20 Julai 2014 - Kira-kira dua minggu sebelum Aidilfitri, aku dan isteri ke Tanah Perkuburan Taman Kosas. Pada hari tu kami menziarahi kubur ahli keluarga kami yang telah pergi meninggalkan kami di dunia ini. Mula-mula kami ke kubur Allahyarham anak sulung kami. Muhammad namanya. Sesampainya di sana, kami bagi salam, tabur bunga, siram air, dan bertahlil. Aku lihat isteriku agak sebak ketika di sana. Tahun-tahun yang lalu dia tidak sedemikian. Pastinya ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
|
Menabur bunga di pusara Allahyarham anak sulung kami. |
|
Batu-bata kat pusara tu aku yang susun supaya mudah mengecamnya. |
Dari kubur Allahyarham Muhammad, kami ke kubur Allahyarhamah ibu mentuaku pulak. Wajah kubur Allahyarhamah ibu mentuaku telah berubah sejak kali terakhir kami menziarahinya. Abang-abang iparku telah menyiapkan pusara batu dan menanam rumput karpet di atasnya. Setelah bertahlil ringkas, barulah kami ke kubur Allahyarham ayah mentuaku pula. Ketiga-tiga kubur ini terletak di kawasan tanah perkuburan yang sama. Dan jugak berhampiran dengan rumah kami. Seperti ketika menziarahi kedua-dua kubur sebelumnya, kami bertahlil, berdoa dan terus berlalu dari situ. Kami akan menziarahi kubur Allahyarhamah kakakku pulak yang terletak agak jauh dari situ.
|
Menabur bunga di pusara Allahyarhamah Bonda. |
|
Masih di pusara Allahyarhamah Bonda. |
|
Menyiram air di pusara Allahyarham Ayahanda. |
|
Giliran aku pula menyiram di pusara. |
|
Masih di pusara Allahyarham Ayahanda. |
Kami perlu memandu hingga melewati Taman Bukit Teratai untuk ke Tanah Perkuburan Pekan Ampang yang baru, yang terletak di pinggir bukit. Setelah parkir kereta, kami mula mencari kubur Allahyarhamah kakakku. Dulu nampak lain. Nampak bersepah. Sekarang nampak lain, nampak lebih kemas. Semua kubur dengan design standard tersusun rapi mengikut petak masing-masing. Aku dan isteri mula mencari kubur Allahyarhamah kakakku. Tetiba isteriku berkata, "Eh! Ini hah kubur Kak Lin!" Rupanya aku sedang berdiri betul-betul di sebelah kubur Allahyarhamah kakakku. Sejurus menyedari ini, tetiba aku pulak yang jadi sebak. Kami terus bertahlil dan berdoa sebelum berlalu dari situ. Waktu tu matahari dah memuncak di atas kepala. Terasa bahangnya. Kami berlalu dengan sedikit terkesan di hati bahawa ajal itu pasti akan tiba.
|
Di pusara Allahyarhamah kakakku. |
|
Menyiram air. |
|
Sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment