m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 5, 2015

Di Impiana berbuka puasa

14 Julai 2014 - Masa ni bulan puasa. Kalau bulan puasa memang ada saja orang yang belanja makan. Maka ini kisah orang belanja kami makan berbuka puasa di sebuah hotel bernama Hotel Impiana. Inilah hotel yang menjadi impian banyak masyarakat sedunia pada zaman ini.

Meratah gearbox yang diambil dari kereta Misubishi Eclipse Turbo.
Amier sekadar meratah udang harimau malaya.
Sedang enak menjamu selera.
Macam-macam makanan kami dah makan.
Seronok makan berebut-rebut macam pelarian. Penambah selera.
Ayam panggang, kambing golek, kerbau salai, badak stim, semua habis kami makan.
"Apa komen anda semua mengenai makanan ini?" "Nyomp-nyomp-nyomp".
Kami pergi ke Hotel Impiana dengan membawa dua orang anak kecil kami - Amier dan Sabriena. Kakak dan abang mereka tengah belajar di asrama. Jadi, tak dapat ikutlah. Di ruang makan, kami telah terlihat sebegitu banyak sekali makanan yang dihidangkan untuk orang-orang yang lapar kerana berpuasa. Kami mengambil tempat duduk bersama-sama dengan teman-teman sepejabat wife aku. Agak sempit, tapi kami tak kisah. Yang penting ialah makanan yang bakal kami nikmati sebentar lagi.

Amier menghirup air kelapa daging. Errr... maksud aku kelapa gading.
Inilah rupa sup gearbox dari bapak seladang Afrika.
Antara makanan yang terawal yang aku makan ialah sup gearbox. Pergh! Besar sungguh gearbox yang dimasak. Selain sup gearbox, turut dihidangkan sup steering lock, sup absorber dan yang paling sedap sekali ialah sup carburator. Sup tu memang sangat sedap dan enak pasal ia dimasak dengan menggunakan minyak diesel. Slrrruppp!!!

Chef sedang mengopek kulit durian 'musang queen'.
Pemuzik sedang menyanyikan lagu Rock You Like A Hurricane.
Lagu selanjutnya adalah Stairway to Heaven.
Sekarang baru boleh nyanyi lagu asli berjudul Sri Mersing.
Selain dari sup gearbox, ada jugak durian yang terbaik dari ladang. Puaslah kami makan durian. Duriannya pun kira yang paling kelas sekali. Banyak jugak aku makan, sampai macam nak muntah. Tapi kalau nak makan durian tak boleh dibawa masuk ke dalam dewan hidangan. Kena makan kat luar outdoor aje. Kira macam makan kat tepi jalanlah. Tak kisahlah tu. Yang penting makanannya, bukan tempat makannya.

Menikmati masakan ketam bercili.
Banyak yang dah berhenti makan.
Pusingan terakhir sebelum pergi solat maghrib.
Selain dari tu ada jugak halua telinga iaitu dendangan lagu-lagu Melayu yang dialunkan oleh kumpulan pemuzik dan penyanyi jemputan pihak hotel. Lunak jugak dendangan kumpulan pemuzik tu. Agak santai nyanyian penyanyinya. Memang sesuailah dimainkan pada malam yang sebegini.

Setelah kami puas makan, dan berborak-borak dengan kenalan yang turut hadir, kami pun beredarlah dari situ dengan perasaan yang sangat happy pasal dah kenyang. Kalau dijemput, kami akan datang makan lagi di sini. Sekian terima kasih.

Amier minum air pink.
Air ni rasanya macam sirap bandung bercampur jambu batu bercampur strawberi.
Sabriena bermulut comot sebab makan aiskerim.
"Awak nak rasa sikit?" tanya Sabriena.
"Tak bolehlah. Ini semuanya saya yang punya. My icecream".
"Mmmmmmmm... Sedapnya!"
"Saya nak minum air pink".
"Air pink akan diminum oleh saya".

2 comments:

  1. hahaha :D

    Bro Adi, ada tak sup airfilter? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Dollah, baru nak merasa, tapi dah habis. Jadi rebutan ramai.

      Delete