaknya suasana di pekan Tokyo ni? |
Kami di Tokyo Street. |
Kami terus berjalan mengelilingi suatu perkampungan di pinggir Tokyo. Banyak barang-barang pelbagai yang dijual. Sangat teruja kami melihatnya. Kami ada menanya-nanya harga barang-barang berkenaan. "How many Yen?" tanya kami. Mereka kata mereka tak terima duit Yen Jepun. Tak laku. Mereka cuma nak Ringgit Malaysia aje. Kami teruskan perjalanan sehingga kami ternampak suatu papan tanda tertulis Pavilion. Ooooohhhhh! Rupanya kami kat dalam pusat membeli-belah Pavilion kat Bukit Bintang!! Ingatkan kat Jepun tadi. He he he. Kami tertawa sesama sendiri memikirkan betapa kami telah tertipu dengan set up pekan Tokyo yang sedemikian rupa. Ha ha ha...
Di sekitar bandaraya Tokyo yang gah. |
Di perkampungan Doraemon. |
Sedang membaca penunjuk jalan agar tidak tersesat. |
No comments:
Post a Comment