Bahagian 2
Kami tamat menonton
teater Tanah dengan berasa puas hati dengan jalan cerita dan lakonannya. Wife aku yang hafal sikit-sikit dialog drama tu siap boleh berdialog di dalam hati bersama-sama dengan pelakon yang di atas pentas. Baiklah, itu kisah pementasan. Sesudah habis show, kami terus naik stage untuk bersama-sama dengan team produksi teater Tanah.
|
Bersama Abang Ibrahim. |
|
Abang Ibrahim masih maintain cool macam dulu. |
|
Bersama Badrul, Roslan dan Abang Ibrahim. |
|
Bersama Badrul, Abang Ibrahim, Nazri dan Roslan. |
|
Bersama Juhara Ayob dan anak-anaknya. |
|
Masih dengan Juhara Ayob. |
Wife aku yang memang dulunya pernah menganggotai kumpulan teater Hidayah di bawah tunjuk ajar Abang Kamarul AR ingin berjumpa kembali dengan teman-teman lamanya. Sebahagian dari pelakon dan krew yang terlibat memang aku kenali jugak. Pernah kami terlibat dalam satu produksi teater kira-kira sekitar tahun 1995 dulu. Antara wajah-wajah familiar yang dah lama kami tak jumpa termasuklah Roslan, Abang Ibrahim, dan Nazri. Kami turut bergambar dengan Juhara Ayob dan Badrul. Aku pernah terlibat dalam satu produksi dengan Juhara Ayob dalam teater Puteri Ledang karya dan arahan Allahyarham Datuk Syed Alwi. Dan Badrul adalah pereka set untuk teater Panggil Abang karya dan arahan ayahku. Tapi itu semua cerita lama.
|
Dengan Badrul, Abang Ibrahim, Nazri dan Roslan (penolong pengarah). |
|
Ayahku bersama Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Datuk Baharuddin Omar, serta lain-lain. |
|
Kenalan lama. |
|
Kali ni aku enter frame. |
Setelah selesai di pentas, kami kembali ke bilik VIP berehat seketika sambil ayahku berjumpa dengan teman-teman seperjuangannya, termasuklah Datuk Baharuddin Omar dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Dan isteriku pulak bercerita panjang dengan salah seorang teman baiknya ketika berteater dulu - Baby nama gelarannya.
|
Aku masih menyelit dalam kelompok ini. |
|
Wife aku pulak enter frame. |
|
Mubarak Majid pun join kami. |
|
Bersama Abang Kamarul AR dan isterinya. |
|
Isteriku bersama teman baiknya - Baby. |
|
Nama sebenar Baby ni apa, aku pun tak tau. |
Kami kemudiannya ke ruang makan di tingkat yang lebih atas. Kami makanlah sedikit sebanyak makanan yang disajikan. Mubarak Majid yang pernah menjadi anak didik ayahku turut bersama kami menikmati juadah yang dihidangkan. Setelah agak lama di situ, barulah kami pulang dengan berasa puas. Bukan saja dapat menonton sebuah pementasan yang hebat, tetapi juga dapat bertemu kembali dengan teman-teman lama yang pernah bersama-sama bergiat dalam teater.
Tamat.
|
Makan-makan selepas habis show. |
|
Ayahku bersama Mubarak Majid. |
|
Berbual-bual kisah lama. Kisah zaman Jepun dan zaman Portugis. |
|
Bercerita kisah zaman Belanda pulak. |
No comments:
Post a Comment