Bahagian 2
Masih mengenai
Majlis Kesyukuran Teater Tanah. Setelah acara makan sampai kenyang dan puas, kini tibalah pula acara memberikan sepatah dua kata. Tak kiralah apa saja perkara yang ingin diperkatakan. Asal saja menjurus kepada topik pada kali ini, iaitu produksi teater Tanah.
|
Selakar tanah airku oleh Halim Zainal. |
|
Halim membaca teks ucapan. |
|
Penuh jiwa dalam bicara. |
|
Masih lagi Halim. |
|
"Akhir kalam, Satu Malaysia!" |
Majlis turut menjemput Abang Kamarul AR untuk meluahkan isi hati beliau. Teruja jugak sesekali aku mendengar ucapan dari individu hebat ini. Sedikit sebanyak dapat jugak aku menyelami apa yang terpendam di dalam fikiran. Nada tutur Abang Kamarul AR sangat tegas. Bermakna beliau serius dalam bicaranya. Dan hadirin mendengar dengan penuh perhatian. Penuh tumpuan.
|
Abang Kamarul AR memberikan ucapan. |
|
Muqadimah. |
|
Teks dikeluarkan. |
|
Tetapi ucapan dari hati lebih memberi makna kepada sebuah makna. |
|
Menyentuh hal yang pelbagai - aktiviti teater, grup Hidayah, perjuangan yang belum sudah. |
|
Tegas dalam pengucapan. |
|
Penutup bicara yang pasti tidak dapat dilupakan hadirin yang mendengar. |
|
Saifulkhairi dengan teman-teman JKKN-nya yang lain. |
|
Mubarak Majid turut hadir. |
|
Menjamu selera sambil mendengar ucapan. |
|
Kaum ibu. |
|
Berbicara hal-hal suri rumah. |
|
Juhara dan Baby. |
|
Memberikan sepenuh perhatian kepada ucapan Abang Kamarul AR. |
Seterusnya, sahabat kami wakil dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Saifulkhairi pula memberikan sepatah dua kata. Omongan Saiful lebih santai. Mengimbas kenangan lalu ketika sama-sama bergiat aktif dalam teater bersama grup teater Hidayah. Sesekali ucapan Saiful membuat hadirin tertawa, atau setidak-tidaknya mengukir senyuman kecil.
|
Salful mewakili pihak JKKN. |
|
Ucapan yang bersahaja. |
|
Mengimbau kenangan lama. |
Individu selanjutnya yang dijemput untuk berucap di rostrum adalah En Roslan Madun, seorang penggiat seni, penyanyi lagu rakyat dan Presiden Majlis Teater Negeri Pahang. Ucapan En Roslan penuh humor. Dan yang paling mengasyikkan adalah apabila beliau menyanyikan sebuah lagu rakyat secara bersahaja, tetapi sangat lunak di telinga. Sebuah lagu rasanya macam tak cukup untuk menghiburkan para hadirin. Tetapi kami berasa sangat bertuah dapat tengok mini konsert free pada malam itu.
Pengacara majlis, Nazri akhirnya mengambil alih kembali rostrum bagi meneruskan aturcara yang selanjutnya.
Bersambung...
|
En Roslan Madun berbicara. |
|
Ucapan yang penuh humor. |
|
Menyanyikan lagu rakyat di belakang rostrum. |
|
En Roslan Madun dan Abang Kamarul AR. |
|
Dendangan lagu rakyat yang mengasyikkan. |
|
"Okay. Dah lama saya menunggu untuk menguasai semula rostrum dan mikrofon ini". |
|
"Akhirnya saya berkuasa semula. He he he!" |
No comments:
Post a Comment