m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 29, 2015

Reunion produksi teater Tanah: Kesyukuran dan hari jadi

Bahagian 1

3 Disember 2014 - Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team produksi teater Tanah. Khususnya kepada Abang Kamarul AR dan Roslan Muhammad kerana telah menjemput kami ke majlis kesyukuran teater Tanah. Tentunya kami teruja kerana berpeluang untuk bertemu kembali dengan teman-teman lama yang pernah bersama-sama berkecimpung dalam dunia teater kira-kira 20 tahun lalu. Lebih berasa teruja sudah pastilah isteriku, yang pernah bergerak aktif bersama grup teater Hidayah di bawah bimbingan Abang Kamarul AR. Inilah majlis reunion dan kesyukuran pasca persembahan teater Tanah di Dewan Bahasa & Pustaka pada 16 November 2014 lalu.

"Apa khabar semua?" kata Nazri kepada hadirin hadirat.
Berfikir sejenak sebelum meneruskan bicara.
Bersama teman baik, Baby.
Salman Al-Farisi membaca doa pembuka majlis.
"Amin ya rabbal Alamin".
Amin seorang Laksamana.
Baby dan isteriku turut berdoa.
Kami tiba di lokasi majlis, Hotel Peninsula di Jalan Semantan, kira-kira jam 8.30 malam. Ketibaan kami hampir serentak dengan Encik Roslan Madun. Kami terserempak di tempat letak kereta hotel berkenaan. Terus kami ke ruang majlis di aras bawah. Sewaktu kami tiba, hadirin telah ramai memenuhi ruang. Roslan Muhammad yang melihat kami sampai, terus menawarkan tempat duduknya di bahagian hadapan. Terima kasih, Roslan.

Tetiba sebiji kek dibawa masuk ke balai rong.
Abang Kamarul AR dan isteri dijemput ke hadapan.
Teruja dengan surprise party ini.
Berterima kasih kepada team produksi serta anak-anak yang mengelola acara ini.
Lilin enam batang ditiup untuk memadamkan api yang bernyala.
Acara memotong kek.
Agak sukar untuk memotong kek apabila pisaunya tumpul.
Sepotong kek diletakkan di atas pinggan.
Kek diambil.
Dan disuapkan ke mulut Abang Kamarul AR oleh isteri tersayang.
Sedap sungguh kek ini.
Berterima kasih kepada semua.
Poster berbingkai diberikan kepada Abang Kamarul AR oleh Roslam Muhammad.
Hadiah yang sangat berharga.
Bangga menerima hadiah ini.
Juru acara majlis pada malam itu adalah Nazri, yang memegang watak Mahad. Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Salman Al-Farisi. Hadirin mengaminkan doa yang dibaca. Sejurus doa selesai dibacakan, lampu ruang tiba-tiba terpadam. Argh! Pentadbir hotel lupa untuk membayar bil elektrik fikirku. Menyusahkan orang nak buat majlis aje. Dengusku. Tiba-tiba dari sebelah dapur, sebiji kek yang terletak di atas trolley ditolak masuk ke ruang majlis. Enam batang lilin yang menyala terpacak kemas di atas kek. Eh! Macam tau-tau aje hari ni hari jadi aku. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, birthday aku macam dah berlalu dua bulan lepas aje! Bila nama Abang Kamarul AR dipanggil untuk ke hadapan, barulah aku tau, team produksi telah buat surprise party untuk pengarah teater hebat ini. Selamat hari lahir Abang Kamarul AR. Yang keenam puluh. And still going strong!

Beratur mendapatkan makanan yang enak.
Semuanya nampak sedap. Cedok semua!
Giliran isteriku pula untuk mencedok nasi ke dalam pinggan.
Teruja melihatkan lauk-pauk yang pelbagai.
Sedang menjamu selera dengan Baby.
Makan sampai pinggan licin.
Sedang khusyuk menjamu selera.
Nyomp nyomp nyomp. Itu sajalah yang mampu diperkatakan oleh para hadirin.
Setelah meraikan hari lahir Abang Kamarul AR yang ke-60, setelah cenderahati berupa poster teater Tanah diberikan kepada Abang Kamarul AR, para hadirin hadirat dijemput makan. "Silalah makan", kata Nazri si pengacara majlis. Tanpa segan silu, kami terus bangun dari kerusi, bergegas ke meja hidangan. Beratur mendapatkan makanan yang sangat pelbagai dan kelihatan sangat menyelerakan. Ketika mengambil makanan, aku ternampak kelibat siput sedut yang sedang berenang-renang kegembiraan di dalam kolam kuah lemak kuning. Mereka memanggil-manggil namaku berkali-kali. Tak dapat kutolak panggilan mereka. Lalu kuambil sesenduk siput dan kumasukkan ke dalam mangkuk. Kalau ikutkan perasaan, satu periuk aku nak rembat. Nasib baiklah aku ingat kat orang belakang. Bila aku menoleh ke belakangku, memang ternampak sebarisan manusia sedang beratur panjang. Sepanjang Tembok Besar Negera Cina untuk mendapatkan makanan malam.

Kami makan memang sangat berselera. Ketika menyedut isi siput keluar dari cengkerangnya, terdengar bunyi menciut-ciut. Pergh! Puas hati aku apabila setiap siput yang pemalu itu dapat kuajak keluar untuk dijadikan juadah buatku. Selain nasi berlauk, ada jugak bihun, kuih-muih, buah-buahan, dan macam-macam lagi. Tak mampu aku nak melahap kesemuanya. Tetapi aku memang cukup puas. Puas dengan sajian pada malam itu.

Bersambung...

Pasukan JKKN di satu meja bulat.
Abang Kamarul AR bersama isteri dan teman akrabnya, En Roslan Madun.
Puas hati dengan hidangan pada malam itu.
Di suatu sudut meja yang lain. Nazri pun ada.
Seseorang menuding jari kepada Nazri. "Kaulah punya angkara semua ini!"
Sedang menjamu selera bersama Roslan Muhammad.
Mmmmmm...sedapnya.
Team orang-orang kuat produksi.
"Menu kali ini memang hebat!" kata BK, si pengarah teknikal.

No comments:

Post a Comment